Saturday, July 11, 2009

Canselor Universiti Industri Selangor

Isteri kepada Perdana Menteri, Rosmah Mansor nampaknya bukanlah seorang yang layak diberi kedudukan Canselor bagi sebuah universiti apabila majoriti pensyarah dan pelajar Universiti Industri Selangor mahukan Rosmah digantikan dengan Canselor baru yang lebih berkarisma.

Apalah kriteria yang ada pada Rosmah sehinggakan dia dilantik menjadi Canselor Unisel itu. Walaupun Rosmah dilantik semasa Najib masih menjadi TPM namun persoalannya idea siapa yang mahukan Rosmah dilantik.

Kalau kita mahu Rosmah dibuang dari menjadi Canselor itu sudah tidak menjadi masalah. Masalah sekarang ialah siapa yang memberi idea perlantikan ini ? Jika dia bertaraf Professor maka kita perlu kaji dari mana dia mendapat Professor itu kerana orang kampung pun kalau disuruh pilih siapa yang layak menjadi Canselor Unisel tentunya tidak akan memilih Rosmah

Sudah ramai orang dapat menilai siapa Rosmah ini. Usahlah berpura-pura lagi. Bagi kawe ianya sudah mencapai tahap menyampah dengan sikapnya.

Friday, July 10, 2009

100 Dalil Mengapa Najib Tak Boleh Jadi PM


Terbaca sebuah salinan imej buku 100 dalil mengapa Najib tak boleh jadi PM membuatkan kawe ada sedikit teruja dan terkejut samada apa yang dituliskan dalam buku tersebut memberi gambaran sebenar mengenai imej Perdana Menteri Malaysia.

Konsepnya sama dengan 50 dalil kenapa Anwar tidak layak jadi PM. Terpulang kepada sesiapa yang membacanya untuk mempercayai isi kandungan buku tersebut. Sikap awal Najib selaku anak muda berdarah bangsawan dengan memaparkan aksi remaja Najib dengan gadis-gadis.

Paling mengejutkan ialah Najib tidak berkemampuan membaca surah Yassin pun. Malah pelbagai cerita mengenai Rosmah yang bermain cinta dengan orang itu ini sebelum mendampingi Najib.

Sukar untuk mempercayainya namun kekadang terpikir juga mungkin ini realiti kehidupan orang besar negara kita. Kita orang kecil tidak pun terfikir untuk membomohkan orang, membunuh orang dan melaknati orang lain.

Renungilah kalau berpeluang membacanya.

Anwar : Teori Konspirasi 2

Peristiwa-peristiwa yang berlaku pada tahun 1998, kini berulang sekali lagi dan adalah merupakan kesinambungan agenda jahat segelintir pihak polis dan pendakwaan tertentu. Jika kita teliti, terdapatnya hubungkait yang jelas diantara kes-kes tahun 1998 dengan Kes Terkini yang mendakwa kononnya Dato' Seri Anwar Ibrahim meliwat Mohd Saiful Bukhari. Taktik tipu helah dan pemerdayaan telah digunakan di dalam Kes Terkini sepertimana digunakan sejak tahun 1998 bagi memenjarakan Dato' Seri Anwar dengan apa cara sekali pun. Ini adalah konspirasi politik yang melibatkan pemimpin-pemimpin tertinggi di dalam negara yang tidak mahu kerja-kerja kotor mereka didedahkan oleh Dato' Seri Anwar kepada rakyat.

Berikut didedahkan kisah sebenar konspirasi politik yang perlu diketahui rakyat Malaysia agar mereka tidak terus tertipu dengan pemerdayaan serta tipu helah fakta sebenar melalui media massa yang dimanipulasi oleh pihak tertentu.

Semuanya bermula dari tahun 1998, pada era pemerintahan Tun Mahathir Mohamad.

Pada sekitar tahun 1998, Dato' Seri Anwar telah dijadikan mangsa politik dengan dipertuduhkan dengan pertuduhan-pertuduhan rasuah serta kes liwat yang mana salah satu daripadanya pun tiada kebenarannya.

Pertuduhan-pertuduhan tersebut bermaksud mematikan karier politik Dato' Seri Anwar dengan melakukan pelbagai cubaan yang berniat jahat. Pelbagai percubaan-percubaan dan tindakan-tindakan memalsukan keterangan dilakukan dengan memperalatkan institusi-institusi kerajaan seperti Polis, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kimia dan lain-lain.

Selain dari Dato' Seri Anwar, beberapa sahabat serta kenalan beliau iaitu Dato' Nallakaruppan, Sukma Darmawan, Munawar Ahmad Anees dan Mior Abdul Razak telah menjadi mangsa politik jahat dengan tujuan menganiaya Dato' Seri Anwar. Mereka ini telah diperlakukan seperti binatang dan dizalimi secukupnya bagi mencapai matlamat pihak pendakwaan.

Pada tahun 1998 semasa siasatan Kes Rasuah, pihak pendakwaan dengan kerjasama pihak polis telah menggunakan tipu helah dan pemerdayaan untuk mendapatkan sampel darah Dato' Seri Anwar. Semasa di Hospital Kuala Lumpur, Dato' Seri Anwar telah memaklumkan Dr Halim Bin Mansar bahawa beliau enggan beri sampel darah bagi tujuan analisa DNA, ini adalah kerana beliau telah mensyaki akan berlakunya pemalsuan dan perekaan keterangan. Dato' Seri Anwar kemudiannya bersetuju memberikan sampel darah apabila diberitahu Dr Halim bahawa ianya hanya untuk ujian HIV, Hepatitis B dan VDRL sahaja dan bukan untuk tujuan lain.

Seorang pakar forensik dari hospital yang sama juga iaitu Dr Zahari bin Noor telah memberi keterangan bahawa beliau telah menasihati pihak polis agar tidak menggunakan sampel darah tersebut untuk analisa DNA. Pihak polis yang penuh dengan muslihat tetap menggunakannnya walaupun keizinan Dato' Seri Anwar hanya terhad untuk ujian HIV, Hepatitis B dan VDRL. Sampel darah tersebut telah diambil tanpa kebenaran Dr Zahari oleh pegawai polis bernama Mohd Rodwan Mohd Yusof. Ini adalah jelas bahawa sampel darah tersebut telah diperolehi melalui tipu helah serta pemerdayaan untuk tipu helah dan pemerdayaan seterusnya.

Dengan menggunakan sampel DNA tersebut, pihak pendakwaan mengemukakan keterangan untuk membuktikan bahawa Dato' Seri Anwar kononnya pernah menjalinkan hubungan seksual dengan wanita lain dan mengemukakan satu tilam yang kononnya mempunyai kesan-kesan seminal yang mengandungi profil DNA lelaki dan perempuan. Semasa pemeriksaan balas, keterangan ahli forensik Lim Kong Boon telah diputar belitkan serta dikeluarkan dari rekod mahkamah. Ini adalah kerana wujudnya kenyataan yang meragukan oleh ahli forensik tersebut bahawa sampel DNA tersebut mungkin telah diletakkan (planted) oleh pihak ketiga ke atas tilam tersebut. Dalam erti kata lain, beliau tidak dapat mengesahkan samada kesan-kesan tersebut adalah melalui aktiviti hubungan seksual ataupun tidak serta mengakui keterangan mengenai kononnya terdapat kesan air mani itu bukanlah berasaskan pemeriksaan saintifik tetapi melalui keterangan dengar-kata pihak polis.

Barisan peguam Dato' Seri Anwar kemudiannya telah mengemukakan keterangan serta berjaya mencabar kredibiliti saksi-saksi pendakwaan. Antaranya:
  • keterangan berhubung konspirasi politik
  • keterangan berhubung kredibiliti saksi pendakwaan khususnya Ummi Hafilda; dan
  • keterangan berhubung dengan pemalsuan keterangan
Namun, Mahkamah memutuskan keterangan-keterangan tersebut adalah tidak relevan dan membuat keputusan mengeluarkannya daripada rekod Mahkamah. Tindakan tersebut dengan jelas menunjukkan percubaan memastikan Dato' Seri Anwar disabitkan kesalahan dengan apa cara sekali pun.

Di dalam Kes Liwat, keterangan Azizan Abu Bakar yang penuh palsu telah diperolehi melalui manipulasi dan tipu helah oleh pihak polis dan pendakwaan. Ini jelas dilihat apabila pihak pendakwa berulang-kali meminda pertuduhan dan tarikh kejadian dalam pertuduhan tersebut semata-mata untuk mendapatkan sabitan palsu. Dalam kes tersebut, kejadian dalam pertuduhan awal di Tivoli Villa merupakan tarikh dakwaan yang dinyatakan, walaupun Tivoli Villa belum wujud. Akhirnya pembohongan Azizan tidak diterima Mahkamah Persekutuan serta mengenepikan hukuman ke atas Dato' Seri Anwar.

Di dalam Kes Nalla, semasa Nalla telah dipertuduhkan di bawah Seksyen 57 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membawa hukuman mati, terdapat percubaan memalsukan keterangan dari pihak pendakwaan iaitu Gani Patail dan juga Dato' Azahar Mohamed yang pada ketika itu merupakan Timbalan Pendakwa Raya. Dengan menggunakan Nalla, mereka meminta Nalla untuk memberi keterangan palsu terhadap Dato' Seri Anwar dengan mengatakan bahawa kononnya Dato' Seri Anwar mempunyai hubungan dengan beberapa wanita. Sekiranya Nalla bersetuju untuk bersubahat dengan mereka dan memfitnah Dato' Seri Anwar, maka beliau akan terselamat dengan semata-mata dikenakan dengan pertuduhan yang lebih ringan.

Di dalam Kes Sukma, beliau dituduh dibawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan dimana pihak pendakwaan secara mala fide cuba mengaitkan Dato' Seri Anwar dengan perlakuan liwat ke atas Sukma. Di peringkat Mahkamah Sesyen, Sukma telah diwakili oleh peguam yang dilantik pihak polis, iaitu En. Mohamed Noor Bin Dom. Oleh kerana Sukma telah didera dan diperlakukan tanpa peri-kemanusiaan, beliau berada dalam keadaan tertekan (duress), maka Sukma telah mengaku salah terhadap pertuduhan dan dijatuhkan hukuman penjara 6 bulan, walaupun beliau sebenarnya tidak bersalah!

Sukma kemudiannya telah memfailkan Notis Rayuan terhadap sabitan dan hukuman atas alasan bahawa pengakuan bersalah yang dibuat olehnya adalah akibat deraan dan layanan buruk yang diberikan oleh pihak polis semasa tahanan reman.

Pada 10.12.1998, Sukma memfailkan permohonan lanjutan masa untuk memfailkan Petisyen Rayuan bersama Afidavit Sokongannya yang menyatakan:

  • Beliau telah dibogelkan didalam bilik berhawa dingin, dikasari, digari oleh 6 pegawai polis, dimalukan, didera dan dipukul;
  • Beliau telah ditelanjangi, diambil gambar di hadapan doktor forensik semasa beberapa sampel diambil dari beliau.
  • Beliau telah diugut dan dikasari melainkan beliau mengakui pernah melakukan hubungan homoseksual dengan Dato' Seri Anwar.
  • Apabila beliau telah mengada-adakan cerita yang tidak benar dan memberitahu mengenai hubungan homoseksual yang palsu dengan Dato' Seri Anwar yang akhirnya dijadikan sebagai satu pengakuan palsu barulah Sukma diberikan layanan yang baik, gari beliau dibuka dan beliau dibenarkan memakai pakaian semula.
  • Beliau telah dinafikan hak untuk melantik peguam pilihannya dan telah diugut agar tidak menggunakan peguam yang dilantik oleh keluarganya dan diugut bahawa beliau akan didakwa dengan kesalahan yang lebih berat melainkan beliau menggunakan khidmat peguam yang dilantik oleh polis.
  • Beliau ingin melantik Karpal Singh sebagai peguamnya tetapi tidak berupaya untuk berbuat sedemikian. Sebaliknya polis telah meminta beliau untuk membuat laporan polis mengatakan beliau tidak pernah melantik mana-mana peguam.
  • Beliau telah dipaksa untuk mengaitkan Dato' Seri Anwar terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau dan pengakuan bersalah beliau adalah bukan secara sukarela tetapi adalah kerana tekanan keterlaluan.

Dr Zahari, doktor yang memeriksa Sukma pada 9.9.1998, menegaskan dalam afidavit yang diikrarkan olehnya pada 22.1.1999 bahawa tidak berlakunya sebarang hubungan homoseksual di antara Dato' Seri Anwar dengan Sukma. Apabila perkara ini dirayu kepada Mahkamah Rayuan, rayuan Sukma dibenarkan dan penghakimannnya telah menyatakan wujudnya penyembunyian keterangan yang material oleh pihak pendakwaan. Mahkamah Rayuan kemudiannya memerintahkan agar kes Sukma dibicarakan semula dan dihantar semula ke Mahkamah Sesyen. Pihak pendakwaan kemudiannya telah menarik balik pertuduhan terhadap Sukma.

Dalam Kes Munawar dan Mior pula, pihak polis telah menggunakan modus operandi yang sama seperti dalam Kes Sukma iaitu deraan dan seksaan bagi mendapatkan pengakuan palsu.

Usaha pihak pendakwaan, khususnya Gani Patail untuk menganiaya juga dapat dilihat pada insiden 20.9.1998 di mana Dato' Seri Anwar telah dicederakan dan menjadi mangsa kekejaman pihak polis dalam tahanan polis. Insiden tersebut kini dikenali sebagai 'insiden mata lebam'. Suatu penyiasatan telahpun dijalankan, tetapi terdapatnya tipu helah dan pemerdayaan yang sekali lagi dalam proses penyiasatan tersebut, yang sekali lagi melibatkan siapa lagi, kalau bukan Gani Patail.

Pada 20.9.1998, jam 9 malam, ACP Koh Hong Sun atas dakwaan Kes Liwat, Dato' Seri Anwar telah dibawa ke Bukit Aman. Lebih kurang pukul 10.30 malam, bertempat di dalam lokap, Dato' Seri Anwar telah dikenakan serangan fizikal yang serius di mana Dato' Seri Anwar telah ditampar dan ditumbuk dengan kuat dan juga telah dipukul secara 'karate chop' berkali-kali sehingga separa tidak sedarkan diri oleh Tan Sri Rahim Noor, Ketua Polis Negara pada ketika itu.

Gani Patail dan juga Tan Sri Musa Hasan, Ketua Polis Negara masa kini, ada bersama-sama dengan Rahim Noor serta beberapa pegawai polis lain pada malam tersebut di tingkat 30 Bukit Aman. Dato' Seri Anwar kemudiannya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) agar beliau tidak perlu dihadapkan ke Mahkamah. Satu laporan palsu telah dilaporkan ACP Koh pada 21.9.1998 bagi merealisasikan penahanan tersebut.

Selepas diserang dan dipukul, Dato' Seri Anwar berada dalam keadaan separa-sedar dan telah dinafikan rawatan perubatan selama lima hari dan hanya pada 24 / 25.9.1998, barulah beliau dirawat tanpa pemeriksaan oleh Dr Vasantah Ponniah.

Dato' Seri Anwar kemudiannya dibenarkan membuat laporan polis pada 27.9.1998 dan pada tarikh yang sama, Dato' Mat Zain Bin Ibrahim telah dilantik menjadi pegawai penyiasat. Selepas tengah hari, Mat Zain telah membawa dua pakar forensik iaitu Dr Halim dan Dr Zahari untuk memeriksa Dato' Seri Anwar.

Sepanjang siasatan dilakukan, laporan-laporan Mat Zain telah dimanipulasi oleh Gani Patail dengan membawa Dr Abdul Rahman Yusof yang menyediakan laporan perubatan. Mat Zain telah melahirkan kecurigaannya berikutan kejadian tersebut. Tambahan pula, Dr Rahman yang mengeluarkan laporan perubatan tidak pernah memeriksa Dato' Seri Anwar.

Pada 6.11.1998, Tan Sri Mohtar Abdullah, Peguam Negara ketika itu, membuat kenyataan media bahawa beliau masih belum menerima kertas siasatan berhubung insiden mata lebam dan pada 20.11.1998, Mohtar membuat kenyataan bahawa kertas siasatan telah diserahkan pada 19.11.1998, walhal Mat Zain telahpun menyerahkan pada 30.10.1998.

Rentetan insiden mata lebam, dengan jelasnya menunjukkan bahawa Gani Patail dan Musa Hasan terlibat dan merupakan sebahagian konspirasi menyediakan laporan polis palsu yang dibuat oleh ACP Koh berhubung penangkapan Dato' Seri Anwar serta konspirasi menyediakan Laporan Perubatan Dr Rahman yang palsu kerana beliau tidak pernah memeriksa Dato' Seri Anwar secara fizikal.

Berikutan dari Laporan polis Dato' Seri Anwar, Mat Zain memfailkan tindakan fitnah yang berlaku. Dalam Pernyataan Tuntutannnya, Mat Zain menghuraikan apa yang sebenarnya berlaku semasa siasatan insiden mata lebam. Beliau juga menjelaskan tujuan laporan Dr Rahman diadakan adalah untuk menjejaskan laporan perubatan sedia ada serta bertujuan menunjukkan bahawa kecederaan yang dialami Dato' Seri Anwar adalah "self-inflicted".

Cerita konspirasi terhadap Dato' Seri Anwar bukanlah sesuatu yang sengaja diada-adakan, sebaliknya benar-benar berlaku sepertimana didedahkan dalam Video Klip VK Lingam yang disahkan ketulenannya oleh siasatan Suruhanjaya Di Raja.

Rentetan peristiwa sejak 1998, Gani Patail dan Musa Hasan kini telah diberi ganjaran atas peranan mereka dan kini menjawat jawatan tertinggi masing-masing selaku Peguam Negara dan Ketua Polis Negara.

Di dalam Kes Terkini, selain Gani Patail dan Musa Hasan, Dato' Seri Najib Razak, juga memainkan peranan di dalam konspirasi khususnya untuk memastikan agar Dato' Seri Anwar tidak menggugat kerjaya politik Najib.

Di dalam Kes Terkini, pengadu yang membuat laporan palsu terhadap Dato' Seri Anwar adalah Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan. Melalui apa yang telah dilaporkan didalam media-media cetak dan elektronik serta sumber-sumber yang dipercayai, Saiful ada berjumpa Najib sebelum laporan palsu dibuat olehnya. Najib yang pada mulanya menafikan pernah bertemu dengan Saiful akhirnya mengakui bahawa beliau ada berjumpa dengan Saiful sebelum Saiful membuat laporan palsu.

Dato' Seri Anwar menegaskan bahawa adalah suatu yang tidak munasabah dan tidak selaras dengan undang-undang yang sedia ada untuk seseorang yang mendakwa dirinya menjadi mangsa kesalahan seksual untuk berjumpa Timbalan Perdana Menteri yang tidak mempunyai sebarang bidangkuasa untuk menerima sebarang aduan, secara formal ataupun tidak, berhubung kesalahan jenayah.

Mengapakah Saiful tidak terus membuat laporan polis sekiranya benar dia telah diliwat yang didakwa serta-merta? Apakah perlunya beliau berjumpa Najib?

Bagi melancarkan konspirasi yang telah dirancang, Najib telah memberi nombor telefon Musa Hasan kepada Saiful yang kemudiannya mengarahkan Rodwan (pegawai di bawah Musa Hasan yang merupakan pegawai polis yang sama mencuri sampel darah Dato' Seri Anwar bagi tujuan analisa DNA dalam Kes Rasuah 1998) untuk mengendalikan proses membuat laporan polis sebelum dari tarikh insiden liwat 26.6.2008 yang didakwa berlaku.

Selanjutnya Saiful ada bertemu dengan Rodwan sehari sebelum kejadian liwat dikatakan berlaku di Bilik 619, Hotel Concorde. Apakah perlunya Saiful berjumpa Rodwan sehari sebelum insiden liwat dikatakan berlaku di bilik hotel? Saiful juga pernah menghubungi Rodwan beberapa kali sebelum tarikh insiden liwat dikatakan berlaku.

Siapakah Saiful sebenarnya? Saiful telah lama mempunyai hubungan akrab dengan pegawai khas Najib, Khairil Anas.

Jelas menunjukkan bahawa ada konspirasi di dalam Kes Terkini di mana watak-watak utama di dalam kes tahun 1998 juga memainkan peranan mereka di dalam Kes Terkini.

Dalang-dalang disebalik konspirasi juga menggunakan Masjid sebagai salah satu cara untuk menyebarkan fitnah. Ini berlaku apabila pihak berkuasa mengaturkan upacara di Masjid Wilayah membenarkan Saiful membawa sumpah palsunya pada 15.8.2008.

Upacara tersebut telah dirancang dengan kerjasama Pengarah JAWI. Salah seorang imam Masjid Wilayah tersebut, Ustaz Ramlang Bin Porigi telah diarahkan Pengarah JAWI, Dato' Che Mat Bin Che Ali untuk menyaksikan upacara sumpah palsu tersebut.

Ustaz Ramlang telah mengikrarkan satu Akuan Bersumpah pada tarikh 6.9.2008 menyatakan beliau telah terperangkap dengan situasi yang tidak diduga serta upacara sumpah palsu tersebut diaturkan dengan izin Che Mat selaku Pengarah JAWI.

Ustaz Ramlang menegaskan pengakuan sumpah tersebut tidak berlandaskan syarak dan tidak menepati kehendak usul fiqh dan berpendapat sumpah sedemikian adalah sumpah laknat.

Selepas pendedahan Ustaz Ramlang, beliau telah ditukarkan ke bahagian kewangan walaupun beliau seorang tahfiz Al-Quran dan tiada kelayakan relevan dengn kewangan dan kemudiannya dihantar satu surat tunjuk-sebab bertarikh 20.1.2009 atas alasan menjejaskan nama baik perkhidmatan awam dan akhirnya disingkirkan dari perkhidmatan pada 21.5.2009. Apabila kerajaan dipimpini oleh pemimpin-pemimpin yang corrupt serta tidak berperi kemanusiaan, inilah yang berlaku, kerjaya serta nyawa manusia menjadi buah catur politik dan permainan mereka.

Konspirasi terhadap Dato' Seri Anwar berterusan walaupun setelah pertuduhan dikemukakan. Dato' Seri Anwar telah berkali-kali memohon kepada pihak Responden agar dibekalkan dengan dokumen-dokumen bagi tujuan pembelaan, antaranya pernyataan-pernyataan saksi-saksi relevan yang telah dirakamkan polis, segala keterangan dokumentari yang akan digunakan di dalam perbicaraan dan sampel-sampel analisa DNA berkaitan pertuduhan tersebut. Dato' Seri Anwar melalui peguamcaranya telah memohon kepada pihak Pendakwaan dibekalkan dokumen-dokumen serta barangan sepatutnya.

Namun demikian, sehingga kini, pihak pendakwaan gagal, enggan membekalkan kesemua perkara-perkara yang dipohon. Keengganan dan kegagalan pihak pendakwaan membekalkan kesemua dokumen-dokumen, barangan-barangan serta sampel-sampel yang dipohon adalah bercanggah dengan piagam dan polisi pihak pendakwaan. Secara jelasnya menidakkan hak Dato' Seri Anwar.

Didalam laporan perubatan Saiful dari Hospital Pusrawi, jelas membuktikan bahawa tidak ada sebarang kemasukan atau penetrasi berlaku pada lubang dubur Saiful. Tiada apa-apa yang berlaku pada duburnya. Laporan Pusrawi ini jelas membuktikan bahawa dakwaan Saiful adalah palsu dan Dato' Seri Anwar tidak bersalah. Namun demikian, laporan Pusrawi tersebut turut tidak dibekalkan kepada Dato' Seri Anwar mahupun penguamcara beliau.

Selain dari laporan Pusrawi, terdapat Laporan Hospital Kuala Lumpur bertarikh 13.7.2008 oleh tiga pakar Hospital Kuala Lumpur yang mengesahkan bahawa tidak ada tanda-tanda kemasukan atau penetrasi pada lubang dubur Saiful.

Laporan HKL ini jelas menyokong laporan Pusrawi yang menolak adanya sebarang kemungkinan ada berlakunya penderaan dan kejadian liwat.

Memandangkan Kes Terkini adalah satu komplot jahat, Dato' Seri Anwar telah membuat laporan Qazaf kepada bahagian Penguatkuasaan JAWI pada 9.7.2008 terhadap Saiful berhubung dengan fitnah dan dakwaan palsu beliau bahawa beliau telah diliwat. Berikutan laporan Qazaf tersebut, Dato' Seri Anwar telah memberi keterangan kepada pihak JAWI pada 30.7.2008 dengan memaklumkan bahawa Saiful telah memfitnah dengan membuat tuduhan palsu dan mengaibkan Dato' Seri Anwar.

Dato' Seri Anwar melalui peguam syarie telah berkali-kali menghantar surat kepada penguatkuasaan JAWI meminta agar Saiful didakwa atas tuduhan palsunya. Namun apa yang berlaku adalah, kelewatan. Kelewatan meneruskan pendakwaan terhadap Saiful adalah tidak munasabah dan bercanggah dengan kemurnian prinsip Islam yang mengutamakan keadilan. Kelengahan ini akan hanya memperkukuh persepsi rakyat atas wujudnya campurtangan politik dalam urusan Mahkamah Syariah. Kelewatan ini juga disengajakan untuk melindungi Saiful yang menjadi saksi utama dalam konspirasi.

Pada 10.9.2008, Kes Terkini ditetapkan sebutan di Mahkamah Sesyen. Pada tarikh tersebut, pihak pendakwaan telah mengemukakan satu sijil bertarikh 9.9.2008 yang dikeluarkan di bawah Seksyen 418A(1) Kanun Prosedur Jenayah dengan tujuan memindahkan Kes Terkini dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. Sijil tersebut telah ditandatangani sendiri oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail. Gani Patail lagi?!

Barisan peguam Dato' Seri Anwar membantah pemindahan kes tersebut dan secara khususnya terhadap Sijil tersebut. Alasan utama adalah peranan yang dimainkan Gani Patail dalam menandatangani Sijil tersebut, walhal beliau telahpun dikecualikan dari melibatkan diri di dalam sebarang penyiasatan dan pendakwaan terhadap Dato' Seri Anwar. Kenapa perlu beliau libatkan diri? Apa yang cuba beliau pengaruhi? Apa yang beliau cuba sembunyikan? Jika tidak ada angin masakan pokok bergoyang?

Mahkamah Sesyen kemudiannya menetapkan 24.9.2008 untuk mendengar hujahan-hujahan berhubung dengan bantahan yang dibangkitkan oleh barisan peguam Dato' Seri Anwar.

Pada 22.9.2008, Dato' Seri Anwar mengikrarkan dan memfailkan Afidavit memperincikan fakta-fakta dan melampirkan ekshibit-ekshibit menunjukkan sebab Gani Patail tidak harus terlibat dalam penyiasatan dan pendakwaan terhadap Dato' Seri Anwar di dalam Kes Terkini.

Alasan tersebut adalah:
  • Penglibatan dan peranan Peguam Negara di dalam pemalsuan keterangan terhadap Dato' Seri Anwar berhubung 'insiden mata lebam' yang merupakan isu yang masih diteruskan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
  • Wujudnya prasangka Gani Patail terhadap Dato' Seri Anwar.
  • Atas sebab wujudnya ketegangan dan permusuhan di antara Gani Patail terhadap Dato' Seri Anwar dan terdapatnya dakwaan pemalsuan keterangan oleh Gani Patail, maka Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Badawi membuat pengumuman umum bahawa Gani Patail tidak akan terlibat sama sekali dalam penyiasatan dan pendakwaan Kes Terkini.
Pihak pendakwaan kemudiannya memfailkan Afidavit Jawapan terhadap Afidavit 22.9.8 yang diikrarkan oleh Peguamcara Negara, Datuk Idrus bin Harun pada 8.10.08. Di dalam Afidavit Jawapan tersebut, pihak pendakwaan tidak menafikan penegasan-penegasan yang dibuat Dato' Seri Anwar berhubung dengan peranan yang dimainkan oleh Gani Patail. Pada 29.10.2008 Dato' Seri Anwar dan Dato' Seri Wan Azizah mengikrarkan jawapan terhadap Afidavit Jawapan Idrus.

Pada 7.10.2008, Mahkamah Sesyen kemudian memutuskan bahawa Sijil tersebut tidak sah dan tidak memindahkan Kes Terkini ke Mahkamah Tinggi.

Tetapi pada 5.3.2009, Mahkamah Tinggi membenarkan Permohonan Semakan oleh pihak pendakwaan dan memerintahkan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Dato' Seri Anwar kemudiannya memfailkan rayuan ke mahkamah Rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi tersebut.

Dan terkini, rayuannya ditolak. Bolehkah kita sebagai rakyat meneruskan kepercayaan kita bahawa institusi penghakiman dan mahkamah di negara ini bebas dari sebarang pengaruh? Ini jelas membuktikan adanya campur tangan politik serta salah guna kuasa bagi mengekalkan kuasa mereka yang diberi kepercayaan oleh rakyat. Kepercayaan rakyat telah dicabul. Dato' Seri Anwar telah dianiaya dan dizalimi.

Berdasarkan kepada apa yang telah dibentangkan dan dihuraikan di atas, jelas terbukti bahawa pendakwaan terhadap Dato' Seri Anwar dalam Kes Terkini yang kononnya Saiful diliwat adalah merupakan pendakwaan mala fide dan penyalahgunaan proses undang-undang yang ketara pada peringkat tertinggi bagi memenjarakan Dato' Seri Anwar dengan apa cara sekalipun serta melindungi penjenayah-penjenayah konspirasi yang masih berleluasa diluar sana bagi mengelakkan terdedahnya kes-kes rasuah serta salah laku pucuk pimpinan tertinggi UMNO-BN daripada pengetahuan rakyat.


Rakyat Malaysia Perlu Tahu Kisah Sebenar Konspirasi Jahat Terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim,

PPSMI

Setelah 6 tahun dilaksanakan dengan menghabiskan berbilion ringgit Malaysia, Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan dimansuhkan. Pelajaran Sains dan Matematik akan diajar dalam bahasa Malaysia.

Bagi pelajar yang boleh menguasai Bahasa Inggeris kebiasaannya adalah pelajar yang cerdik atau bijak pandai (dikecualikan kepada pelajar yang dari kecil lagi berbahasa Inggeris). Bagaimana pula nasib pelajar yang lain ? Sahabat kawe masa sekolah dulu, saudara Rosdi Ismail mendapat 7A1 1P7 dalam peperiksaan SRP tahun 1987. Ketika itu SRP mempunyai 8 matapelajaran wajib dan sahabat kawe ini mendapat 1P7 untuk Bahasa Inggeris. Dalam erti kata sebenar tidak kredit. Syarat kredit ialah dari A1-C6. (A1,A2,C3,C4,C5,C6).

Oleh itu sahabat kawe Rosdi ini gagal untuk memasuki MRSM/Sek.Berasrama Penuh ketika itu. Apa kata kalau PPSMI sudah wujud ketika itu ? Adakah sahabat kawe ini akan mendapat A1 dalam matapelajaran Matematik dan Sains Panduan ? Mungkin tidak..

Ini nasib pelajar luar bandar. Kefahaman tentang Bahasa Inggeris jauh ketinggalan berbanding anak-anak di bandar. Benarkah begitu ? Tidak juga kerana ada juga anak-anak bandar yang kurang fasih atau faham Bahasa Inggeris. Maka bagaimana cara untuk kerajaan mahu setiap pelajar tak kira di bandar atau di luar bandar menguasai Bahasa Inggeris ?

Ini ada satu lagi kisah. Bapa saudara kawe adalah guru Bahasa Inggeris. Malangnya salah seorang anaknya gagal dalam bahasa Inggeris ketika mengambil SPM. Walaupun bapa seorang guru BI tetapi penekanan terhadap penggunaan BI di rumah tidak diambil kisah. Oleh itu peranan ibubapa juga penting dalam menjana aliran BI dalam jiwa anak-anak.

Malu dan takut. Ini adalah fobia yang menjadi masalah dikalangan kita untuk berbahasa Inggeris. Ada orang Cina atau India atau Melayu sendiri apabila bercakap BI, perkataan yang keluar kalau diperhalusi memang BROKEN.. Mat Salleh dari US pernah bagitahu kawe selepas satu mesyuarat semasa bekerja di Dell, wakil Dell dari China bercakap BI dengan laju dan lancar tapi 100% hancur. Bagaimanapun Mat Salleh ni kata sekurang-kurangnya dia faham apa yang cuba disampaikan oleh staff Dell dari China tu.

Maknanya kerajaan melalui Kementerian Pelajaran perlu menwujudkan satu asas baru dalam pengajaran dalam BI iaitu keyakinan dan keberanian diri. Bagaimana mahu memberi galakan kepada anak-anak supaya tidak segan dan silu bercakap dalam BI biarpun masih berterabur. Biar mereka tahu apa perkataan dalam BI bagi setiap benda atau perkara. Di peringkat ini kita boleh mengatur tatasebutan mereka secara berperingkat. Hal ini tidak berlaku semasa kawe disekolah dahulu. Guru masuk kelas kemudian disuruh buat ayat itu ini atau membaca karangan BI dan bincangkannya. Tidak ada pun public speaking atau menwujudkan suasana BI dalam kelas.

Menyusun atur semula korikulum untuk para pelajar perlu dibincangkan dengan teliti oleh pakar bersifat Malaysia. Kalau pilih pakar bersifat nafsu maka jahanamlah negara kerana mereka lebih menonjolkan keupayaan mereka berbanding nasib pelajar diserata Malaysia. Fikirlah Muhyiddin...tanggungjawab ditangan anda. Baik kaedahnya maka anda layak PM ke 7.


Thursday, July 9, 2009

Surat Pelawaan Debat TGNA kepada Najib

(S)16/7/(21) 9 Rejab 1430 / 2 Julai 2009

Yang Amat Berhormat
Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

Perdana Menteri Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA

Assalamualaikum WM WB.

Semoga YAB. Dato’ Seri sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan beroleh petunjuk yang berpanjangan dari Allah SWT dalam memimpin Negara.

YAB Dato Seri,

Cadangan Mengadakan Debat Ilmiah Isu UMNO Parti Menolak Islam

Dengan segala hormatnya, di maklumkan bahawa saya ada menerima khabar tentang laporan polis yang dibuat oleh anak buah di Kelantan Dato’ Seri berhubung dengan perkara di atas. Pada dasarnya, saya lebih banyak berlapang dada.

Mengikut laporan, kononnya saya telah menghasut dengan mengatakan bahawa UMNO sebuah parti yang sesat. Di sini, izinkan saya tegaskan sekali lagi bahawa “mana-mana faham yang menolak Islam (termasuk UMNO) – sememangnya kita panggil ajaran sesat”. (lihat Utusan Malaysia muka surat 6, 27 Jun 2009).

Sebagai penjelasan, mari kita mulakan begini. Pertama, dunia ini bukan dibuat oleh manusia atau terjadi sendiri. Ia ada penciptanya dan tuannya yakni Allah. Oleh sebab itulah kita tidak boleh buat pandai-pandai, melebihi dari apa yang menjadi kehendak “Tuan Punya” yang menjadi tuan rumah kepada seluruh alam ini.

Kedua, al-Quran menetapkan bahawa manusia, tanpa mengira bangsa , bahasa dan keturunan adalah menjadi khalifah-Nya. Kepada manusia pertama iaitu Adam ‘alaihissalam, Allah SWT telah menetapkan bahawa sebarang perbalahan yang berlaku di antara anak buah kamu (lihat sebahagian surah al-Baqarah Ayat 36) akan menjadi reda dan tenang (lihat pula sebahagian Surah al-Baqarah Ayat 38)sekiranya kamu menuruti hidayah-Ku. Atau, maksud kedua-dua perkara ini ada dirangkumkan dengan penuh didalam surah Thoha yang bermaksud, “Allah berfirman:turunlah kamu berdua dari syurga bersama-sama , sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Maka, jika datang kepada kamu petunjuk dari-Ku, lalu barangsiapa yang mengikuti petunjuk dari-Ku, ia tidak akan sesat dan celaka.”(Lihat surah Thoha Ayat 123). Ini adalah benda yang menjadi tugas utama yang amat penting para Nabi sejak daripada zaman berzaman termasuk Nabi Muhammad SAW.

Nabi SAW mewajibkan kita membaca Fatihah dalam sembahyang. Di dalam Fatihah, telah ditetapkan tiga perkara pokok. Satu laluan yang betul dan dua yang salah. Ayat “si ro thollazi na an ‘am ta ‘alai him” yang menuntut jalan yang lurus adalah betul manakala ayat “ghoiril maghdhu bi ‘alaihim waladdhol liin” adalah yang salah seperti yang di maksudkan. Aneh, bahkan silapnya Umno ialah Umno tolak yang betul iaitu “siro thollazi na an ‘am ta ” yang menjadi jalan Nabi-Nabi iaitu menolak Islam dan mengambil sistem sekular barat yang tidak pasal-pasal menimbulkan pecah-belah teruk di kalangan seluruh orang Melayu dan orang Islam bukan Melayu di Malaysia. Ini termasuk jugalah perpecahan antara orang Islam dan Non –Islam di negara kita.

Lebih buruk apabila semuanya ini menjadikan orang-orang yang belum Islam terkapai-kapai; yang mana yang sebenar samaada Islam atau sekular. Hasil daripada inilah saya rasa sudah sampai masanya untuk mengajak Presiden Umno yang menjadi Perdana Menteri sekarang ini bersemuka dengan saya di atas dasar “waja dil hum billati hiya ahsan” yang bermaksud, “serulah manusia pada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan nasihat yang baik “(Sebahagian dari maksud surah an-Nahl Ayat 125).

Persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah kenapa Umno tolak Islam sedangkan Islam adalah jalan yang bersifat “siro thol mustaqiim”? Bahkan, sikap Umno melawan PAS sedangkan PAS yang ditubuhkan sejak 1951 meletakkan Islam sebagai dasar adalah sebuah kekeliruan yang cukup dahsyat. Pegangan Umno yang menolak jalan yang lurus inilah yang saya ertikan sebagai boleh membawa kepada perpecahan dan kesesatan.

Menyamakan atau membandingkan ajaran Ayah Pin atau komunis dengan UMNO yang menolak Islam adalah sekadar mematuhi kaedah al-balaaghah. Ini penggunaan perumpamaan atau kiasan semata-mata. Jauh dari segi maudhu’, ia bertujuan untuk menjelaskan bagaimana aliran asal sekularisme yang menolak agama khususnya Islam dari pemerintahan. Ini punca sebenar atau ibu kepada segala kesesatan. Apabila sekularisme itu adalah faham yang sesat, maka tidakkah faham kebangsaan yang merupakan cabang dari ajaran sekular bawaan Parti Kebangsaaan Melayu Bersatu (UMNO) itu juga turut sesat?

Seperti yang kita sedia maklum, perdebatan diterima oleh Islam dan diterima oleh demokrasi. Ia perkara fitrah dan perkara sedunia. Contoh terdekat ialah perdebatan antara Obama dengan saingan beliau dari parti Republikan. Begitu juga dengan debat antara calun-calun Presiden Indonesia terkini yang sedang berlangsung di Jakarta yakni antara regu Susilo Bambang Yudhono/Boediono, Megawati Soekarnoputri/Prabowo Subianto dan Jusuf Kalla/Wiranto.

Jika di Eropah dan negara negara demokrasi yang lain, debat lebih ditumpukan kepada perkara-perkara cabang yang bersifat keduniaan semata-mata maka apa salahnya jika kali ini kita perbahaskan perkara pokok yang menyentuh aqidah? Masalah yang saya bawa ini adalah perkara aqidah yakni persoalan tunjang yang menyentuh kedua-dua kepentingan secara bersekali, dunia dan akhirat.Jika tidak betul aqidah, sembahyangpun tidak diterima. Dunia demokrasi yang sekular; mana ada pedulikan masalah aqidah dan

persoalan “sesat tak sesat”? Soal sesat atau tidak, ini istilah ugama. Ini bukan isu perlembagaan dan undang-undang.

Sesat seperti yang terdapat di hujung surah al-Fatihah (adho- Lliin) bererti dholalah yakni tidak bertemu atau berjumpa jalan.Kita perlu sama-sama sedar bahawa jalan yang boleh diharap hanyalah jalan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Ini persoalan “huda llil muttaqiin” yakni jalan yang menjadi petunjuk bagi mereka yang bertaqwa (lihat sebahagian maksud al-Baqarah Ayat 2). Tak turut jalan inilah apa yang dipanggil sesat.
Tidak timbul sama sekali soal menghasut atau mencetuskan keresahan. Ini isu ugama sepenuhnya. Ini persoalan teguran dan dakwah.

Demi mencari kejernihan dan menghentikan polemik, saya mohon mencadangkan sebuah debat ilmiyyah dianjurkan dalam tempoh terdekat kearah menjelas dan merungkai segala kemusykilan dari kedua-dua perspektif parti bertajuk “kerana apa Umno tolak Islam dan kerana apa Umno lawan PAS”; tidak lebih daripada itu. Insya Allah, saya bersedia untuk bersama Dato’ Seri Perdana Menteri dalam majlis berkenaan tanpa meletakkan sebarang syarat. Lantiklah mana-mana mufti atau salah seorang sarjana yang faqih lagi amanah, baik dari dalam mahupun luar Negara untuk menjadi pemudah cara yang adil bagi tujuan ini. Tempat yang sesuai boleh ditetapkan oleh pihak Dato’ Seri, baik di Kuala Lumpur atau di mana-mana. Hari dan masa juga adalah mengikut kelapangan dan keselesaan YAB. Saya boleh mematuhi kepada apa jua ketetapan asalkan Dato’ Seri bersedia untuk bersama dalam sebuah rapat ilmiyyah untuk dibuat siaran langsung demi manfaat Negara.

Seluruh rakyat akan menjadi hakim di atas pelbagai sandaran yang saya maksudkan ketika mengatakan apa yang telah saya sebut mengenai fenomena UMNO dengan persoalan kesesatan ini.

Jadi, sekali lagi saya dengan ikhlas mengangkat cadangan ini agar sudilah apa kiranya YAB. Dato Seri menerima pelawaan ini mengikut kesesuaian tarikh Dato” Seri demi kebaikan bersama. Semoga diizinkan Allah. Terima kasih, Wasalam.

Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

tiaDa beZaNYa PAS daN UMNO

Muhyiddin mempersoalkan dimana bukti UMNO adalah parti kafir dan komunis . Secara dasarnya amatlah mudah untuk PAS membuktikan dakwaan tersebut kerana itulah modal PAS dari dahulu lagi. Oleh itu persoalan pula untuk PAS iaitu dimana buktinya PAS adalah parti Islam ?

Persoalan ini pernah kawe pertikaikan atau persoalkan dimana kawe cuba mempersoalkan kenapa poster Sultan dan Pemaisurinya dibenarkan dipampang di seluruh Kelantan yang mana pemaisuri tidak menutup aurat sedangkan polisi kerajaan PAS Kelantan ialah mana-mana poster wanita/betina kenalah dalam paparan menutup aurat walaupun poster asalnya tidak menutup aurat

Itu satu perbandingan yang amat mudah. Malah banyak sikap pemimpin PAS yang menjejaskan keindahan Islam itu sendiri malah contoh ketara ialah ADUN Melor Wan Ismail Wan Jubursoh. Perangai yang teruk serta tamak halaba serta memakan duit rakyat adalah sifat ‘mulia’ seorang pemimpin Islam. Sudah penakut (pondan) tetapi berlagak konon dialah contoh ulama terbaik. Sikap Tok Guru terhadap perangai syaitan Wan Ismail amatlah dikesali.

Kawe memang bersedia menghadapi tindakan dari Wan Ismail Wan Jubursoh ini. Kenapa harus takut dan gentar. Penyokong totok PAS memanglah marah kalau dikutuk PAS secara terangan seperti ini.

Ramai penyokong malah ahli PAS yang bekerja dengan kerajaan pusat yakni Kerajaan BN. Jika kita menyatakan demikian maka penyokong PAS marah kerana menyamakan kerajaan Pusat dengan kerajaan BN namun sebaliknya tidak kisah jika menyatakan kerajaan negeri Kelantan adalah Kerajaan PAS.

Oleh itu mereka marah kalau kerajaan BN menggunakan jentera kerajaan Pusat sedangkan mereka menggunakan kenderaan/jentera kerajaan Negeri untuk aktiviti parti PAS tidak mengapa pula. Inilah liberal yang ada pada pemimpin PAS yang berselindung disebalik wajah Islamik mereka.

Usahlah menuduh antara satu sama lain. ADUN PAS Kelantan ada juga berbesan dengan ADUN BN Johor. Kalau ikut kawae, sahkan perkahwinan tersebut. Tetapi kerana mereka sama Islam maka dianggap sah. Sedangkan ADUN BN Johor adalah ahli UMNO. Apa cerita orang PAS..?

Selalunya jika ada persoalan seperti ini, orang PAS tidak menjawab dengan bijak.

Tuesday, July 7, 2009

1 Malaysia @ Wang Malaysia

1Malaysia diwujudkan dengan tujuan untuk menyediakan satu forum yang bebas dan terbuka bagi membincangkan tentang perkara yang benar-benar dekat di hati kita sebagai satu bangsa. Ia menyediakan peluang untuk meluahkan dan menerokai kepelbagaian perspektif masyarakat kita. Apa yang menjadikan Malaysia unik adalah kepelbagaian rakyat kita. Matlamat 1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan. Saya berharap agar laman web ini akan menjadi permulaan kepada satu dialog yang penting dan terbuka bagi menerokai identiti, tujuan dan hala tuju kita sebagai rakyat Malaysia. Saya menggalakkan setiap orang daripada anda menyertai saya dalam memberikan takrifan kepada Malaysia kita dan peranan yang perlu kita mainkan untuk masa hadapannya. Setiap kita – di sebalik segala perbezaan kita – berkongsi impian untuk satu masa hadapan yang lebih baik. Setiap kita mahukan peluang, dihormati, persahabatan dan saling memahami.

Diatas adalah maklumat am yang dipetik dari laman 1Malaysia.Usaha memahamkan rakyat tentang konsep 1 Malaysia secara berterusan membuatkan kawe mula rasa bosan dan bingung dengan intipatinya. Permulaan web ini memaparkan aluan kepada pengunjung dalam 3 bahasa. Pertama Bahasa Malaysia, English dan Cina Mandarin.

Ini kali kedua kawe mempertikaikan soal laman aluan ini dimana konsep 1 Malaysia dah jadi 3 Malaysia. Perkara utama untuk menjadi rakyat Malaysia ialah memahami dan menguasai Bahasa Malaysia dengan baik. Konsep 1 Malaysia adalah untuk rakyat Malaysia dan bukan untuk negara lain. Maka apakah wajar bahasa Cina dijadikan pilihan dalam web 1 Malaysia.

Dimana keseimbangan yang dicari dalam 1 Malaysia ? Kalau dikira pada kedudukan Melayu vs Cina ialah 2-3. Melayu kalah kerana bahasa Cina bukan bahasa harian orang Melayu. Cina pula menang kerana mereka menguasai ketiga-tiga bahasa tersebut.

Usah bicara soal kamu bangsa apa, agama apa ? Apa aliran politik kamu ? Jangan dibincangkan lagi. Cukup sekadar soal bahasa. Dengan 1Bahasa kita boleh berpadu. Ambil ayat terakhir dalam perenggan pertama iaitu saling memahami. Bagaimana mahu saling memahami sekiranya asas untuk kesefahaman tidak dibentuk dan diubah agar ianya tidak menwujudkan konflik, kontroversi atau dengan lebih tepat perpecahan. Kita mahu berpadu dengan konsep 1Malaysia.

Kalau kita tunduk dengan permainan politik maka tergadailah bahasa Malaysia dalam pelbagai sektor. Kalau Jepun bangga dengan bahasa Jepun dan tulisan Kanjinya maka kenapa kita sebagai rakyat Malaysia tidak bangga dengan ketuanan Bahasa Melayu di tanahair kita sendiri.

Bukankah bahasa Cina berasal dari tanah besar Cina. Maka rakyatnya menggunakan bahasa Cina tanpa mengira etnik dan kenapa kita tidak mahu menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa lingua franca (bahasa perdagangan). Kita galakkan penguasaan pelbagai bahasa dikalangan rakyat kita tetapi yang diutamakan perlulah Bahasa Malaysia.

Rakyat kita boleh memahami bahasa Inggeris. Setakat ini tidak pernah kedengaran pelancong asing tidak mahu datang ke Malaysia kerana masalah komunikasi. Malah mereka sendiri membeli kamus dwibahasa untuk mempelajari bahasa kita. Kenapa kita harus malu dengan Bahasa Malaysia ? Jika enggan bercakap Bahasa Malaysia maka kita perlu lucutkan kewarganegaraannya.

Menerap jiwa Malaysia dalam sanubari rakyat perlu diutamakan. Jika ditanya siapa kamu maka kita menjawab kita orang Malaysia. Kami bangga dengan Malaysia dimana pelbagai kaum hidup aman damai dalam semangat harmoni. Tapi itu semua gimik yang ditunjukkan dalam media sekadar mengaburi hakikat sebenar.

Perlu diingat..kawe bukan anti cina atau bersifat perkauman. Kawe menekankan soal kesepaduan antara rakyat. Biar rakyat hidup dengan jati diri sebagai rakyat yang bersatu. Jika ini gagal dilaksanakan, lupakan sahaja 1 Malaysia.

1 Malaysia – Satu Malaysia – kalau dalam bahasa Inggeris One Malaysia. Kalau salah dengar akan jadi Wang Malaysia. Adakah wang Malaysia yang diinginkan…?

Tuesday, June 30, 2009

Royalti Minyak

kalau kita fikir perangai kita sebagai manusia, soal royalti minyak ni kalau kawe ada kuasa nak tentukan nak bagi ke dok ke gu kawe tentulah kawe fikir gu kawe ni jenis lagu mana. dah tahu gu kawe ni tak berlaga angin dengan kawe maka wi wat nate apa ke gu kawe.

macam kes tok guru bagi ibrahim ali (katak babi) tanding kerusi parlimen pasir mas. TGNA tahu dah perangai katak babi tapi bagi juga. maka sombong nak mampuh nate babi tu malah berani serang TGNA pula.

soal royalti minyak ni memanglah menyakitkan hati kerana jahat sungguh puak UMNO kerana menafikan hak rakyat kelantan.

maka fikirlah sendiri apa yang perlu rakyat kelantan buat di manek urai.

Sunday, June 28, 2009

kenyataan Anwar mengenai TKI/PATI

Sahabat karib saya dari Jakarta menelefon menyesali sikap membisu saya berdepan dengan pendedahan kes penderaan terhadap pekerja Indonesia. Teguran ikhlas teman tersebut diterima baik.

Namun perlu dijelaskan bahawa secara konsisten saya lantang sekali membicara nasib Tenaga Kerja termasuk dari Indonesia (TKI) atau ungkapan pemerintah Malaysia Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan Pekerja Asing (PA).

Lantaran gesaan tegas saya, pimpinan UMNO menuduh saya “anti-nasional”. Seandainya kita pertahankan prinsip keadilan, keluhuran Perlembagaan (UUD) dan negara hukum, maka setiap kes penderaan dan penindasan ditangani sebaiknya menurut jalur hukum.

Persepsi bahawa kita angkuh (arogan) malah mirip mendukung tindakan zalim dan ganas terhadap pekerja agak meluas di Indonesia. Mungkin saja anggapan sademikian keterlaluan.

Namun tidak dapat disangkal dari tindakan perundangan merotan PATI, kenyataan sombong para menteri, tuduhan pencerobohan di perairan Indonesia, layanan buruk malah kes-kes penderaan ke atas warga asing termasuk dari Indonesia, India, Myanmar dan Bangladesh akan memperkukuh gambaran negatif terhadap negara.

Pertama, hukuman rotan (cambok) ke atas pekerja daif tetap dianggap zalim dan tidak berperikemanusiaan. Bayangkan sekiranya pekerja Muslim Algeria di Perancis, atau pelajar Malaysia tanpa visa di England dihukum rotan, hiruk-pikuklah dunia Islam dan kempen boikot barangan Inggeris di Malaysia.

Kedua, kenyataan angkuh yang menyentuh sensitiviti jiran harus diwaspadai. Saya masih ingat peristiwa lagu ‘Rasa Sayang Eh’ dulu! Atau seolah-olah rasuah (korupsi) itu lumrah di Indonesia dan tidak di Malaysia. Pastinya lebih canggih di sini!

Ketiga, isu sempadan dan ketegangan lainnya harus dirunding segera di antara pimpinan kedua negara terlibat.

Dan akhirnya isu penderaan pekerja, kaedah kemasukan dan sindiket agen pekerja, penipuan dan cara mengaibkan mengusir pekerja pulang wajar ditangani dengan lebih telus dan adil. Kita harus akui kecuaian, rasuah malah kelecehan sebahagian agensi penguatkuasaan.

Rakyat Malaysia sendiri mencurigai kecekapan sebahagian pasukan polis manakala gerombolan penjenayah kongsi gelap, ah long, kumpulan samseng atasan terlibat!

Semoga Allah SWT memberikan kita kekuatan memperjuangkan keadilan.

TV3 tengahari : Pasir Mas

dengar ke berita TV3 tadi, kawe cukup gembira melihat malangnya nasib orang melayu hok meniaga di pasar Pasir Mas Kelantan.

kena pula presiden hok nak bela nasib orang melayu berasal dari Pasir Mas. takkan tak kenal ahli parlimen paling hodoh dan bodoh dan tersohor kerana suka melompat sana sini kalau tak lain dari menate kakah Ibrahim Ali.

ada hati nak bela nasib orang melayu..cis taik babi/h1n1. tengokla tempat sendiri baru nak tunjuk agah dengan orang lain.

menate mu Ibrahim Ali...mu mampus ramai orang tepuk tangan

Friday, June 26, 2009

Mikhail Jackson

takziah buat keluarga michael jackson atas kematian michael jakson pada usia 50. lagenda pop dunia ini adalah seorang insan seni yang agak pelik sikit kelakuannya. namun diakhir hayatnya mikhail jackson telah menemui cahaya islam dimana pada nov 2008.


semoga ada ikhtibar besar atas kematiannya.



Indonesia Gampang

dalam blog MSO dan Boh Yie (newkk.blogspot.com) terisi dengan cerita kemarahan rakyat Indonesia kepada Malaysia berkaitan beberapa isu utama iaitu:

  • permasalahan peribadi Manohara dengan Tengku Temenggung Kelantan
  • penderaan terhadap pembantu rumah Siti Hajar oleh majikannya
  • isu kematian 7 warga Indonesia dalam tragedi bangunan yang hendak diruntuhkan runtuh di Petaling Jaya
  • perebutan pulau Ambalat

terkini kerajaan Indonesia menghentikan penghantaran tenaga kerja ke Malaysia. Dalam berita TV3 sekejap tadi Presiden PAPA yang pakai rambut palsu menyatakan kerajaan Indonesia akan rugi malah memberitahu bahawa banyak syarikat di Malaysia akan terjejas dengan masalah ini.

Kerajaan Indonesia menghubungkaitkan kes penderaan keatas Siti Hajar sebagai alasan pemberhentian penghantaran. Masalah utama ialah kenapa tidak dikaitkan betapa ramai orang Malaysia yang menanggung beban akibat masalah yang dibuat oleh pembantu rumah Indonesia seperti mencuri, melarikan diri dan tidak amanah.

Ini sepatutnya tidak menjadi isu besar tetapi kalau mahu diperbesarkan juga maka kita boleh huraikan banyak isu untuk menyatakan bahawa rakyat Malaysia pun kena benci kepada Indonesia.

Kemasukan rakyat Indonesia ke Malaysia sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) bukanlah isu baru. Lebih dari 1 juta PATI Indonesia sahaja di Malaysia. Kehadiran mereka banyak mengundang jenayah dan banyak lagi perkara yang tidak elok.

Penangkapan PATI dan kemudian ditahan di Kem Tahanan Sementara telah mengakibatkan wang rakyat Malaysia dibelanjakan untuk menampung kos penahanan sementara dan penghantaran pulang mereka. Penghantaran wang Malaysia ke Indonesia juga memberi kesan akibat pengaliran keluar wang Malaysia.

Masalah sosial yang dibawa juga mengganggu ketenteraman awam. Rakyat Malaysia banyak bersabar dengan permasalahan ini malah kekadaang kami mendapati kerajaan Malaysia seolah tidak ambil peduli dengan aduan kami selaku pembayar cukai negara.

Usah berlagak dan bersikap kurang ajar dengan menghina rakyat Malaysia.

Thursday, June 25, 2009

Saluran Bernama 502

dalam rancangan ulangan Hello Malaysia yang dihoskan oleh pengacara 'semestinya' Sharkawi Jirim pun tak tahu apa rasa dan dimana kebanggaan mereka bila jemput nate Ibrahim Ali jadi tetamu undangan bersama sorang penganalisis politik muka budak rambut tompok spek bulat.

isunya masih berkisar kerajaan perpaduan atas tajuk "hidung supo katak,pipi tersorong-sorong ". heran kawe macam mana boleh jemput Ibrahim Ali. kawe sebut nama dia rasa 'kembe' sahkan nak tengok muka menate ni.

dengan rasa dia hebat duk cerita bila tok guru Haji Hadi sebut pasal kerajaan perpaduan maka dia rasa nampak jalan untuk PAS berbaik dengan UMNO. ungkit pasal Tok Gru Nik Aziz suruh Timbalan PAS Nasharuddin Isa masuk UMNO dan letak jawatan Ahli Parlimen Bachok.

Hok nak sukanya, macamana Mursyidul Am PAS ini suruh Nasharuddin letak jawatan Timbalan Presiden parti yang dipilih oleh perwakilan PAS sendiri.

Hei nate Brahim Ali, Nasha rsti jugak mikir akan tanggungjawab dan teguran orang dalam parti. Mu tu mujur orang PAS Pasir Mas sokong mu tapi mu tak khabar ingat dah dan hanyut gitu je bila tak kenang jasa dan budi orang PAS. Sepatut mu letak jawatan Ahli Parlimen Pasir Mas dan bertanding semula atas tiket Bebas.

Situ barula mu ingat mu tu sapa nate. Mari dari mana baka jenis tak reti mikir dan tak dok otak ni. Wat malu orang Kelantan jah

Wednesday, June 24, 2009

HONENONE

Kenapa Pak Lah Pecat Ibrahim Ali ?


Pak Lah ni kira baik dah orangnya berbanding Mahathir dan Najib tapi ramai orang tak tahu sebab apa Pak Lah benci ke Ibrahim Ali hingga tak pasal menate beruk ni Pak Lah pecat.

Ada orang kata dia jilat punggung Mahathir masa dia masuk UMNO dulu lepas keluar 46. Hok tu kawe tak nafikan sebab memang jelas dia dengki bila Mahathir tuduh Anwar main punggung padahal Ibrahim Ali orang paling minat pasal punggung ni.

Tapi tu cerita lain. Dalam satu mesyuarat bersama Pak Lah, Ibrahim Ali telah mengungkit soal penghantaran angkasawan ke angkasa lepas dimana kata Ibrahim Ali ianya satu pembaziran kerana penerokaan ke angkasalepas adalah satu perkara basi yang sudah berulangkali dilakukan oleh manusia.

Rasionalnya, Ibrahim memberi satu cadangan baru iaitu menghantar angkasawan Malaysia ke Matahari. Pak Lah terkejut dengan cadangan Ibrahim Ali malah ditertawakan oleh ahli mesyuarat yang lain termasuk Annuar Musa.

Kemudian rakan sekutu Ibrahim Ali, Tajuddin Pasir Salak bertanya macamana nak hantar angkasawan ke Matahari kerana Matahari tersangatlah panas.

Ibrahim Ali menjawab, kita hantar pada waktu senja dimana Matahari ketika itu tak berapa panas.

Tuesday, June 23, 2009

Tak Rela Dunia Akhirat

Tiap-tiap bulan membayar langganan ASTRO. kalau tak bayar dia potong dan bila tak ada ASTRO maka rasa tak tahu nak buat apa. kat Penang ni, area rumah kawe tak leh siaran free. Signal terganggu. Jadi terpaksalah bayar ASTRO. Hampehnya ASTRO ni dah tak menarik hati dari segi isi rancangan yang disiarkannya. Promo channel Mustika bukan main hebat hingga kononnya cerita hindustan macam Om Shanti Om, I'm Singh dan banyak lagi tapi sejak langgan banyak cerita basi.

Lupakan soal tu. Masa tengok berita AWANI malam tadi ada tagline yang memaparkan ikuti temujanji bersama Ibrahim Ali Ahad 9.00 malam di saluran Awani. Oleh kerana jemput Ibrahim Ali kawe isytihar tidak rela dunia akhirat duit kawe bayar ASTRO kalau jemput Ibrahim Ali.

Bini kawe tersengih bila kawe menyumpah seranah apabila TV3 siarkan berita tentang kekecewaan Ibrahim Ali. Sepanjang audio suara Ibrahim Ali, kawe tidak berhenti menyumpah dengan berbakul sumpah. Nak royat bencinya kawe ke Ibrahim Ali.

Nate ni tak khabar ingat dia tu pengkhianat dan petualang bangsa. Duit rakyat ke, duit MARA ke semua dia sapu. Kawe hairan ada lagi orang bersekongkol dengan kakah nate Ibrahim Ali ni.

Dimana pemikiran atau otak orang yang jemput Ibrahim Ali dalam temujani di Awani ni. Gapa dia hok dia nampak dengan kakah Ibrahim Ali. Menate bual je besar. Taik kucing...geramnya...

Tak paham kawe dengan manusia ni. Bolehnya wat kira dengan kakah Ibrahim Ali. Orang serupa Tok Guru Nik Aziz pun dia kencing. Kawe tak tahu la nak angkat dengan gapa mayat dia bila dia mati sesok (kalu tak taubat la). Tak rok nak angkat dengan kren rasanya.

Mampuh! Mampuh...(tgk gambar serupa dah dengan patung hok duk Tumpat nu..)

Monday, June 22, 2009

Aksi Seks Orang Melayu - Part 2


Kali ini kawe akan tunjukkan nilai akhlak dan moral orang melayu kita dalam zaman teknologi maklumat ini.

Gambar disebelah memang disahkan orang Melayu tempatan berdasarkan keadaan dan dialog ringkas. Ada yang mengatakan pasangan ini adalah anggota tentera / kakitangan keselamatan awam berdasarkan pakaian yang tergantung dalam klip video ini.

Kawe minta maaf kalau rakaman ini dibuat oleh suami isteri yang sah tetapi merakamnya kemudian lalai atau sengaja menghebahkan/menyalurkan video ini melalui handphone (hp) atau internet adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Ini kerana pasangan seks ini adalah orang dewasa yang pada kawe sepatutnya sedar akan musibah yang akan mereka alami jika ianya tersebar malah jika mereka bukan pasangan suami isteri , maka hubungan ini adalah zina dan zina adalah antara 7 dosa besar.

Manakala gambar kedua pula tidak memaparkan muka pasangan wanita ini. Hanya aksi 'berkaraoke' sahaja yang ada dan gambarnya jelas.



















3 gambar diatas menunjukkan betapa remaja melayu sudah tidak kisah dimana mahu melakukan seks asalkan ada ruang dan peluang. Tidakah kerajaan 1Malaysia tidak merasa gusar dengan perkara ini ? Apakah mahu membiarkan anak muda melayu terus hanyut dan lalai dengan tanggungjawab mereka sebagai orang Islam ?

Anak siapakah mereka ini dan dimana mereka ketika ini ? Jika sudah menjadi isteri atau ibu kepada pasangan yang kamu rakam ini mungkin tidak menjadi masalah.

Aksi Seks Orang Melayu - Part 1

Teringat zaman 80an dahulu. Walaupun masa tu masih budak-budak lagi tapi bila boleh tengok cerita blue, bila gi sekolah habis geng diceritakan. Lepas tu ada sorang dua ushar nak tengok sama. So carilah ruang dan masa nak kasi chance kat geng. Kalau dia orang dapat tengok hebatlah aku...

Kemudian satu hari timbul cerita blue melayu yang mana seorang setan bergelar bapa rakam seks dia dengan anak sendiri. Bila dapat tengok rasa nak muntah sebab kes tu kira kes hebat yang mana berita tersebut disiarkan dalam akhbar dan dibicarakan oleh masyarakat. Jadi rasa jijiklah sebab benda tu real.

Kemudian timbul aksi Zarina Zainuddin. Banyak jugak dapat gambar tu. Masa tu dah akhil baligh dah. Nasib malang Zarina terjadi dalam era komputer tak pakai hard disk lagi. Yang beruntung kes Edry KRU dan Linda Rafar. Terjadi zaman gambar boleh super impose. Adalah alasan.

Kemudian kes Wan Nor Azlin (WNA) yang terlepas keluar. Macam2 cerita yang dikaitkan dengan kes WNA dimana ada yang kata WNA dah bunuh diri, tukar agama dan bermacam-macam lagi. Ekoran dari vcd Pramugara Aksi Yang Terlampau, Datin dan beberapa nama yang dikaitkan dengan artis tempatan maka sapa-sapa yang ada penyalin cd masa tu pakat-pakat berniaga vcd seks melayu.

Sekarang kita boleh dapat aksi melayu dalam bentuk fail kecil (3gp). Berlambak kat dalam internet ni. Ekoran teknologi yang semakin pesat maka aksi orang melayu pun semakin maju apabila dengan senang je dia orang rakam aksi mereka samada dengan telefon bimbit berkamera atau melalui webcam atau perakam video.

Kawe akan paparkan pemuka-pemuka yang beraksi dengan selamba tanpa rasa malu ini dan menyebarkan kepada orang ramai.

Sunday, June 21, 2009

Nik Aziz Istiqomah Bukannya Degil

Langkah Cegah H1N1

1. Jangan makan babi. Samada dalam negeri atau luar negeri.
2. Jauhi mereka yang disyaki pembabi (orang makan babi) dan kelihatan letih,lesu atau berhingus
3. Jangan 'Alhamdulilah' kan orang yang bersin sekiranya orang itu ada ciri-ciri diatas.

Saja..je

Kenapa Tok Guru Nik Aziz Nak Saman Utusan Malaysia


Apabila Tok Guru Nik Aziz (TGNA) nak sama Utusan Malaysia kerana berkaitan perkataan "MESTI" , maka kawe bersetuju benarlah dengan kehendak TGNA.

TGNA ni hanya manusia biasa. Dalam blog Mohd Sayuti Omar (MSO) dia melabelkan TGNA sebagai separuh wali. Dalam blog PerakExpress pula hasil tulisan Huzaifah Ahmad Yamani meletakkan TGNA seorang yang bermulut masin yakni orang yang mana setiap perucapannya akan terlaksana. Memanglah kita harap masin tu benar kerana TGNA tidak pernah/jarang bercakap salah atau sesuatu yang terpesong dari ajaran Islam.

Kawe minta hentikan pandangan taksub terhadap TGNA kerana ada kalanya TGNA tak jawab permasalahan yang berlaku terutama di Kelantan.

Kita kena nilai TGNA ada juga kelemahannya.

Tok Guru Nik Aziz ke yang kena beralah

Kawe ni peminat MSO (Mohd Sayuti Omar) dari zaman Anwar Ibrahim masih dalam UMNO lagi. Malah pembacaan karya MSO bermula apabila dia meramalkan Anwar tidak akan lama dalam UMNO malah kawe ada bukti tandatangan MSO di buku pertama beliau kawe beli.

Tetapi akhir-akhir ini MSO kelihatan sedikit berlainan kerana mood beliau dilihat berubah-ubah. Malah sekarang MSO begitu teruk dibalun oleh pihak yang lebih berkiblatkan Tok Guru Nik Aziz (TGNA) terutama dalam isu berkaitan kerajaan Perpaduan (UG)

Dalam catatan MSO yang terbaru, Gembira Pagi yang menceritakan pertemuan TGNA dengan Timbalannya Tuan Guru Harun Din (TGHD) di rumah Kelantan di Kuala Lumpur, terdapat kesimpulan bahawa TGNA melalui perbincangan dengan TGHD bersedia mengambil tindakan untuk menjernihkan keadaan dan bersedia dalam apa jua keadaan agar perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

Dalam temuramah dengan media yang pada kawe diputar belitkan kerana tidak menyiarkan ayat TGNA menyebut "kalau benar " si Nasharudin tu nak ke Kerajaan Perpaduan maka masuklah UMNO dan letak jawatan MP Bachok ...(lebih kurang begitu)

Pada kawe TGNA ibarat bapa kepada seluruh orang Kelantan. Selalunya tindakan seorang bapa ini betul dan kalau salah si anak kena tegur dengan cara berhemah agar si bapa tidak tersinggung hati.

Kawe bersetuju dengan pendapat MSO mengenai cara teguran/marah TGNA kepada Nasha yang sepatutnya dibuat secara berhemah.

Apa pun kawe tidak suka kalau TGNA kena beralah. Bukan mengatakan 100% Nik Aziz itu betul tapi lebih kepada keinginan agar Nasharudin datang mengadap TGNA dan menyatakan pendirian Nasha yang sebenar dalam isu kerajaan Perpaduan.

Dan pada kawe isu kerajaan Perpaduan yang masih belum jelas dari Haji Hadi adalah karut dan marut kecuali ada nas yang baik dalam usaha ini.

UMNO bukanlah boleh dipercayai...

Terima Kasih Sahabat Ku

ada sahabat yang tidak pernah jemu membantu terutama dari segi bantuan wang. memang kawe ada masalah dan kawe perlukan bantuan dan sahabat kawe tetap membantu tanpa sebarang keraguan.

buat sahabat, sedikit yang diminta tapi tidak sedikit pun yang diberi.

semoga ALLAH merahmati dan memurahkan rezeki SAHABAT ku ini

Friday, June 19, 2009

Kerajaan Perpaduan atau apa jua Kerajaan

Kalut semua media mendapatkan reaksi dan ulasan dari yang popular sampai yang tak kenal batang hidung. Semua bercakap soal kerajaan perpaduan atau unity government (UG). Pelbagai ulasan dikeluarkan dan banyak spekulasi dibuat.

Idea asal datang dari Presiden PAS yang kemudiannya disanggah oleh Mursyidul Am PAS. Terbaru, amaran Tok Guru Nik Aziz (TGNA) selaku Mursyidul Am kepada Timbalan Presiden PAS yang dilihat terlalu seronok pasal UG ini.

Kesemua yang bercakap soal UG ini adalah pemimpin politik yang hidup mereka sebagai pemimpin bagi parti itu ini dan mereka mengulas habis-habisan malah cuak rasanya melihat siaran AWANI yang dihoskan oleh melayu(agama belum pasti) berambut merah yang cuba jadi juak dalam isu kerajaan perpaduan ini.

Soal ramainya rakyat Malaysia yang tidak bekerja dan dibuang kerja tidak ada satu pun keluar dari mulut pemimpin ini. Celakanya orang macam ni hanya bercakap sahaja tapi kaedah perlaksanaan tidak ada. Mahu Islam hanya pada mulut sahaja. Mahu bela nasib melayu pun setakat mengeluarkan taik kemudian dipamkan. Dan ada yang tinggal taik macam tu je. (biasanya Ibrahim Ali)

Ada YB yang hantar sms kata saya seorang YB yang menerima gaji RM 3800 sebulan sahaja. Hehehe...kawe gelak sampai terkicik.. Tak yah tipu la. Habis tu YB Melor macamana dia boleh hidup mewah, kawin cerai selamba je..

Orang kampung atau orang bandar tengah pening cari pendapatan, nak beli beras nak bayar bil api air, nak tanggung anak sekolah..ada dia orang sibuk bincang soal ni. haprak la kalau ada. sebab tu kalau nak buat kerajaan perpaduan ke, kerajaan zionis ke lantaklah korang, tapi soal kebajikan rakyat, tanggungjawab sosial yang rakyat pikul maka diakhiratlah kamu jawab.

Sebab kalau tanya sekarang kamu tak reti menjawab. kononnya perjuangan ini adalah kerana Allah..Shahrizat dan Najib pun kata kerana ini tuntutan dari Allah...semua cakap pasal Allah. Orang kafir pun sibuk hafal ayat-ayat Al-Quran sekarang sebab nak berpolitik...

Haprak la semua

Wednesday, June 17, 2009

Siapa Mereka?



kawe dapat tahu pasal rakaman ni melalui blog amin iskandar dan tidak dinyatakan apakah motifnya.

secara jelas dalam rakaman ini ialah melayu belasah india. dimana peristiwa ini berlaku dan sebab apa kawe tidak pasti..

jika rakaman ini dibuat dibalai polis maka ianya perkara biasa. polis tidak akan menendang orang sebarangan kalau tidak ada sebab. yang kena tu mestilah menangis merayu dan insaf serta merta walhal sebelum ditangkap akulah gangster terhebat..mungkin juga..

apa pun yang pasti ini tidak mencerminkan budaya 1Malaysia yang cuba diketengahkan oleh PM. Polis pun kena berhati-hati. Yang merakamkan kejadian tu tentulah geng yang membelasah dan kita boleh rumuskan "apa punya geng kasi malu geng sendiri". Macam nak burukkan diri sendiri...

Tok Guru Nik Aziz akan saman Utusan Melayu


Nik Abdul Aziz berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Utusan Malaysia berhubung satu laporan pada 15 Jun lepas yang memetik beliau sebagai berkata bahawa "nasihatnya mesti didengar".

"Saya nafi sekeras-kerasnya penggunaan "mesti". Semuanya itu selain daripada pembohongan adalah hasutan untuk menghina saya, supaya masyarakat dan mufti benci kepada saya.

"Saya sangat dukacita dan malu sampai dikerah mufti untuk membincangkan kenyataan saya," katanya.

Nik Aziz berkata beliau telah melantik peguam untuk mengambil tindakan itu.

Tok Guru Nik Aziz Dah Hot!!!!

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.

"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat.

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok.

"Apa buat sampah, menyusahkan," menteri besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan tersebut seperti yang dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, lapor Bernama.

Kenyataan tokoh ulama PAS ini yang paling keras pernah dikeluarkan selepas menuduh beberapa pemimpin atasan PAS yang bersetuju dengan idea tersebut sebagai "boneka Umno."

Khamis lalu, mengulas isu kerajaan perpaduan yang semakin bercelaru dalam PAS susulan kemunculan semula isu tersebut ketika muktamar awal bulan ini, Nik Aziz berkata:

"Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat.

"(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.

"Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno."

Dalam kenyataannya hari ini, Nik Aziz dilaporkan berkata "beliau kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana PAS Kelantan menerimanya sebagai calon di parlimen tersebut" pada pilihanraya umum 2008.

Menurut agensi berita itu lagi, beliau juga berkata PAS dan Pakatan Rakyat kini "telah masuk perangkap Umno" berhubung isu berkenaan sehingga menimbulkan pecah-belah dalam kalangan mereka.

"Orang Umno sekarang ini sedang berpesta kerana PAS sedang berpecah dan Pakatan Rakyat sedang berpecah," katanya.

Beliau juga dilaporkan berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada gabungan pembangkang untuk jawatan menteri.

"Kalau semua setuju...PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri," katanya.

Nik Aziz minta Nasharuddin Get Out

Parah. Terkini melalui mStar Online menyiarkan berita Tok Guru Nik Aziz (TGNA) meminta Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin keluar dari PAS dan menyertai UMNO sekiranya mahukan kerajaan Perpaduan diteruskan.

TGNA ni Mursyidul Am PAS. Orang paling tinggi dalam PAS. Adakah TGNA tidak waras dalam kenyataan beliau ? Mana mungkin... TGNA ada firasat tersendiri jika mengeluarkan kenyataan dan selalunya akan diputar belit oleh media UBN.

Hairan juga dengan sikap Nasha ni .

Kisah di Parlimen

selesai angkat sumpah sebagai ahli parlimen, YB Nizar Jamaluddin MP Bukit Gantang melaungkan "hidup hidup...bubar bubar" ..rasanya lebih kurang begitu.

kemudian berlakulah lelongan jual ikan di parlimen dan jelas menunjukkan tahap pemikiran kelas rendah para YB yang langsung tidak mematuhi arahan speaker Pandikar Amin.

benar sekali apa yang dikatakan Pandikar Amin bahawa peraturan parlimen perlu dipatuhi kerana selepas ahli Parlimen mengangkat sumpah, kata-kata aluan disampaikan oleh YDP Speaker dan juga menyebut bahawa perkara yang berkait dengan peraturan Parlimen adalah wajib dipatuhi.

Maka fikirlah wahai ahli parlimen bahawa tanggungjawab kamu ialah menyampaikan serta membincangkan permasalahan rakyat...

Pembantu Rumah

sudah tiba masanya kerajaan memantau dan mengkaji peraturan untuk pembantu rumah warga asing yang dibawa masuk untuk bekerja di Malaysia. Perkara asas yang paling utama ialah soal agama.

Sekiranya pembantu rumah ini seorang muslim maka dibenarkan untuk bekerja dengan majikan yang beragama Islam. Untuk keluarga bukan Islam diberikan pembantu rumah "ya ayuha kafirun".

Isu ini penting kerana ianya membabitkan perkara-perkara yang berkaitan dengan hukum Islam. Takkan pembantu rumah islam nak masak babi dan hidangkan arak kepada keluarga majikannya. Itu pun tak leh fikir ke ? Jangan main lepas tangan. Ada juga kes pembantu rumah Kristian bekerja dirumah keluarga Islam.

Agen pula kenalah pastikan pembantu rumah ini mendapat layanan yang baik dari majikan. Dalam erti kata lain, tidak didera, tidak dipaksa membuat sesuatu yang salah dan apa-apa yang tidak mendatangkan curiga.

Pastikan soal bayaran gaji dibayar setiap bulan. Tidak tertunda atau tertunggak. Sekarang pembatu rumah diberi cuti sehari dalam seminggu.

Gangguan seksual, penderaan, tidak amanah dan sebagainya memang lumrah kehidupan. Samada majikan salah atau pembantu rumah salah itu kita tidak boleh kawal tetapi bagi menghindari masalah ini maka agen kena pastikan setiap bulan melakukan lawatan mengejut ke rumah yang mana pembantu rumah dibekalkan oleh agensi mereka.

Kawe simpati dengan nasib Siti Hajar yang didera sedemikian rupa. Yang kawe hairan kenapa seorang muslim boleh jadi pembatu rumah kepada non-muslim. Kena masak babi pulak tu. Geli gelaman rasanya bila dengar cerita Siti Hajar...kesian.

Apapun kes penderaan pembantu rumah ni kebanyakkan datang dari keluarga Cina. Jarang dengar dari keluarga Melayu atau India.. kenapa jadi gitu ????

Beza Harga Penang dan Kelantan

di Penang harga barang runcit lebih murah berbanding di Kelantan. Pelik ni . Selalunya orang luar kata kat Kelantan barang dia murah.. Memanglah murah kalau datang shopping totto, selipar, kasut, seluar golok, periuk kuali.

Tapi kalau beli bawang, sayur, ikan, ayam kat Kelantan sekarang mahal. Air batu yang selalu kawe beli kat Penang 5 kupang kat Kelantan dan 2 samah (RM1). Beli 100plus kat Penang RM3 kat Kelantan RM3.80. Masa kat Kelantan, nak kenduri kawe beli bawang kat pasaraya Billion. Kalau beli kat kedai runcit sekitar kampung mahal gila.

Nak cari kuih 20sen memanglah susah sekarang. Bahan naik harga. Nasi dagang RM1 dah tak ada dah sebab di jual RM1.50 - RM 2.00 pada saiz yang sama dulu (RM1).

Apa pun yang tak naik-naik kat Kelantan ialah UMNO... hehehe

Wednesday, June 10, 2009

Ibrahim Ali

boh yie kata Ibrahim Ali pun nak berkempen ke puak UMNO. Atas kertas kira comel tapi hakikat sebenarnya tak payahlah ajak Ibrahim Ali. Takut berselerak kem UMNO di Manek Urai.


Kita kena ingat sejarah Ibrahim Ali ni. Mujur parti politik dia duk main lompat..kalau main lompat akidah rasanya lama dah gemulah. Dari UMNO ke 46 ke UMNO ke Bebas dan last PAS.


popular ke Ibrahim Ali ni...??? bukan apa kawe takut ada orang Manek Urai duk peluk bantal golek rindu ke Ibrahim Ali mari berceramah..(selalunya Ibrahim ni berahi bersumpah)


Dari kawe duk sekolah lagi duk cakap pasal Ibrahim Ali..sudahlah. Ramai lagi orang hok layak jadi pemimpin. Ketengahkan orang baru, orang muda, freshie...hok karat tu tak payahlah..


adios

Mana Wakil Rakyat Kita

kalau tanya kawe pasal wakil rakyat kawasan kawe, maka kawe akan jawab dok golok. sebab wakil rakyat DUN Melor berahi terlajak ke ore tino.
bila ada rancangan Bersamamu siaran TV3 atau apa jua rancangan yang lebih kurang dengan BersamaMu maka dapatlah kita saksikan bagaimana orang yang susah sekian lama mendapat bantuan dan sumbangan. Dari pondok usang ke rumah yang baru.
cuma kawe hairan, kenapa perkara ni ada lagi dalam negara kita ? kenapa masih ada orang susah, miskin sampai anak-anak mereka tercicir pelajaran ?
Orang tino mengandung 3 bulan hok mati kena ragut di Padang Raja Melor beberapa minggu lepas, adalah orang susah. Dengan susah payah dia balik Tumpat untuk pinjam duit dengan mak dia tapi malangnya mak dia takleh bagi. Jumpa pak sedara, boleh RM5, isi minyak RM3 tinggal lagi RM2 dan RM2 tulah peragut dapat.
Lepas tu budak lari 2km untuk masak bubur ke ayah hok terlentang lumpuh di Rantau Panjang. Kisah ni pun lama dah berlaku.
Kita hidup bermasyarakat. Dalam komuniti kita ada ketua kampung, jkkk, tok penghulu, tok gawa, tok teri dan macam-macam lagi. Takkan tak ada seorang pun yang mahu bawa masalah macam ni ke peringkat atas.
Apakah kita tidak sedar dengan kedaifan orang sekeliling kita disebabkan sibuk mencari kekayaan semata-mata. Mana pembela rakyat. Setahu kawe pembela rakyat ni menjalar dijalanan dengan kereta mewah, cakap berapi-api sibuk duk cari bini baru, rumah baru...
Lagu mana agaknya orang macam ni nak sedar diri

Tuesday, June 9, 2009

Manohara dan Fackry

Pada kawe sudah tiba masanya Tengku Fackry (TT) menceraikan Manohara yang jelas dan nyata sudah menghina TT sekeluarga sekaligus menghina maruah orang Kelantan.


Apakah masih ada lagi cinta didalam hati TT untuk Manohara yang mempermainkan perasaan TT. Untuk apa lagi TT. Dia sudah kembali kepangkuan kedurjanaan. Lupakan sahaja Manohara. Untuk apa dikenang wanita itu lagi.


Kawe dan isteri tidak semewah hidup orang lain. Malah kasih isteri kawe pada kawe rasanya jauh lebih mulia berbanding Manohara pada TT. Tiada ukurannya. Memang isteri kawe tidak secantik Manohara tapi apa makna kecantikkan jika tidak ada akhlak dan moral.


Kembalikan imej keluarga TT di mata rakyat Kelantan yang tercemar dengan kes sebegini malah rakyat Kelantan lebih gembira kalau bakal pengganti teman hidup TT adalah orang Malaysia.


Barangan Malaysia lebih bermutu dan terjamin

Benarkah DO Kelantan Menyusahkan Tok Guru

kawe baru berborak dengan tokoh NGO Kelantan dan dia maklumkan betapa teruknya perangai Pegawai Kerajaan Negeri yang suka makan rasuah dalam urusan kerajaan hingga memeningkan Tok Guru kerana mereka mendapat perlindungan daripada seorang perempuan besar negeri Kelantan.
Katanya hanya dengan linangan airmata Tok Guru menadah doa agar mereka ini insaf dan sedar serta mengakui perbuatan mereka.
Katanya lagi doa Tok Guru mungkin diberkati kerana anak kepada perempuan besar ini kini mengambil alih kuasa ayahnya yang ketika ini kesakitan. Katanya anak sulong ini memihak kepada Tok Guru dan menghalang perbuatan khianat pegawai kerajaan yang laknat ini.
Moga harapan ini benar dan mudahan laknatullah ini dibakar hidup-hidup di muka bumi lagi

Sunday, June 7, 2009

Kampung Ku Melor Kelantan

sekarang musim cuti sekolah. kawe bawa hero kawe balik bercuti di kampung kawe Melor. Bila cuti sekolah maka banyaklah kenduri kendara. Bila banyak kenduri ni suasana macam berhari raya pula. Kenderaan di jalanraya tak putus-putus.

Kat kedai Melor ada simpang ke Ketereh dan ke Gunung,Bachok. Laluan utama ialah Kota Bharu ke Pasir Puteh. Yang menyedihkan kawe ialah permohonan untuk menyediakan lampu isyarat di persimpangan ini tak pernah tertunai sejak zaman Dato' Zainal (ADUN Melor 95-99, kini duta Malaysia di Mesir). Kemudian kaki betina menang 99-2004 Wan Ismail Wan Jusoh pun tak buat jugak. 2004-2008 Cikgu Azmi Ishak pun tak buat jugak dan kemudiannya kembali ke kaki betina Wan Ismail 2008 sampai sekarang tak buat jugak.

Pekan Melor ni terletak ditengah 4 Pekan. Utara Pekan Peringat, Selatan Pekan Selising, Barat Pekan Ketereh dan Timur Pekan Gunung. 4 Pekan ni ada lampu isyarat. Malah depan sekolah untuk kanak-kanak melintas pun ada lampu isyarat. Yang hairannya kat Melor langsung tak ada.

Sekolah Kebangsaan Padang Raja yang baru siap dibina, alamat yang tertera dipintu masuk utama poskodnya 16400 tapi nama pekan ialah Peringat. Macam ni, SKPR 16400 Peringat dan bukannya SKPR 16400 Melor.. Walhal pejabat pos tak ada kat Peringat.16400 poskod untuk pejabat pos Melor. Kawe tahu la sebab rumah kawe depan pejabat pos Melor

Kawe tak paham bakpo sakit hati dengan nama Melor ni.

Saturday, June 6, 2009

Kenapa Nak Sangat Husam Menang?

Pelik juga dengan blogger yang bersungguh-sungguh nak Husam menang sehingga sanggup duk cerita pasal ada undi pos, tangan ajaib dan macam-macam dalam pengiraan undi untuk jawatan Timbalan Presiden PAS.
Spekulasi yang bermacam-macam ni seolah-olah nak menyamakan minda orang PAS dengan orang UMNO. Seolah cara Khairy yang menang jawatan Ketua Pemuda sama seperti cara Ustaz Nasha menang.
Kenapa tidak timbul kononnya Mat Sabu berpakat dengan Ustaz Nasha dalam mengurangkan undi Husam ? Kalau nak buat andaian kenalah fikir dengan cara yang bijak kerana kawe percaya ahli PAS tidak makan suap macam orang UMNO.
Kalau nak dikira kredibiliti dan populariti memang Husam lebih terserlah. Tapi kita orang berpendidikan, patuh pada perintah Allah, tahu mana baik dan buruk. Bila ramai mahukan orang itu maka kita kena belajar terima hakikat.
Kepada yang nak sangat Husam menang tu, kena sabar. Husam pun muda lagi dan ada banyak ruang untuk membuktikan kekuatan dan karisma beliau dalam politik.
Apapun tahniah atas pemenang yang terpilih dalam muktamar PAS kali ini...

Thursday, June 4, 2009

Satu Malaysia


Kawe melihat betapa perlunya kita sebagai rakyat Malaysia memelihara serta mempertahankan negeri Kelantan sebaik mungkin kerana di Kelantan kita boleh melihat betapa Malaysia itu wujud bersamanya.



Kawe hanya membandingkan antara Kelantan dan Pulau Pinang. Ada seorang dari Pulau Pinang yang baru tiba di Kelantan buat pertama kali mengatakan Kota Bharu sama seperti Kangar. Kawe tidak pasti sama dari segi apa tapi bagi kawe rasanya besar lagi Kota Bharu berbanding Kangar.



Kawe nak bandingkan Kota Bharu dengan Kuala Terengganu tak boleh. Walaupun Kuala Terengganu besar dari Kota Bharu tapi kawe rasa tak lama lagi Kota Bharu akan lagi besar dari Kuala Terengganu. Sebab apa ? Kita tunggu gapa pulak akan runtuh di Terengganu lepas ni.



Soal sebenar ialah betapa kawe rasa berbeza..berada di Pulau Pinang seakan berada di Hong Kong. Berada di Kota Bharu seperti berada di Malaysia sebenarnya. Orang Melayu, Cina dan India disini fasih berbahasa Melayu. Mereka lebih kepada kebangsaan Malaysia. Walaupun ada sedikit pengasingan terutama dibandar tapi jarang kita tengok orang Cina berkawan baik dengan orang Melayu. Di Pulau Pinang pun ada orang Melayu berjalan dan makan bersama tapi itu berlaku ketika hari bekerja sahaja.



Semasa dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari Pulau Pinang, sebuah kenderaan mengalami masalah kerosakan dan berhenti di tepi jalan di lebuhraya Grik. Kawe berhenti dan cuba membantu kerana dilihat ada warga tua bersama dan keadaan gelap (malam). Masalah utama yang timbul ialah komunikasi kerana mereka tidak fasih berbahasa Malaysia. Mujurlah mereka boleh berbahasa Inggeris.



Kawe tanya mereka dari mana dan mereka menjawab dari Pulau Pinang dan ingin bercuti di Pulau Kapas. Maknanya rakyat Malaysia. Salah seorang penumpang iaitu ibu mereka nak muntah kerana jalan bengkang bengkok lalu berhenti serta merta di tepi jalan dan si anak pulak mungkin kelam kabut terus matikan enjin kereta. Bila nak start tak hidup maka dibukanya bonet enjin. Seolah mahu mencari apa masalahnya.



Masalahnya masa berhenti tu dia lupa 'free'kan gear. kereta Avanza auto ni , gear tu kena free baru boleh start. tapi kawe buat pro sikit sebab dia orang bangang, cubalah check sana sini dan suruh dia start. Bila start maka hiduplah enjin tu dan dia orang gembira. Lalu dipujinya kawe dan kawe tersenyum sinis.....



Kawe tidaklah kisah masalah kemanusiaan cuma kawe kisah masalah kebahasaan mereka. Nampaknya kita kena kuburkan bahasa Malaysia tidak lama lagi...
(macamana nak jadi satu Malaysia bila masuk blog PM dah kena pilih 3 bahasa)

Tuesday, June 2, 2009

Manohara - Ulasan Kawe

Perancang utama isu ini ialah si ibunya Daisy Marjerin Planta. Rekodnya di Perancis mencerminkan akan kezalimannya. Suaminya sudah melebihi 4 orang.

Sebelum ini Manohara pernah berkasih dengan seorang anak jutawan Indonesia namun jejaka itu bukan jenis nak berlaki bini sebab mahu berboya lagi maka harapan si Daisy agar anaknya berkahwin dengan anak jutawan itu susah maka beralihnya kepada Tengku Fakhry (TT).

Setelah TT jatuh cinta dan mengahwininya maka apa yang diharapkan oleh si Daisy tidak menjadi. Dia ingat kerabat Kelantan macam kerabat Brunei. Maka terloponglah si Daisy kerana plan tidak menjadi.

Si anak Manohara ni pula usianya masih muda. Baru 18 tahun. Kelantan pula mana ada disko, pub atau kelab malam untuk bersukaria. Apatah lagi hidup dalam istana yang penuh dengan peraturan dan adab susilanya. Kena pulak dikejutkan suami untuk sembahyang Subuh iaitu aktiviti yang tidak pernah dilakukannya.

Jiwa muda mula gelisah kerana terlalu asyik dengan aturcara rasmi. Mungkin merimaskan. Jumpa dengan orang kampungan maka geli gelemanlah Manohara ni..

itu yang membuatkan dia rasa terkongkong. Si ibu pula mereka cerita kononnya anaknya didera oleh TT.

Biasanya orang yang zalim ini kalau dia perancangan mesti ada salah silapnya. Macam kes Mahathir fitnah Anwar. Ada ke pilih kes liwat. Kalau kes zina pun kira ok. Maknanya ada yang tak kena..

Daisy Marjerin Planta...perbuatan mu ini boleh mendatangkan al-marah

Video Manohara



Dipenghujung video ini Manohara dipeluk oleh seseorang yang bertatu...siapa dia orang itu

Keliru Isu Manohara

seperti sebuah drama dimana wujud kekeliruan dalam cerita "Antara Kota Bharu dan Jakarta" ini. Pelakon utama sinetron ini ialah Manohara. Watak sampingan utama ialah Tengku Fackry dan Daisy Majerin.(gambar)

Dikhalayak umum di Kelantan, Manohara steady je. Macam tak ada apa-apa. Apabila dibawa pulang ke Indonesia, skripnya lain pula. Macam main wayang kulit je

Kalau macam ni siapa yang betul ? Si ibunya pula dengar cerita ada kes di Perancis dimana dia mendera amahnya yang juga rakyat Indonesia juga.

Disebelah Kelantan pula, si abang pada Tengku Fackry pun bininya lari lantaran itu ada kekeliruan berlaku disini.

Apa-apa pun Manohara, kalau dulu rangking ke 100 di Indonesia maka sekarang kamu rangking no.1 di sana.

Apa-apa pun, yang disana sudah dianu dengan yang disini...


Peragut Kena 30 Bulan

Petikan dari Utusan Malaysia. pada kawe hukuman 30 bulan tidak sesuai kerana sikit sangat.Budak ni dah 3 kali masuk penjara sebab mencuri,menagih dan memasukkan dadah dalam badan ???? 30 bulan lagi orang lain pulak kena ragut. Tak selesai kes ni kalau main letak dalam penjara. patut kena kerat tangan tu atau sebat atau gantung terus je....

SHAH ALAM 2 Jun - Disebabkan meragut seorang wanita yang secara kebetulan jiran sekampung, seorang pekerja pencuci kereta hari ini dihukum penjara 30 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini.

Mohamad Zeren Hamjah, 27, dari Batu 7 Jalan Kebun di sini, mengambil kesempatan meragut seorang suri rumah Nor Wahi Dah Ismail ketika mangsa berdiri di tepi jalan untuk menelefon suami kerana keretanya mengalami kerosakan enjin.

Tertuduh mengaku telah melarikan sebuah telefon bimbit, beg duit mengandungi kad pengenalan, lesen memandu dan wang tunai RM1,500 milik mangsa ketika meragutnya pada pukul 12.55 tengah hari, 23 Mac lalu di jalan kampung, Jalan Kebun di Seksyen 36 di sini.

Mohamad Zeren didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Lelaki itu sebelum ini pernah dipenjarakan sebanyak tiga kali kerana kesalahan mencuri kenderaan, menagih dadah dan memasukkan dadah ke dalam badan. - Utusan

Erdogan Dalam PAS


Jika wujud kumpulan Erdogan maka baguslah katanya Tok Guru. Perpekstif Tok Guru hanya tertumpu kepada keberanian Erdogan mengkritik Israel dalam satu Forum Ekonomi Dunia.

Walhal Erdogan yang sebenar masih gagal laksanakan Islam di Turki walaupun dia adalah ketua pada negeri itu. Sekularisme masih berlaku di Turki.

Sedangkan PAS jika dapat memerintah Malaysia maka akan dilaksanakan Hukum Hudud dan segala janji Islamnya.

Kalau nak disamakan Anwar Ibrahim dengan Erdogan maka kawe setuju.

Cerita boh Yie kepada Utusan Malaysia


KOTA BHARU 1 Jun – Sahabat karib Tengku Temenggong Kelantan, Mohd. Soberi Shafii menyifatkan bekas model Manohara Odelio Pinot sedang meracuni orang ramai dengan fitnah bagi mengaibkan suami dan mencemari Istana Kelantan.

Beliau berkata, Tengku Mohammad Fakhry rela menerima hukuman jika dakwaan tersebut mempunyai bukti tetapi jika sebaliknya, Manohara juga mesti bersedia berhadapan dengan tindakan.

Menurut beliau, fitnah terbaru kononnya Manohara melarikan diri dari Singapura semalam adalah tidak berasas kerana Tengku Temenggong merestui kepulangan beliau ke Jakarta.

“Apa yang dipaparkan di laman-laman web mengenai fitnah Manohara terhadap Tengku Temenggong hanyalah untuk meraih simpati orang ramai terhadap dia dan ibunya, Daisy Fajarina.

“Semasa di Singapura, Tengku dan Manohara menginap di Hotel Royal Plaza apabila tiba-tiba ibunya muncul bersama-sama anggota polis dan wakil kedutaan Amerika Syarikat.

“Tengku menyambut baik kedatangan mereka dan apabila diadakan perundingan, Manohara meminta untuk pulang ke Jakarta mengikut ibunya dan Tengku mengizinkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sehubungan itu, katanya tidak timbul soal Manohara membuat kecoh untuk melepaskan diri kerana tidak ada sekatan atau halangan kerana dia dibenarkan pulang dengan baik.

“Jika betul dakwaan Manohara didera suami, kenapa tidak terus membuat pemeriksaan doktor untuk membuktikannya tetapi sebaliknya pergi kepada media,’’ katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan, apa yang sedang dilakukan oleh Manohara sekarang ini kerana dipengaruhi ibunya.

“Isu yang diperkatakan oleh ibunya sama seperti kenyataannya pada April lalu ekoran mahu menutup perasaan malu dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sana.

“Aktivis wanita yang membantu Daisy membuat laporan polis mengenai dakwaan penderaan suami ke atas Manohara tetapi apabila tidak ada bukti, dia telah menarik diri daripada terus membantu,” ujarnya.

Bagaimanapun beliau berkata, buat masa ini Tengku Temenggong tidak akan mengambil apa-apa tindakan kerana mahu menunggu perkembangan seterusnya daripada Manohara dan ibunya.

“Biar mereka habis dahulu dengan kenyataan-kenyataan yang hendak dikeluarkan dan selepas ini jika masih tidak mempunyai bukti, kebenaran dan keadilan akan menjelma,’’ katanya.

Manohara vs Tengku Fuckry

Pelik. Tapi kalau kita selalu tengok drama Melayu ke, Indonesia atau mana-mana drama, yang didera selalu elok dikhalayak ramai. Tapi dibelakang kena dera dengan suami ke, ibu tiri ke atau apa-apa.

Agaknya ini yang berlaku dengan Manohara yang hura hara ini. Kawe memang anti dengan pembaziran dan karut marut puak raja-raja. Maka kali ini kawe rasa polis perlu masuk campur kerana raja-raja ni manusia yang akan diadili oleh Allah juga diakhirat besok.

Tak tahulah kalau ada pendapat mengatakan raja-raja ni akan berpakaian warna kuning di padang masyhar. (Ikut kata Izani kakitangan USM Kelantan)

Saturday, May 30, 2009

Hak Kelantan dipulangkan


Terima kasih diucapkan kepada FAM kerana akhirnya mengembalikan hak tuan rumah kepada Stadium Sultan Muhammad ke IV. Ini satu perubahan besar kerana kawe berpendapat sebelum ini bahawa FAM sebuah badan yang bersifat diraja. Tidak boleh ditegur atau dikritik.

Stadium ini boleh memuatkan 20000 penonton dan sentiasa hampir penuh setiap kali pasukan Red Warriors beraksi. Tiket berharga RM10 dijual bererti kutipan jualan tiket dalam purata RM150,000-180,000 bagi setiap perlawanan.

Diantara stadium-stadium di Malaysia ini, kawe rasa stadium Sultan Muhammad ke IV ini sebuah stadium paling buruk dan tidak naik taraf. Sudah tiba masanya pihak berkenaan perlu membina sebuah stadium baru yang sederhana tetapi mampu menampung 40-50 ribu penonton.

Padang stadium Sultan Muhammad ke-IV ini juga amat teruk. Perubahan perlu dibuat bagi meningkatkan mutu permainan.

Apapun terima kasih FAM

Wednesday, May 27, 2009

Menteri Kerja Raya Yang Tak BeTOL

KUALA LUMPUR - Kepayahan ramai warga kota untuk membayar tol di laluan tunai pada waktu puncak dirasai sendiri oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Mansor (gambar kecil) yang terpaksa menunggu 15 minit sebelum dapat membuat bayaran di Plaza Tol Jalan Duta semalam.

Shaziman yang memandu sendiri kereta Proton Perdana V6 dalam kempen turun padang, mengikuti barisan sepanjang 100 meter di plaza tol itu pada pukul 8.45 pagi, hanya dapat melepasi kaunter tol 15 minit kemudian.

"Barisan saya tak sampai 100 meter, itupun sudah kena tunggu hingga 15 minit tetapi kalau sampai satu kilometer pasti pengguna menunggu satu jam, bayangkan berapa banyak masa dibazirkan,'' ujarnya kepada pemberita semalam.

Untuk itu, beliau mencadangkan supaya pemegang konsesi lebuh raya melakukan promosi besar-besaran supaya lebih ramai pemandu menggunakan Smart Tag atau Touch 'N Go.

Beliau berharap Proton dan Perodua dapat memberikan peralatan Smart Tag sebagai aksesori tambahan kepada pembeli kenderaan baru.

Mengenai cadangan mewujudkan sistem gantri bagi mempercepatkan proses pembayaran tol, Shaziman berkata, ia dijangka diketahui akhir tahun ini.


Persoalannya... Takkan tak pernah rasa jem. Takkan lepas sekolah terus jadi Menteri.. KL punya jem bukan sekarang je brother, dah bertahun dah berabad lamanya. Kelakar gila bila orang macam ni boleh jadi Menteri.

Mana-mana tol yang ada dalam KL tu turunkan kepada 50sen je. Kalau dalam sehari kena hadapi 4 tol untuk ketempat kerja dan 4 tol lagi untuk balik dengan kadar 50sen per tol baru RM4 je.. Tidaklah beban rakyat. rakyat pun makin ramai guna jalan bertol sebab murah dan cepat.

Macam jambatan P.Pinang. Dari Pulau ke Tanah Besar memanglah free. Lantaklah kalau nak jem. Tapi dari Tanah besar ke Pulau kena tol RM7. Kena ada kereta habis minyak atau tayar pancit, tak sampai 10minit jem dia dah berkilo-kilo.

Kajilah kadar tol tu. Tak rugi kerajaan membantu rakyat.

Mogok Lapar

Rasa bangga juga kerana untuk mogok lapar kena ada permit. Tidak ada tempat lain didunia yang memerlukan permit untuk mogok lapar. Polis bertungkus lumus cuba meleraikan perhimpunan yang tidak ada sambutan itu agar mereka yang mogok lapar itu dapat dipatahkan hajat mereka.

Orang yang mogok lapar ni otaknya macam otak udang. Bangang dan bodoh kerana tidak memikirkan apa kata rakyat terhadap tindakan mereka. Nampak sangat nak kuasa.

Kalau kita benar, sabarlah.. dalam Islam kita ada kisah kesabaran Rasulullah malah dalam agama lain pun ada kisah bagaimana pendeta,dewa,tuhan mereka terseksa sebelum mencapai kejayaan. Biarlah rakyat terjemahkan dalam pilihanraya ke-13 ini. Kalau rakyat terjemahkan dengan memberi kita menang besar maka benarlah perjuangan kita dimata rakyat. Tapi jika rakyat tetap memilih puak BN maka kena sedarlah bahawa ada kesilapan dalam perjuangan kalian.

Kawe tidak pasti samada Nizar terlibat sama dalam mogok lapar ni. Jika Nizar terlibat sama maka beertilah selamat jalanlah Nizar. Ini bukan cara Islam. Bagi umat Islam, babi pun dihalalkan makan sekiranya langsung tidak makanan lain lagi untuk dimakan inikan pula makanan mewah disekeliling kita.


Tuesday, May 26, 2009

Carta Organisasi PAS


Presiden sudah tentu TG Haji Hadi. Kredibiliti TG Haji Hadi ni dihormati kawan atau lawan. Hebat dan berkarisma. Antara pemidato terbaik dunia. Cuma tak pernah dengar TG Haji Hadi berceramah dalam Bahasa Inggeris. Kalau ada link kepada ucapan TG Haji Hadi dalam BI harap maklumkan. Bukan apa, nak pastikan orang pakai jubah ni reti juga BI tanpa guna teks.


Bagi jawatan Timbalan Presiden. Ini masalah sikit. Cuma jangan menang Mat Sabu sudahlah. Kawe lebih suka pertembungan antara Nasharuddin dengan Husam sahaja. Mat Sabu ni kawe tidak suka sejak dia khalwat dengan bini orang dulu. Maklumlah diari tu berat sampai bini orang tu kena masuk bilik hotel utk tengok diari Mat Sabu yang tak seberapa tu.
Husam pula kawe bukan tak respek tapi agah sikit. Kena ubah la wei penampilan tu. Kena senyum sikit. Lepas tu kena cerdik sikit lagi. Jangan hina musuh sebaliknya dakwahkan musuh.
Ustaz Nasharuddin pula kawe respek jugak. Berani dan tak dok perangai hok tak molek kawe dengar pasal Ustaz Nasharuddin ni.
Mengenai Naib Presiden. Pilihan kawe ialah Mahfuz, Mujahid dan Salahuddin Ayub. Kalau Salahuddin menang kawe harap lepas ni balik ke Johor dan bertanding di Johor pada pilihanraya ke-13.

Mujahid Yusof Rawa pula kawe nak dia perkuatkan suara dia untuk rakyat Pulau Pinang, keruntuhan akhlak dikalangan remaja di PP cukup parah. Jangan duk sibuk berpolitik. Apa makna sebuah perjuangan jika sekitar kita yang rapuh dan rosak kita tidak perbaiki.
Mahfuz pula antara tokoh politik yang kawe kagumi dan kawe harap Mahfuz tidak terlepas cakap dalam sesuatu isu kerana disebabkan nila setitik rosak susu sejag.

Akhill Hay - Wajah Sebenar



masa kawe siarkan gambar Akhill Hay dengan Waheeda bermain pasir dalam blog kawe, ada la seorang dua yang kutuk kawe cuba buat fitnah. Kawe gembira kerana akhirnya kebenaran terserlah apabila isteri Akhill Hay yang sah serta ibu kepada enam anaknya membuat pengakuan bahawa sang suami yang digelar pendakwah (pendakyah) dah lama tak balik rumah.




Mengenang kepada ceramah agama Akhill Hay sebelum ini, kawe rasa pelik kerana apa yang disampaikan tidak sama dengan apa yang dilakukannya. Dengan nama Allah kawe tidak pernah pun menonton rancangan Cafe Akhill Hay di Astro. Setakat tertengok masa cari channel best tu ada la.




Tahniah ASTRO, tujuan menyesatkan/meruntuhkan akhlak dan iman seseorang itu telah anda berjaya laksanakan.
Apakah status Akhill sebagai PENDAKWAH/PENCERAMAH PAS


Monday, May 25, 2009

Buat Setiausaha BN Kelantan yang baru


Dari kedudukan sebagai Setiausaha kepada Perdana Menteri dizaman PakLah, selaku Ketua Penerangan UMNO Kelantan kini Haji Alwi Timbalan Ketua UMNO Ketereh meniti detik kesuraman dalam politik seperti sahabat karibnya Annuar Musa.

Pada kawe, sepertimana yang Haji Alwi perkatakan dalam SMSnya kepada kawe dimana dia nak berundur dan berhenti adalah satu tindakan wajar. Kalaulah kawe boleh berdepan Haji Alwi, sebaiknya kawe ingin berkata :

" Harap Haji (kawe jarang bahasakan dia Datuk) berundur dari politik. Tumpukan pada perniagaan Haji dan kalau nak berkhidmat untuk rakyat pun tak semestinya dengan berpolitik. Haji bukannya orang bodoh. Gunakanlah kebijaksanaan Haji tu sebaik mungkin. Hari ni dah jadi bukan hari Haji tapi kena ingat bahawa segala yang berlaku kerana qada dan qadar Allah. Ingat wamakaruwamakarallah wallah hu khairun makirin"

Manek Urai Bukan Untuk UMNO

Ini ulasan amatur. Kawe bukan professional. Kawe lupa bila walaupun kawe ada ulas dalam blog kawe ni dimana ayah kawe pernah ditawarkan untuk bertanding di Manek Urai atas tiket UMNO dan ayah kawe menolak kerana dia tahu selok belok di kawasan Kelantan Selatan kerana dia adalah antara orang bertanggungjawab membuka kawasan tersebut di era ayah menjadi Pengurus Besar Kemajuan Tanah Kelantan sebelum dipencenkan pada usia muda oleh Menteri Besar Kelantan Mat Yaakob pada 1982.

Bayangkan Allahyarham Ismail DUN Manek Urai yang bukan lepas universiti, hanya berpendidikan rendah disanjung dan dihormati oleh penduduk Manek Urai sehingga setiap kali Allahyarham bertanding beliau tidak pernah kalah. Sekali direhatkan pada 2004, Manek Urai dimenangi oleh UMNO dengan majoriti 55 undi.

UMNO dengan justifikasi mudah menganggap dengan ketiadaan Allahyarham maka UMNO boleh menang. 2004 mungkin protes warga Manek Urai atas pengguguran Ismail dan sebab itu mungkin ada sedikit pecah belah. Manakala kali ini berlainan. Asalkan PAS tidak meletakkan calon seperti ADUN Melor maka UMNO mungkin mendapat 30% undi dari jumlah yang keluar mengundi dan 30% tu sepatutnya disyukuri oleh UMNO kerana isu semasa jelas tidak memihak UMNO

Politik orang Kelantan tidak sama dengan politik orang luar. Walaupun ada perubahan diluar dengan menyebabkan 4 negeri terjatuh kepada PR namun kekuatan PAS Kelantan tidak serapuh polimik politik di 4 negeri yang lain.

Sebenarnya kerapuhan Najib menguasai kerajaan adalah satu kesilapan kerana kem Najib ketika itu adalah jauh lebih kuat dari Pak Lah. Sepatutnya Najib membiarkan Pak Lah berkuasa sehingga 2010 dan mengambil alih pemerintahan dengan mengadakan pilihanraya. Tempoh sehingga 2010 adalah masa yang sesuai untuk Najib memulihkan imejnya. Manakala imej Pak Lah sehingga 2010 kian merundum.

Namun ini adalah versi politik yang tidak mampu kita jangkakan. Justeru itu, memperolehi 30% undi dari jumlah mereka yang keluar mengundi sudah dikira begitu bagus untuk UMNO sebagai menjadikan ia satu pengajaran permulaan dalam merintis kelemahan dengan memperbaiki kekuatan dengan sebaik mungkin.


PAS, KeADILan dan DAP ...hok mana bodoh

Dah Perak boleh ke BN, maka PR ni sibuk nak melawan. Melawan dengan cara apa ?

Ceramah..pah ceramah sini ceramah lain.. Setiap kali ceramah mesti royat kami akan lawan sampai ke titisan darah kami yang terakhir...

Darah haid bini yang terakhir kot ..? Sebab tu kawe kata ahli politik ni munafik belaka. tak kira BN atau PR..

Paling munafik la ni Nizar. Mu berjuang utk PAS ke DAP..? Berapa je kerusi PAS di Perak. DAP benarlah puak kafir. Mu pakat puak kafir menentang puak Islam Melayu....

Nizar...tunggu pilihanraya 13. Setakat ni kawe tak nampak pun mu ikhlas.

Husam Semakin Celaru

Hantar surat kepada Perdana Menteri minta bubar DUN Perak. Hei bodoh, kalu PM nak bubar DUN Perak, lepas ambil kuasa hari tu lagi dia bubar dah.

Isytihar jihad la. Mu pemimpin parti Islam. Islam mu duk mana Husam...takkan duk jubur taik. basa menate buat malu Islam je.

Nak cari populariti biarlah cerdik. Jangan wat malu muka orang kelantan gak. Cukup Mat Sabu jah otak duk pala lutut. Mat Sabu kenyang perut dah makan duit haram

Saturday, May 23, 2009

Boleh terima ke MB Perak yang sah

Masa mula2 malaun tu melompat ke PKR bukan main seronok kau orang. Dalam kemelut politik yang ada masa tu seorang BN melompat kepada PR. Gah semacam pemimpin PR masa tu. Katanya inilah tanda BN nak mampos

Tak sampai 2 minggu, malaun tu melompat balik ke BN dengan nama bebas dan bawa pula 3 barua dalam PR kepada BN dan menyebabkan majoriti 2/3 DUN Perak berpihak kepada BN

Masa tu ada kata kena beli, kena tipu, BN tidak adil, UMNO barua dan macam-macam lagi.

Tapi celakanya kamu BN ke PR ke ialah mainan politik puak mu ni menyusahkan rakyat. Puak mu huha sana sini tapi pitih masuk ribu-ribu tiap-tiap bulan.

Hakikatnya bodoh belaka. Makan duit haram belaka. Bila mahkamah kata Nizar sah MB Perak, maka berbolong pujian kepada hakim tu tapi bila berlaku sebaliknya haram belaka.

Pah tu hok mana betul. PKR comel di Anwar sahaja. Hok lain supo nate beruk jah. PAS pun gitu juga. Nik Aziz punca PAS kuat bukannya Islam hok buat PAS kuat. Telah dinyatakan didunia akhir zaman golongan bukan ulama menyamar jadi ulama (munafik).

Berkobar-kobar cakap Islam, amalan riba diamalkan,takbur dan megah diri (Husam) dan macam-macam lagi.

UMNO memang parti jahat kerana hok duk running parti ni memang jahat. Tapi puak PAS mengaku baik padahal baik kerana pandai bercakap je. Akhill Hay tu, tak dok mana doh dengan kehebatan berceramah dia tu. Setakat tu je..kawe taubat lahum takkan dengar ceramah dia lagi sebab berat terlajak perangai.

Mat Sabu..menate ni tak sedar diri dari dulu sampai la ni. Berani kerana ada orang sokong. Gah sebab pandai buat orang suka ceramah dia. Peribadi, teruk terlajak.

Nizar pun memang tak sedar juga. Bukan apa, nampak dipergunakan. Tak sah dok pujilah kakah kapir hok dok sokong Nizar ni...selagi kapir maka tak dak mana duk cakap pasal orang Islam. Puak ni nak guna Nizar sebagai perantaraan je. Kita cakap soal agama bukan soal bangsa. Pilihanraya 13 ni di Perak PAS kena tanding semua kerusi. Ambik cina Islam jadi calon dikawasan ramai bangsa Cina.

Nabi pun Allah tegur bila terlalu ralit dengan orang kafir sampai lupa ada tamu Islam hok buta mata nak jumpa Nabi. Nak royat buwi tak yah berunding kalau dia taksir masuk Islam kerana ramai lagi hok kafir nak masuk Islam . Pilih puak tu je. Mu nak Islam maka masuk Islam dan kalau mu nak alternatif berjuang dalam politik atas dasar Islam, maka mu join PAS. Tu baru betul.

Bila PAS kata kalau dapat memerintah Malaysia maka hukum hudud akan dilaksanakan maka kawan dalam PR pun melenting. Kawan hok janji nak berjuang dengan kita bila kita royat aku nak hudud maka kawan ni terjelik. Guana gu..kita tak janji. La mu takkan tak tahu aku selama keni duk juang hudud...aku ingat mu wat lolok..

Bincang mula maka lain pula kenyataan. Kawe hok tak berlaga angin tadi nampak bereh. Bereh pun tetap takkan benarkan member laksana hudud.

Roliknya, gi mari gi mari kot tu jugak. Takdok gapo nama. Mu kenyang, rakyat kebuluran.

Lepas ni tak tahu la isu gapa pulak. Duk tuduh orang sedap hati je. Bila orang tuduh kita mulalah bising padahal kita dengan orang hok kita tuduh lebih kurang jah.

Friday, May 22, 2009

Husam Musa

Kenapa baru sekarang dan kenapa tidak sebelumnya ? PAS sinonim dengan pentadbiran ulama manakala golongan profesionalisme hanya boleh bertaut sahaja. Ertinya sampai bila ?

Husam Musa sepatutnya awal-awal lagi tidak perlu bertanding. Kawe percaya Husam hanya menguji kekuatan dalam PAS. Dengan 28 pencalonan berbanding 68 pencalonan yang diperolehi Ustaz Nasharudin maka jelas PAS masih utuh berpaksikan kepimpinan ulama.

Kawe lupa blog mana kawe baca dimana blogger tu kata lebih kurang, Husam jangan gabra. Mukhriz yang dapat banyak pencalonan akhirnya tewas juga dengan Khairy. Kelakar juga apabila masalah ini disamakan dengan masalah UMNO...hehe

Jika golongan seperti Husam menerajui PAS dikemudian hari dan diizinkan Allah PAS memerintah Malaysia maka coraknya ibarat Erdogan dan Turki.

Gi mari gi mari hok tula je

Siapa MB Perak

Jam 3.30 pm seperti yang dijanjikan Mahkamah akan menentukan siapa MB Perak. Kalau diikutkan hati mestilah Nizar yang sah sebagai MB. Tapi ini politik maka kalau diberikan sah tu pada Zambry maka macam biasa berlegarlah pelbagai kata keji dan cerca dari penyokong samada diluar sana atau didalam dunia virtual ni.

Sebenarnya, dah banyak pembaziran angkara permainan politik ni. Ada tu kata sapa-sapa pun janji tiap bulan gaji masuk. Itu yang kerja kerajaan memanglah masuk. Yang kerja sendiri ni apa cerita. Kekadang pelik dengan orang politik ni.

Yang kawe nak pastikan kalau Nizar naik, tutup kedai judi dan kedai 24-jam tak leh jual arak. Mungkin kerana terlupa maka Allah uji sikit...

Penentuan MB Perak jam 3.30

iklan dutch lady

Thursday, May 21, 2009

Annuar Musa sebagai Pejuang UMNO Ketereh


Datangnya dahulu ibarat pendekar muda yang tidak gentar dengan siapa pun lawannya. Gah namanya dahulu kerana dia wira baru dalam UMNO Kelantan. Namun nasibnya tidak seperti Hang Tuah yang gah sepanjang zaman. Dirinya umpama Hang Jebat yang pernah menderhaka pada Sultan dan kerana derhaka itu rentetan politiknya menjadi suram dan suam.

Yang dimaksudkan oleh kawe ialah Annuar Musa. Terbaca blog 'boh yie' yang menceritakan perihal kini Annuar Musa yang semakin hangat dibicarakan di kawasan Ketereh dan mungkin di Kelantan ekoran kekalahan demi kekalahan pasukan bolasepak Kelantan selepas final Piala FA serta pengguguran beliau selaku Pengerusi UMNO Kelantan dan juga isu kontrak beliau sebagai Pengurusi KADA yang akan tamat 31hb Mei 2009 ini.

Kawan mampu menjadi lawan dan lawan mampu menjadi kawan. Cubalah Annuar Musa renungi sejarah politik beliau selama ini, hayatilah dengan teliti maka akan beliau ketemui dengan mudah jawapan kerana beliau empunya badan terhadap polimik politik yang beliau alami ketika ini.

Kiblat orang Islam ialah kearah kedudukan Kaabah. Kiblat Melayu UMNO ialah pada projek dan duit sahaja. Berdentum meja di kedai kopi bercakap itu ini tetapi bila diberi fail projek terus senyap tipah. Tidak ada yang buruknya pada pemberi fail itu melainkan baik belaka.

Ini realiti yang pernah terjadi didepan mata kawe. Yang menerima tadi mulalah bongkak dan mengira-mengira kereta apa yang hendak ditukar selepas ini kerana itu tahap pemikiran mereka.

Dan orang inilah yang akan menjatuhkan Annuar Musa dalam beberapa detik yang pastinya tidak terlalu jauh atau lamanya. Yang akan dinaikkan ialah orang yang ada upaya untuk memberi projek kepada mereka.

Siapa orangnya ? Kata Boh Yie tentulah Haji Che Alwi (Haji Luwi). Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ketereh yang naik kerana pengunduran Dato' Zainal (Bekas ADUN Melor dan Ketua Pengarah Pusat Islam yang kini Duta Malaysia di Mesir).

Menurut SMS Haji Alwi, kiranya Annuar berundur maka dia akan berundur juga kerana ini perjuangan bersama. Katanya beliau hanyalah pengganti kepada Ketua sekiranya Ketua tidak ada dibahagian. Itu ayat Haji Alwi.

Annuar sudah teruk dihentam ketika ini. Malah Annuar akan terus disaluti dengan isu PPRT, penabalan Sultan baru di Ketereh. Kemudian isu bola yang mana seolah lesu selesunya Anwar selepas hilang jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan. Sehari sebelum perlawanan akhir Piala FA Annuar digugurkan malah pada malam beliau muncul di RTM1 bagi rancangan Bola kelihatan betapa tidak bermaya Annuar dalam memperkatakan soal bolasepak. Mungkin hatinya hiba.

Annuar Musa tahu tapi mungkin buat tidak tahu bahawa separuh daripada pengundi di Ketereh masih memerlukan beliau ketika pilihanraya 2008 dimana dibezakan 400 undi sahaja. Kalah pun ditangan bekas anak buah sendiri. Kenaapa perlu berlawan dengan anak buah sendiri maka Annuar Musa kenalah renung balik kenapa Aziz Kader melawan beliau.

Sebab itulah kena amalkan demokrasi dalam politik kalau mahu selamat. Selepas pilihanraya 2004, ada satu jamuan dibuat dirumah abg Mie Kadok. Kebetulan tidak lama lagi akan berlaku pemilihan dalam UMNO. Hancur lebur hati ahli UMNO Ketereh yang ada ketika itu apabila Annuar Musa menepuk bahu Mat Jelira dihadapan Haji Alwi dan beberapa ahli lain dengan mengatakan inilah bakal Ketua Pemuda kita menggantikan Cikgu Jemi.

Ramai pemuda Ketereh merasa sedih, hendak dilawan takut, boss pun dah kata macam tu walhal mereka lebih berminat untuk menaikkan Mat Yani sebagai Ketua Pemuda ketika itu kerana Mat Yani mempunyai track record yang bersih dan berwawasan serta cerdik dalam politik tidak seperti Mat Jelira. Hal yang sama juga berlaku apabila Aziz Kader ingin bertanding jawatan Ketua Pemuda dahulu.

Sikap inilah yang mencetuskan kemarahan dan kebencian ahli UMNO Ketereh terhadap Annuar. Walaupun benci mereka simpan dalam hati. Ini polisi mereka takut hilang kepentingan diri sendiri.

Semasa pemilihan UMNO Bahagian Ketereh 2008 pun bising kononnya Annuar dan Alwi dah tak sehaluan. Ramai juga yang mendesak Alwi agar mencabar Annuar walhal mereka berdua tidak ada apa-apa masalah pun.

Isu Sorberi Shafeii (Boh Yie) yang tidak dapat bertanding jawatan Naib Presiden Bahagian juga dikatakan berpunca dari Haji Alwi menghalang Boh Yie dari bertanding dengan menyekat borang beliau dari diterima oleh Tengku Adnan Setiausaha Agung UMNO dan itulah sebab Boh Yie tidak habis-habis mengutuk Tengku Adnan.

Dengar juga cerita Boh Yie ditawarkan jawatan Bendahari iaitu jawatan lubuk duit. Walaupun lubuk duit Bendahari kena juga cari lubang duit utk tabung UMNO Ketereh. Tapi boh Yie bertegas utk jawatan Naib Ketua Bahagian menentang Cikgu Wail.

Kemudian wujud Team Kerajaan dan Team Wawasan dalam pemilihan G7. Team Kerajaan diwarisi oleh Haji Pauzi yang dikatakan orang kuat Haji Alwi manakala Team Wawasan diketuai oleh Suhaidi Yusoff (Bos Di) yang dikatakan gu akrab Annuar Musa.

Apa peranan Annuar Musa dalam soal ini ? Setakat yang kawe tahu Annuar Musa hanya memerhati sahaja kerana bimbang akan kedudukan beliau pasti tergugat jika masuk campur.

Kerana tidak mahu masuk campur maka hari ini kekuatan Haji Alwi lebih berbanding kekuatan Annuar. Team Kok Lanas (TKL) ini akan bertindak bila-bila masa bagi memastikan Haji Alwi akan naik menggantikan Annuar selaku Ketua UMNO Ketereh. Biarpun Haji Alwi akan menafikannya tetapi pada kawe tidak mungkin Haji Alwi tidak mempunyai hasrat untuk naik menjadi ketua. Lagi pun ini politik. Ada seribu satu sandiwara didalamnya.

TKL telah pun meracuni Team Kadok (TK) dan Team Melor (TM). Geng G7 seperti Cikgu Li dari TK dan Cikgu Seman dari TM telah pun beralih arah. Lebih kepada Haji Pauzi kerana Haji Pauzi ini ibarat bapa kepada pok jek (projek). Dia tukang suap kepada kontraktor Parlimen Ketereh walaupun beliau berstatuskan Tok Gawa Kadok.

Annuar masih dok ingat Haji Pauzi setia kepada beliau. Ini salah satu kesilapan Annuar Musa yang beliau tetap pertahankan. Masa pilihanraya 2008 Annuar Musa lantik Haji Pauzi sebagai Pengarah Pilihanraya Parlimen tetapi malangnya Haji Pauzi lebih banyak menabur benih di kawasan Kok Lanas kerana Kok Lanas adalah kawasan yang ditandingi oleh Haji Alwi.

Annuar tetap lepas tangan. Dikawasan DUN Melor pula, Bos Di dilantik Pengarah Pilihanraya tetapi disalah ertikan oleh calon DUN Melor Cikgu Melor kononnya Bos Di dan Cikgu Seman tidak bantu dia masa kempen di Melor.

Cikgu Jemi tidak sedar semasa jadi ADUN Melor lagi (2004-2008) peruntukan untuk DUN Melor terlalu kurang berbanding DUN Kok Lanas. Sapa ADUN Kok Lanas masa tu ? Tentulah Annuar Musa. Projek KHADAM( Kekah Haji Alwi dengan Annuar Musa) dan bermacam lagi banyak ditabur di Kok Lanas. Setakat bubuh lampu jalan dari Melor sampai Peringat itu tak memadai. Kohol sedap Mat Rempit merempit.

Sebelum pilihanraya 2008 lagi kawe dah cakap dengan Cikgu Wail yang Annuar akan bertanding di Parlimen. Sebab mood masa tu nampak macam UMNO akan kekal di Parlimen Ketereh. Annuar kan orang bijak berpolitik. Silapnya Annuar, bila nak bertanding di Parlimen dia tak buat gapa-gapa di Melor dan Kadok. Sepatutnya buat dulu biar orang nampak kita bersungguh nak bela nasib rakyat. Orang mesti kata gila apa Annuar buat projek di Melor dan Kadok sedangkan dia Tok Wakil Kok Lanas. Bila orang dah kata gitu maka bagi kawe tidak ada sebab untuk kalah kalau tanding Parlimen lepas tu. Ini terusan dok amal politik sombong dan bongkak. Huraian kawe masa tu jelas ke Cikgu Wail. Mungkin dia tidak ingat tapi masa tu berlangsung di depan kedai gunting siam jalan melor-ketereh.

Banyak kesilapan Annuar Musa yang menyebabkan dalam usia 53 tahun Annuar seolah meniti kehujung usia.

Buat Annuar Musa, telah dibukakan jalan dan pintu yang baik untuk diperjuangkan siasah politik tetapi malangnya Annuar banyak melakukan kesilapan dan berlembut hati dalam menyelesaikan masalah sehingga akhirnya memakan diri sendiri.

Jika mahu berundur, maka berundurlah dengan baik tetapi jika mahu terus kekal pastikan hampeh-hampeh yang bertaut itu dinyahkan. Kembalikan wibawa diri dan semangat juang.




Orang Jahat sukar dikenali

Pernah berlaku didepan mata, hampir 8 tahun yang lalu. Masa tu dalam LRT. Akak ni berdiri betul-betul depan kawe. Jgn salah faham, kawe tidak duduk,kawe berdiri juga. Kawe duk perati pada seorang budak yang kelihatan kusut masai. pakai t-shirt,jeans lusuh. dia berdiri juga dan hampir dengan beg galas akak ni.

sebelah lagi seorang yang comel lote, pakai skirt, ayu dan manis. tidak hitam tidak putih. orang melayu yang hidup stail amerika kat kl.

kemudian mamat yang kusut masai ni bising. kawe pun tanya apasal bro ? dia cerita awek ni ambil beg duit akak tu. awek tu macam gabra dan rasa takut. akak tu pun check la beg sangkut tu dan dapati memang takada beg duit dia. yang best pakwe ada sebelah tu. patutlah boleh ambil sebab pakwe tolong cover cuma mamat kusut tu perasan melalui bayang kat cermin LRT.

bisinglah sekejap bila dapati memang awek dan pakwe tu kaki seluk. ramai pulak jadi hero. serah kat polis di LRT Ampang kalau tak silap kawe.

Kawe duk perati budak kusut masai tu. ingatkan dia yang jahat. kalau difikirkan buat apa ragut dalam LRT. Susah. Orang ramai, lepas tu kena lepasi keselamatan pulak...

Habis tu macamana nak buat ? Buat tak reti je.. mana boleh cam tu.

Kawe cadangkan polis dinaikkan gaji dan imbuhan. barulah tak melalut setengah polis pangkat rendah cari duit sampingan. kalau yang duk kl tu sediakan tempat tinggal yang elok dan memuaskan serta kena ingat anak-anak polis pun kena jaga jugak.

anak Raja Petra pun kena tahan dek polis sebab apa ? sebab tak ada otak la tu.. macamana Raja Petra nak bayar saman berjuta tu sedangkan nak beli motor RXZ utk anak pun tak boleh

Tuesday, May 19, 2009

Bila BN tidak bertanding

Maka bercakaplah sekalian manusia mengatakan betapa pengecutnya BN dibawah pimpinan Najib. Takut pada bayang-bayang sendiri, nak menyelamatkan imej PM dan macam2 lagi.

Arakian itu, kalau PM kata bertanding maka ramailah kata PM ikut telunjuk Mahathir. Kata tak nak bertanding alih-alih bertanding pula dan macam2 lagi.

Pada kawe, Penanti tidak sepatutnya ada pilihanraya kerana Fairus tidak ada salah apa-apa pun. Konflik dalaman tetapi diselesaikan dengan menggunakan rakyat. Maklumlah rasa hebat.

Rasul-Ah dalam PAS

apa la korang dok bising pasal rasuah dalam PAS. Mana ada berlaku ? PAS parti sempurna. Tidak ada yang sempurna melainkan PAS. Mana boleh ada kesilapan ?

Nik Aziz kata ada hangat-hangit tapi Haji Hadi usahkan taik, kentut pun tidak berbau.

Tak tahu le sapa betul tapi kawe yakin PAS parti bagus. Kes Wan Ismail mana ada dia orang ulas. Malah bagi mereka kalau Wan Ismail kahwin dengan bohsia pun tak apa kerana sunnah nabi katakan.

Tapi kawe yakin Wan Ismail kalau dia masih menang sebagai YDP Ketereh maka kenalah PAS siasat betul2 . Hanya orang kena H1N1 je pilih Wan Ismail.

Bila UMNO enggan bertanding di Penanti

Kalau dikaji dengan teliti dan diamati sebaik mungkin memang ada baiknya bila UMNO tidak mahu bertanding di Penanti. Kalau nak berpolitik janganlah sampai menyusahkan rakyat.

Sepatutnya Penanti tidak perlu pada pilihanraya. SPRM dah sahkan Fairus tidak bersalah dan tidak terlibat dalam kes rasuah yang dihadapinya. Oleh itu tidak ada sebab kenapa Fairus perlu meletak jawatan. Alasan nak sambung belajar tidak masuk akal langsung. Malah jawapan Fairus nak sambung belajar ini diluahkan oleh Ketua Keadilan Pulau Pinang yang juga ahli parlimen Bayan Baru Dato' Zahrain.

Kawe dah lama tahu Dato'Zahrain tidak berlaga angin dengan Fairus sejak Fairus jadi TKM. Budak umur 32 tahun, orang no.2 KeADILan Pulau Pinang naik jadi TKM dan pakai kereta guna plet P1 pulak tu sapa tak sakit hati.

Lagi pun Dato' Zahrain ni bekas UMNO yang masih ada perangai keUMNOannya. Kalau PKR duk menyampah dengan perangai Rosmah bini Najib, macam tu la perangai bini Dato' Zahrain. Masa kawe kenal dulu, dengan rambut mengerbang bak pontianak, diselang seli warna hitam merah perang rambutnya...malas nak cerita.

Mereka ingat boleh pergunakan Fairus rupanya tidak boleh. Maka Anwar ditaburnya pelbagai cerita negatif pasal Fairus ni sampai Anwar tegur Fairus secara terbuka.

Kawe faham akan kerja orang kerajaan. 8 pagi masuk 4.15 kena balik dah. Lambat balik takut jem dan nak kena bayar OT orang yang jaga anak lagi. Fairus kerja memang kerja baik punya malah kawe sendiri pernah buat liputan pasal Fairus dari jam 5 petang sampailah 10 malam. Pergi jumpa rakyat sebab rakyat duk tunggu nak selesaikan masalah.

Memang ini masalah dalaman PKR. Dengan adanya pilihanraya maka tabung PKR akan bertambah kerana banyak sumbangan masuk. Apatah lagi bila ada keyakinan akan menang.

Kawe bukan kasihankan UMNO, tapi dalam PKR pun yang nampak elok sorang dua je. Yang lain tu perangai bukannya elok juga.

Nampaknya PKR angkuh dalam soal ini kerana calon PKR di Penanti akan dilantik sebagai TKM menggantikan Fairus.

Tahniah Dato Zahrain, anda telah berjaya...

Monday, May 18, 2009

Catatan Buat Guru

Tanpa kelibat para guru mungkin kita tidak berada disini pada hari ini. Betul tak ayat ni ? Ada betul jugak.

Tapi bila teringat pada sistem pendidikan dinegara kita ini, kawe teringat bagaimana kita diasingkan mengikut gred kita semasa sekolah dahulu. Yang pandai duduk kelas A manakala yang kurang pandai duduk kelas B,C,D...(bergantung kepada jumlah pelajar)

Pengasingan ini sebenarnya tidak memberi keuntungan sangat kerana sudah pasti tumpuan para guru hanya kelas A sahaja dan B. Mungkin kelas C dan D hanya sekadar minum air sambil menyelam atau melepaskan batuk di tangga (kena check tu takut ada virus H1N1)

Anak kawe yang sulung mengalami masalah ADHD. (rujuk carian Google). Bila ditanya ada kerja sekolah tak selalunya dijawab tidak ada. Bila umminya check memang banyak kerja sekolah dan dia sedikit tidak rasa gentar atau takut kalau tidak buat kerja sekolah.

Masalahnya apabila kawe dipanggil oleh gurunya sempena majlis penerangan para guru kepada para ibubapa, guru kelas anak kawe ni tak cakap banyak pun cuma minta kawe bagi tumpuan dan galakkan dia membaca. Itu sahaja. Tak sampai 3 minit pun. Walhal ibubapa pelajar lain diberinya penerangan berjela-jela sehinggakan naik mengantuk kawe menunggu.

Hello cikgu, lepas tangan ke ? Memang lepas tangan pun dan sepatutnya masalah anak kawe ini dirujuk kepada kawe supaya ada tindakan yang lebih baik.

Setelah kawe berhubung dengan ex-gewe kawe yang sekarang dr.pakar di Hospital Sg.Buloh dia menceritakan simptom anak kawe ini iaitu ADHD -Attention Deficit Hyperactivity Disorder. Dia mempunyai sikap yang hyperaktif, minat benda lain. Kalau dalam kelas dia akan bangun keluar dan ini pernah berlaku.

Maka akhirnya terpaksalah kawe bawa dia jumpa pakar padiatrik. Mungkin dia kena kelas khas untuk memulihkannya. Kawe akur kerana kawe takut besar nanti disalahkan kawe dan ibunya.

Memanglah kasihan kalau dia kena kelas khas sebab dia dah darjah 3 dan tiba-tiba hilang kawan sebaya.

Sepatutnya guru dia kenalah laporkan hal ni lama dahulu. Bukan niat nak menyalahkan guru dia tapi kemerosotan dia tu sepatutnya guru tersebut bagi lebih lagi penerangan bukannya main cakap seolah tidak ada apa-apa. Maklumlah bukan anak dia.

Lepas tu jangan la sibuk berniaga. Kalau nak berniaga letaklah jawatan dan ramai lagi orang nak menjadi guru. Gaji dah naik. Orang lain kerja sampai 5 petang. Syukurlah kita kerana kerja tak seteruk tu maka gunakanlah masa untuk para pelajar.

Sedih


bila melihat gambar ini memang terasa sedih kerana diperlakukan sedemikian rupa. Tapi yang lagi sedih kenapa prinsip ini hanya setakat diheret keluar sahaja. Sepatutnya selepas diheret keluar masuklah balik dengan merempuh apa jua halangan malah kalau boleh sampai ditembak mati.

Inilah baru prinsip seorang pejuang. Bukannya lepas tu merayu sana sini untuk minta belas ihsan. Jika anda bermain politik atas belas ihsan maka tidak ada apa-apa kecuali ada munafik. Kerana dengan belas ihsan tidak menterjemahkan matlamat sebenar sebuah perjuangan. Hanya kepuraan sahaja.

Oleh kerana keadaan tidak memihak kita maka kita mulalah memberontak. Kalaulah kerajaan yang ada itu zalim maka tak payah protes. Serang sahaja. Gunalah kudrat yang ada bagi menegakkan kebenaran.

Mana-mana pemimpin Islam yang bercerita tentang sejarah Rasulullah berperang maka takpayahlah main politik. Kenapa, kerana setakat bercakap maka orang jahil pun boleh bercakap.

Kita tidak mahu berperang tetapi peristiwa di akhir zaman (apabila kiamat benar-benar hampir) dimana berlaku peperangan yang amat dasyhat.

Takkan masa tu kita nak jawab, tak leh berperang sebab raja tak izinkan...poodah.

Ada sikit betulnya Dr.Mahathir



Betul orang Islam yang bawa tamadun dalam sains dan teknologi tapi itu zama dulu. Macam orang duk cakap pasal bola kita. Dulu hebat dan kita masih duk dalam mimpi kononnya kita adalah yang terhebat dulu...walhal sekarang negara miskin di Afrika jauh lebih baik dengan mutu bolasepak negara kita.

Oleh itu penguasaan Bahasa Inggeris memanglah penting. Reti baca Al-Quran tapi tak tahu apa isinya tak guna juga.

Adalah betul juga kata Dr.Mahathir cuma Mahathir duk khayal yang Melayu itu Islam. Langsung tak sebut pasal Islam.

Kisah Rasuah Dalam PAS, PKR,DAP dan UMNO

Sekarang media UMNO tengah galak bila dapat tahu pasal PAS pun ada rasuah. Bukan main seronok mereka menjadi tok dalang dalam cerita ini.

Kena pulak Tok Guru Nik Aziz sendiri kata dalam PAS ada unsur rasuah. Ada yang kata TGNA kaa macam tu sebab anak dia kalah dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda PAS Kelantan. Ala-ala kes Tun Dr.Mahathir la ni....

Rasionalnya dalam PAS mereka tidak seperti dalam UMNO yang melampau dan ketara penggunaan wang ringgit dalam membeli undi. Itu memang tidak dinafikan. Usahkan jawatan Ketua Pemuda Pusat, ketua cawangan pun ada unsur rasuah. Dah itu lumrahnya. Dah sebati dah jadi darah daging.

Jangan ingat dalam Islam tak ada permusuhan. Zaman khalifah dahulu pun ada gaduh-gaduh sampai penggal kepala. Itu sama Islam.

Jangan ingat dalam PAS tidak ada yang hati busuk. Ada dan ramai cuma orang macam ni tak naik dalam PAS. Kisah ini pernah berlaku dalam PAS dimana semasa melakukan lawatan kesebuah negara jiran, pemimpin PAS ni upah perempuan untuk mengurut setiap ahli rombongan dan akhirnya yang terkena ialah tukang bayar upah ni apabila kes ini diadukan ke pihak atasan. Kalau dalam UMNO yang tak ambil perempuan tu yang akan kena.

Dalam PKR pula, pemimpin yang tak makan rasuah dituduh makan rasuah semata-mata nak adakan pilihanraya semula kerana taksub dengan kemenangan mereka yang berterusan. Orang macam ni lebih pentingkan kepada pemimpin mereka dari memikirkan nasib rakyat. Kalau mereka kalah maka adalah kes pengundi hantu, rasuah lawan dan macam-macam lagi dituduhnya pihak yang menang.

Dalam DAP tak le dengar lagi kes rasuah tapi penghinaan mereka terhadap sistem Islam adalah amat menyakitkan hati. Sepatunya orang yang hina Islam ini kena bunuh. Laknatullah

Jawapannya, kalau dah nama orang politik tidak kira parti itu macam mana sekalipun maka mesti ada yang jadi barah dalam politik masing-masing.


Saturday, May 16, 2009

Sultan Kelantan

Sesiapa yang ingin melawat Ku Wail kita ni boleh lah gi melawat sekarang di tingkat 5 Utara katil no.13 Hospital USM Kubang Kerian.

Oleh kerana Ku Wail ni seorang raja berjiwa rakyat maka dia nak duduk dikalangan rakyat.

Hebat raja Kelantan..ni baru kelas

Thursday, May 14, 2009

Islam dihina..

Wednesday, May 13, 2009

MB Perak

Selepas menjadi Menteri Besar (MB) Perak selama 11 bulan, berlaku rampasan kuasa oleh BN Perak dimana MB baru ialah Zambiry. Nizar dan Zambiry ke Mahkamah Tinggi bagi memutuskan sapa MB yang sah.

Mahkamah Tinggi kata Nizar MB yang sah. Maknanya Zambiry terlucut gelaran MB. Oleh kerana kalah dalam penentuan Mahkamah, maka Zambiry pun merayu di Mahkamah Rayuan.

Sekarang ni puak yang betul ialah Nizar. Sepatutnya dalam proses rayuan ini Nizarlah yang jadi MB.

Zambiry merayu supaya jawatan MB diberikan kepadanya. Habis tu dia dapat balik maka apa makna rayuan ini.....??????

Monday, May 11, 2009

MB PR vs MB BN UMNO

Kawe sangkakan MB Nizar MB paling singkat masanya rupanya MB Zambry lagi singkat masanya. Kesian Zamry...kereta pun tak sempat nak lelong lagi.

Apapun Sultan Azlan jika tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak pasti akan membubarkan DUN Perak. Nak ulas sapa yang berperanan utama nanti tak pasal-pasal kena denda RM10,000.

Keadilan untuk semua

Selamat Hari Jadi UMNO ke 21

63 tahun dulu UMNO ditubuhkan. Hari yang menjadikan UMNO wujud 63 tahun lalu iaitu 11 Mei 1946.

Kemudian kawe teringat kawan sekolah kawe dulu. Nak kaitkan macamana kawe tak pasti tapi rasanya boleh.

Ada 2 orang pelajar masa kawe tingkatan 1 yang terlebih umur. kalau tak silap kawe namanya Johan dan seorang lagi Zawawi. Johan sepatutnya berada tingkatan 5 dan Zawawi di tingkatan 6 rendah jika berdasarkan umur sebenar. Mereka bukan anak haram cuma mereka lambat didaftarkan. Maka pihak pendaftar mendaftarkan mereka lahir pada 1972.

UMNO kalau dikira didaftarkan pada 11 Mei 1946. Kawe tidak cari lagi fakta pasal tertubuhnya UMNO pada 1946 tu tapi apabila diharamkan maka kena daftar balik.

UMNO didaftarkan balik pada 4 Feb 1988 maknanya UMNO baru je berusia 21 tahun. Baru layak mengundi....hehehe

Memang UMNO dah lama wujud tapi dah IC daftar baru catat 4 Feb 1988 maka kena kira tarikh baru la....

UMNO baru nak matang. Dah daftar mengundi ke UMNO ?

Krisis MB Kuasa Dua Di Perak

Macam biasa mesti ada yang kata Nizar MB Mahkamah bukan MB Perak. Tapi kawe rasa gembira yang teramat sangat kerana kuasa orang yang diatas perlembagaan akhirnya dinidakkan oleh kuasa undang-undang rakyat Malaysia iaitu Mahkamah Tinggi

Nampaknya MBx2 kat Perak sekarang...apakah episod seterusnya

Nizar MB Perak yang Sah

Persoalan tentang siapa Menteri Besar Perak yang sah – sama ada Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir atau Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan terjawab hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim akan mengumumkan keputusannya kira-kira 2.30 petang.

Nizar daripada Pakatan Rakyat memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Nizar, 52, dilantik sebagai Menteri Besar pada 17 Mac 2008 setelah pakatan DAP, Pas dan PKR menang 31 daripada 59 kerusi dalam pilihan raya umum 8 Mac.

Bagaimanapun pada 4 Februari lalu, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Pakatan memutuskan untuk keluar daripada parti masing-masing untuk menjadi ADUN Bebas tetapi menyokong BN.

Tindakan itu menyebabkan BN secara automatik telah memiliki sokongan majoriti dalam DUN Perak.

Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah berkenan melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru pada 6 Februari lalu.

Nizar dalam afidavitnya berkata, beliau masih Menteri Besar atas alasan tidak ada sebarang undi tidak percaya dibuat terhadapnya dalam DUN dan beliau juga tidak meletak jawatan.

Semasa prosiding Khamis lalu, peguam utama yang mewakili Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah bahawa krisis politik di Perak boleh diselesaikan dengan memberikan semula mandat kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka.

Zambry diwakili peguam Datuk Cecil Abraham, Sunil Abraham dan Farah Shuhadah Razali manakala Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail bertindak sebagai pencelah.

Petikan MSTAR

Kes Jenayah Up Ekonomi Down



Orang ekonomi macam Ku Li kata Jenayah Up Ekonomi Down
Mat Rempit pula berkata jom merempit di UpTown

Aduh...Nik Abduh Kalah Walau Anak Tok Guru


Nampaknya Nik Abduh kena penangan tersendiri apabila kalah dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda PAS Kelantan.

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman di umumkan pemenang bagi jawatan Ketua Pemuda PAS Kelantan dengan kelebihan 26 undi. Manakala sebelum itu ADUN Kelaboran Mohd Zaki Ibrahim menarik diri.

Perwakilan sebulat suara bersetuju mencalonkan Timbalan Speaker Dun Kelantan itu bertanding jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

ADUN Pasir Tumbuh Ustaz Baihaki menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS Kelantan manakala bagi jawatan Naib Ketua disandang oleh Hisyam Fauzi yang juga seorang peguam.


Hindraf

kawe tidak tahu sangat pasal pemimpin HINDRAF...

Hindraf bagi kawe ialah HINDaRi Akademi Fantasia. Rancangan penuh maksiat yang tidak membawa manafaat kepada rakyat Malaysia.

Bab kata Nabil Raja Lawak Bodoh ianya tidak menaikkan ekonomi Malaysia

Politik Perak

Perdana Menteri kata semua pihak kena patuh pada undang-undang. Ketua Pembangkang pun kata jangan melanggar undang-undang.

Ertinya ada pihak yang mengatakan perkara benar iaitu satu dipihak kerajaan dan satu lagi dipihak pembangkang. Siapa Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang ini ?

Mereka adalah orang politik yang beragama Islam dan berbangsa Melayu serta mempunyai status sebagai warganegara Malaysia.

Peruntukan perlembagaan yakni undang-undang Malaysia merangkumi pelbagai aspek dan sudut tetapi kelemahannya cukup ketara. Kenapa lemah kerana ramai tidak faham apa itu undang-undang. Menentang undang-undang yang zalim adalah intipati sebuah perjuangan tetapi memaktubkan diri dibawah undang-undang maka mengingkarinya adalah salah.


Kawe bukan pembuat atau pembikin undang-undang. Tetapi kawe cukup faham dengan apa yang berlaku di Perak. Orang politik sedang bermain politik hingga menyusahkan rakyat. Pada kawe kedua-dua salah samada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR). Yang lagi salah ialah mereka yang menyatakan mereka diatas perlembagaan. Ini boleh disentuh dalam Islam tetapi dari segi undang-undang ianya langsung tidak boleh. nehhi kabhi nehhi.....

Lalu hati tersentuh dengan nasib orang Perak. Negeri yang paling keras didunia ini akhirnya lebur angkara kepanasan politik. Politiknya huru-hara. Itu gambaran walhal rakyatnya tetap aman dan sentosa menjalani kehidupan harian. Yang huru-hara mereka yang bermain politik sahaja.

Perkara termudah tapi takut dilaksanakan kerana dengar ceritanya iklim rakyat berubah dek kerana turutan kecundang di Semenanjung Malaysia. Katanya yang Sara'berla'wak dan munaSabah sahaja kubu mereka. Eloklah SPR perbanyakkan Parlimen di sana.

Sebagai peminat politik kawe menwajarkan dan andainya kawe mampu maka akan kawe titahkan supaya dibubarkan sahaja DUN Perak. Sebabnya, Perak adalah milik rakyat dan rakyat Perak akan bangkit seperti peristiwa Pasir Salak demi kebebasan mereka.

Kita rakyat Malaysia sebenarnya sedar akan keperluan pembubaran DUN Perak ini tetapi banyak yang terikat. Yang mengikat kerana ia ada kepentingan peribadi. Dengar cerita dibawah MB Nizar, Yang Mengikat susah dapat peruntukkan kerana MB Nizar lebih memberi keutamaan kepada rakyat dari Yang Mengikat.

Soal undang-undang ramai yang boleh jawab. Kawe hanya menyampaikan perkara mudah bahawa orang seperti kawe yang mana pendidikannya rendah, hidupnya susah tetapi mampu berfikir secara fitrah akal bahawa keberhakan ini adalah milik rakyat Perak. Pedulikan Zambry dan Nizar tapi rakyat marhean yang diutamakan.

Jangan jadi orang Gua Musang Kelantan. Lari mulut harimau gi masuk mulut buaya... (kisah tanah dirampas)

Hakikat Yang Perlu Di Baca

pendirian kawe terhadap sistem beraja di negara kita tetap kawe tidak ubah iaitu tetap tidak suka selagi ia bertentangan dengan Islam. agenda utama raja ialah kerana kaitan dengan melayu tetapi kalau raja sendiri menindas bangsanya apa guna institusi raja itu...

pandangan ini pandangan peribadi. para raja jangan marah tapi yang penting berubah. jangan cakap soal islam kalau hanya sekadar membaca teks ucapan.

hakikat yang perlu dibaca dalam blog http://www.rajayangzalim.blogspot.com/

Selamat Hari Ibu

nama ibu kawe Wan Zainab bt Wan Ismail. (wife kawe Wan Ismefazny bt Wan Ismail). Lahir April 1947 bermakna usia ma ialah 62 tahun. Muda setahun dari UMNO.

Semoga ma mampu bersabar dengan dugaan hidup. Ma mengidap kencing manis dimana matanya kabur (tidak nampak dah muka kawe) dan telinganya yang semakin kurang tahap pendengarannya. (kena melaung bila bercakap).

pernah sekali pelanggan adik kawe tegur kawe kerana katanya tidak baik kurang ajar dengan orang tua. kawe tanya balik bila ??? tadi tu..

kawe gelak..dan kawe bagitahu dia, itu mak kawe dan dia tak dengar kalau tak bagi volume tinggi.

baik buruk, ma tetap dihati walaupun kawe banyak buat ma makan hati

happy mother day forever utk ma

Saturday, May 9, 2009

Syurga Untuk Keluarga Diraja Didalam Islam



Tak pakai tudung... adakah ini contoh keluarga diraja Kelantan pimpinan PAS. Kawe tak faham bahasa Arab tapi kawe cari terjemahannya dalam serata Internet pasal pengecualian neraka untuk keluarga diraja

Bebas dan Tak Bebas ISA

Bebas tahanan ISA pun salah, kalau tak bebas pun salah. Dah sifat bangang pembangkang. Kawe memang sokong ISA ni tapi ada batasnya. Yang kerajaan dok bebas orang Indonesia laknatullah tu buat apa. Kalau nak bebas pun tak yah isytihar sebab buat sakit hati je.

Negara mereka Islam boleh kahwin bukan Islam tanpa tukar agama. Yang dia orang sibuk datang Malaysia ni buat menate hanyin apa.

Pemimpin Hindraf ni asalnya kurang ajar dengan konsep Malaysia. Kemudian bila PR bagi muka, aleh-aleh jadi muka kesian pulak.

Bila bebas kata kerajaan buat kosmetik murah pulak (rujuk Pinkturle ). Setakat ini semuanya tidak kena kecuali puak PR je.

Ramai pemimpin PAS buat maksiat tak ada sapa-sapa nak bising. Makan duit rakyat dan makan duit haram tak ada sapa-sapa nak kata.

Nak bukti.....contact 04-6449531 Wan Nasru Ahmad (mesti ada telefon cakap nak saman.... hehehe memang modal puak PAS)..

Thursday, May 7, 2009

Satu Persatu Ditangkap



kenapa perkara seperti ini boleh berlaku.. ? wujudnya perkara ini angkara siapa ? siapa yang memulakan perkara ini ? apakah kerana qada dan qadar..? apakah angkara orang yang diatas perlembagaan ?

Munafik Seorang Artis

Kawe berani kata ramai orang yang menjadi artis ini adalah golongan munafik. Islam tidak menghalang seni asalkan ianya tidak melampaui hukum Islam. Dakwah melalui seni dikira alternatif terbaik dalam menangani apa jua masalah. Tapi kebanyakkan dakwah seni ini diguna dalam bentuk yang salah.

Kalau dari segi maknanya dakwah berasal dari perkataan Arab yang bererti mengajak, menyeru, memanggil atau menganjurkannya. Membawa orang kepada sesuatu yang baik.

Kawe ambil contoh mudah. Fauziah Ahmad Daud @ Ogy. Pernah satu ketika dia kelihatan benar-benar insaf dengan apa yang terjadi pada dirinya selama ini. Dia mendakwahkan dirinya kepada jalan yang benar. Malangnya selepas bercerai Ogy bagaikan hilang punca. Tetap menutup rambutnya dari dilihat tetapi tidak mengikut spesifikasi menutup aurat sepertimana yang ditetapkan dalam Islam. Malah kelihatan tergedik-gedik diatas pentas seolah macam dah lama tak kena terjahan...

Semalam dalam rancangan apa-apa di TV, satu temubual dengan seorang artis yang tidak perlu disolek untuk memegang watak pontianak iaitu Sarah Raisuddin. Lebih kurang ayatnya iaitu kita kena percaya kepada qada dan qadar. Ini ketetapan Allah. Kalah menang saya redha...kawe puji ayat dia tapi dengan rambut berselang seli hitam merah kuning jingga, alis mata terkelip-kelip, bibir merah maka kawe rasa simpati pula. Cakap pandai tapi kepercayaan itu tidak menyeluruh. Rukun Iman - percaya kepada qada dan qadar. Tapi mana perginya kepada percaya kepada Allah,malaikat,para nabi,kitab-kitab dan kiamat.

Azizah Mahzan pula lain ceritanya.Ini petikan temubual dengan Zaefrul yang beraksi sama dalam koleksi gambar Azizah Mahzan.

Gambar ini diambil di Langkawi itu ketika menjalani pengambaran drama rantaian Spa Q 2. Budiey tidak terkejut melihat gambar-gambar dua orang pelakon Spa Q. Mungkin kerana mereka dah rapat dan selalu digandingkan dalam drama-drama menjadikan hubungan mereka bertambah intim tanpa melanggar batasan. Gambar sebegini akan memberi pelbagai respon dan tanggapan orang ramai. Ini padahnya bila meletakkan gambar semesra ini di Facebook. Rasanya, Zaefrul kan dah kahwin dan ada 3 orang anak, bini dia tak cemburu ke?

Kita ikuti penjelasan dari Zaefrul? Komen sikit?

“Saya baru melihat gambar-gambar itu semalam selepas diberitahu oleh isteri saya. Itupun selepas kawannya memberikan gambar itu kepada isteri saya. Pada Khamis lepas, Kak Zi (Azizah Mahzan) ada memberitahu kepada saya tentang hal itu. Tetapi, saya fikir mungkin orang lain termasuk pihak media tidak akan bercerita lebih-lebih tentang gambar itu. Jadi, apabila melihat gambar itu, saya tak marah tetapi hanya tergelak kerana saya dan Kak Zi adalah ‘family friends’. Saya tidak kisah kerana dia ibarat kakak saya. Demi Allah, hubungan kami tidak lebih daripada itu. Lagipun, isteri saya juga mengetahui tentang hubungan saya dan Kak Zi iaitu hanya berkawan baik seperti kakak dan adik. Isteri saya memahami dan saya jelaskan kepadanya supaya tidak risau kerana kami hanya berkawan rapat dan anggap Kak Zi seperti kakak saya,”

Tidak rasa bersalah ke atau melanggar batasan sebab mungkin orang ramai akan bagi gambaran buruk kepada anda?

Kami pun salah juga kerana lainlah kalau dia mahram saya. Tetapi, memang Kak Zi jenis yang mesra dengan semua orang begitu juga apabila bergambar. Maksudnya, dia bukan sahaja beraksi mesra dengan saya malah juga dengan orang lain yang rapat dengannya. Disebabkan saya menganggapnya sebagai kakak, jadi saya terlupa tentang batasan. Namun, batasan itu tetap ada di dalam industri ini di mana tidak semua orang saya mudah mesra seperti itu. Lainlah kalau saya bergambar seperti itu dengan artis yang lebih muda, mesti nampak tidak manis.”

Ada sekeping gambar tu, ada botol minuman keras, boleh kasi penjelasan?

“Bagaimana saya ‘minum’, sedangkan ramai lagi orang lain di situ. Kalau saya nak minum, takkan saya minum depan orang ramai seperti itu. Mungkin orang lain tidak tahu bagaimana keadaan sebenar kami di sana. Memang ramai yang mengambil gambar saya dan Kak Zi di mana saya bukan sahaja bergambar dengannya tetapi juga dengan orang lain. Tetapi saya tak faham kenapa orang tumpukan kepada gambar saya dan dia. Lagipun, gambar itu diambil oleh artis lain dan penolong pengarah drama Spa Q. Kebetulan, di dalam drama itu, saya melakonkan watak suami kepada Kak Zi. Mungkin sebab itu ia menjadi hangat.”

Dah lama kenal Azizah Mahzan?

“Saya kenal Kak Zi dah lama iaitu sebelum saya berlakon lagi. Dia yang banyak memberi dorongan untuk saya berlakon. Kami bukan sahaja berurusan semasa kerja, malah saya sekeluarga juga pernah keluar makan malam bersama Kak Zi dan anak-anaknya. Isteri saya pun rapat dengannya. Isteri saya tahu dengan siapa saya berkawan dan dia menyokong setiap perkara yang saya lakukan,”

Apa respon keluarga?

“Asalkan saya dan isteri tahu gosip mengatakan saya dan Kak Zi mempunyai hubungan intim adalah tidak benar, itu sudah mencukupi. Jadi, saya harap orang lain yang menerima gambar yang disebarkan itu memahami apa yang saya perjelaskan ini,”


Apa komen anda dengan hal ini. Kalau nak dikomen lagi banyak...boleh dikatakan artis Malaysia bukan kategori ikon Islam tapi kepada ikon Melayu sahaja....








Suspek kes ragut wanita mengandung ditahan

BACHOK: Polis hari ini menahan seorang remaja yang disyaki suspek dalam kes ragut yang mengorbankan seorang wanita mengandung di Kampung Padang Raja, Jalan Melor-Ketereh dekat Kota Bharu, semalam.


Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata suspek yang berumur 25 tahun itu ditahan oleh pasukan mencegah jenayah dari Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kelantan di rumah keluarganya di Kampung Padang Mahligai, di sini awal pagi tadi.

"Ketika serbuan di rumahnya kira-kira jam 1.30 pagi, suspek yang bekerja sebagai pemandu lori sambilan ditemui dalam keadaan sedang khayal dipercayai dipengaruhi dadah.

"Dia ditahan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan," katanya di sini, hari ini.

Dalam kejadian ragut itu, Saripah Mohd Noor, 33, dari Kampung Melawi, Bachok yang mengandung tiga bulan maut selepas diragut oleh seorang lelaki.

Motosikal yang dinaiki wanita itu terbabas dan terjatuh selepas beg tangannya diragut, dan dia kemudian dilanggar sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.

Wanita itu mati di tempat kejadian.

Abdul Rahim berkata, polis akan melakukan penahanan ke atas beberapa suspek lagi berhubung kes itu.

"Kes ini belum selesai dan pihak kami masih meneruskan siasatan. Suspek kini ditahan reman bagi membantu pihak polis menjalankan siasatan. Melaluinya akan ada beberapa tangkapan lagi dilakukan pihak kami seterusnya," katanya.

Beliau berkata, kes berkenaan adalah kes pertama jenayah ragut sehingga mengorbankan nyawa yang berlaku dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini di Kelantan.

"Kes jenayah ragut yang berlaku di negeri ini pada tempoh yang sama tahun ini dan tahun lalu menunjukkan penurunan. Bagaimanapun ianya semakin menimbulkan kebimbangan masyarakat berikutan tindakan agresif peragut yang bukan sekadar meragut sebaliknya turut mencederakan mangsa sehingga mengorbankan nyawa," katanya.

Katanya, pihak polis sudah menempatkan anggota di keseluruhan kawasan yang dikategorikan panas terutama di kawasan bandar di mana kerap dilaporkan berlakunya kes jenayah ragut.

"Bagaimanapun langkah ini dilihat masih tidak mencukupi kerana jumlah anggota kita juga agak terhad menyebabkan ada beberapa kawasan yang jauh dari bandar tidak mempunyai anggota peronda, seperti kes semalam yang berlaku agak jauh dari pekan Bachok iaitu kira-kira 25 kilometer," katanya.

Abdul Rahim turut meminta orang awam menjadi mata dan telinga kepada pihak polis dalam menyampaikan maklumat berkenaan jenayah ragut dan segera membuat laporan sekiranya mengalami kejadian ragut. - Bernama


Komen K@wE - Takziah buat keluarga Saripah. Tahniah kepada IPK Kelantan kerana berjaya menahan suspek. Kalau boleh tahan semua yang terlibat dengan dadah. Berlambak kat sekitar Melor tu.

Pengakuan Waheeda


TIDAK habis-habis lagi orang memperkatakan tentang hubungan sebenar penyanyi nasyid dan penceramah bebas, Ustaz Akhil Hayy dengan penyanyi popular, Waheeda.

Setelah membuat 'gimik' mereka sememangnya telah berkahwin yang mana sebenarnya ia hanya 'lakonan' di dalam program Cafe Akhil Hayy musim terbaru, kini kecoh pula isu gambar Waheeda dan Akhil yang sedang 'bercanda' di sebuah pantai bersama dua kenalan mereka, termasuklah pelakon baru, Ramona dan seorang lelaki, yang sedang tersebar luas di internet.

Beberapa keping gambar tersebut memaparkan rakaman aksi mereka di tepi pantai pada waktu malam.

Malah, aksi 'gembira' Waheeda dan Akhil dalam gambar-gambar tersebut telah membuatkan ramai beranggapan bahawa mereka sebenarnya memang mempunyai hubungan 'istimewa', tetapi masih ingin terus berahsia.

Ketika dihubungi, Waheeda hanya ketawa kecil sebaik diminta mengulas tentang isu gambar-gambar tersebut.

Dalam nada tenang, penyanyi yang melonjak namanya dengan lagu Wassini ini sudah dapat mengagak hal ini pasti akan menjadi 'bualan' ramai.

"Memang saya dan Akhil pernah ke pantai Port Dickson bersama-sama. Kami sebenarnya pergi beramai-ramai. Dan gambar-gambar itu diletakkan oleh Ramona di dalam laman web Facebook.

"Memang pada awalnya dia ada bertanyakan pada saya sama ada saya 'ok' atau tidak jika dia letakkan di dalam Facebook.

"Saya memang tiada masalah, malah Akhil juga tidak kisah. Salahkah saya keluar dengan Akhil dan rakan-rakan yang lain? Saya tak faham mengapa benda ini dibesar-besarkan sedangkan banyak hal lain di luar sana yang boleh dijadikan isu.

"Tetapi saya sudah malas nak ambil pusing dengan hal-hal seperti ini. Selagi saya tahu batasnya, itu sudah memadai. Terpulanglah kepada khalayak untuk buat persepsi sendiri," kata Waheeda ketika dihubungi.

Menurut Waheeda, gambar itu dirakamkan beberapa bulan lalu ketika dia, Akhil dan beberapa rakan pergi ke Port Dickson untuk menikmati juadah ikan bakar di sebuah restoran di sana.

"Saya baru habis 'shooting' sebuah program ketika itu dan kemudiannya saya, Ramona dan dua orang lagi rakan teringin makan ikan bakar. Kami ajak Akhil sekali sebab memang rakan-rakan saya termasuklah Ramona juga sudah mengenali Akhil.

"Lagipun memang saya akui, Akhil dan saya berkawan baik. Dia mengenali rakan-rakan saya dan saya juga kenal beberapa orang rakannya. Jadi kami beramai-ramai pergi ke PD pada malam itu juga," tuturnya.

Jelas Waheeda lagi, walaupun pelbagai tohmahan dan pandangan negatif akan dilemparkan terhadap dirinya dan penceramah yang sudah berumahtangga itu, dia tidak mahu terlalu memikirkan tentang hal tersebut, asalkan keluarga masing-masing tahu perkara yang sebenarnya.

"Orang memang tidak pernah berhenti bercakap tentang kami. Terpulanglah kepada mereka. Mungkin mereka tidak ada kerja lain nak buat dan sebab itu mereka ada banyak masa untuk berbincang tentang hal kami ini di internet.

"Lagi banyak orang bercakap tentang kami, lagi kami tidak kisah untuk bertemu secara terbuka di depan orang. Bukannya kami buat benda-benda yang tidak elok di luar," katanya yang kini sedang menghabiskan rakaman program Cafe Akhil Hayy yang telah mula bersiaran di Astro Oasis, setiap Rabu, pada pukul 7.30 malam.


Komen kawe : Memang tak salah keluar ke pantai. Bergembira bersama-sama. Bergaul dengan bebas. Islam kan syumul. Betul tak Akhill ? Kalu kawe nak gi pantai baik kawe bawa anak bini daripada keluar dengan orang lain.

Kalau nak dikira peduli apa kan ? tapi yang bangangnya, Akhill Hay ni pendakwah. Kalau dia pendakwah dia kena tunjuk teladan yang baik. Cuba buka youtube dan search nama Akhill Hay..beratus keluar video klip ceramah dia. Dengar apa yang dia kata pasal maksiat, aurat, gejala sosial, mat rempit dan sebagainya.

Takkan nak jawab..ooo itu dulu. Masa tu saya pendakwah. Sekarang saya dah jadi pelakon.

Rugi...org yang mampu menarik minat orang ke jalan islam akhirnya sesat dihujung jalan. Sesat dengan jalannya sendiri....

Akhil Hayy Pejuang PAS







































Akhill Hay pernah berceramah..sepasang suami isteri balik rumah selepas bekerja. Buka je pintu rumah anak sulungnya Along tengah menyanyi lagu 'cantik menarik tertarik kau memang de bomb..(lagu Rudfedge rasannya)'..kemudian anak no.2 kaklong tengah menyanyi lagu misha omar lagu tema pontianak harum sundal malam, anak bongsu tengah menyanyi lagu akon - frog.

kemudian Akhill Hay kata alangkah bestnya kalau ibu ayah ini balik dengar anak sulong praktis azan, anak no 2 tengah praktis nasyid dan anak yang ketiga belajar jawi.

Sebab tu kawe kata sekadar bercakap sapa sapa hebat. Agenda puak PAS ialah memastikan pemimpin mereka dapat kahwin lebih dari satu isteri. Bukan kawe tidak setuju tapi kalau ditanya kenapa kahwin lebih ramai puak PAS menjawab itu peribadi dia malah dia ikut Sunnah.

Betul ke ikut Sunnah ? Kalau nak dikira, Nabi Muhammad kahwin dengan Siti Khadijah yang jauh lebih tua dari Nabi dan Nabi kahwin pun sebab nak jaga harta Siti Khadijah. La ni kahwin janda kaya bukan nak tolong tapi nak kaut harta janda.

Apakah Akhill Hay dalam kesesatan ? Mungkin tidak tapi kenalah berhati-hati supaya tidak menimbulkan fitnah. Kalau dah kahwin dengan Waheeda cakaplah dah kahwin kerana fitnah ni akan berjalan terus.

Kalau lihat gambar tu, yang pakai baju nampak lurah dendam tu dah kira dosa. Ustaz Akhill Hay kalau boleh tegurlah bukannya bergembira bersama. Takut nanti berlaku zina mata pula.

Pelikkan...

Wednesday, May 6, 2009

Minta Orang UMNO,PAS,PKR.DAP Ulas



Ragut di Kampung Ku

Lagi wanita mengandung maut diragut

KOTA BAHARU 6 Mei — Selepas seorang wanita mengandung maut di tangan peragut di Johor Ahad lalu, satu lagi kes kematian yang disebabkan oleh angkara peragut yang turut melibatkan wanita mengandung berlaku di Kelantan hari ini.

Dalam kejadian di Kampung Padang Raja, Jalan Melor-Ketereh di sini, Saripah Mohd Noor, 33, dari Kampung Melawi, Bachok yang mengandung tiga bulan maut selepas diragut oleh seorang lelaki.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu, ACP Zahruddin Abdulah berkata kejadian berlaku selepas mangsa yang sedang menunggang motosikal telah diragut beg tangannya sehingga menyebabkan motosikalnya terbabas dan jatuh.

Mangsa kemudiannya dilanggar oleh sebuah kereta yang dari arah bertentangan dalam kejadian kira-kira pukul 10.50 pagi ini, katanya.

Ketika kejadian, mangsa dilaporkan sedang menunggang motosikal bersendirian untuk ke rumah ibunya di Tumpat. - Bernama


*** wat malu kompeni je menate orang hok buat kes ragut ni. harap polis Melor buat kerja bukannya duk kutip duit tol. OCS Balai Melor tu jangan duk sibuk dengan bini muda saja, kerja kena buat.

Ramai pengedar dadah di Melor tu. Tangkap2 je..ada tu sampai boleh buat rumah batu 2 tingkat. Tak kena tangkap sebab ada bayaran bulanan. Ingat orang tak tahu

Aktiviti judi pun kuat. Mujur polis Amran kena tukar dah kalau tidak dialah tukang kutip duit perlindungan. itu pun kawe tahu.


Najib dan Altantuya


Dalam cerita Mohabattein lakonan Shah Rukh Khan dan Aisyawara Rai cukup menghibakan hati kawe. Ada member kawe tu, tahap ganas dan macho dia memang tinggi tapi dek kerana Mohabattein ni meleleh air mata..

Walaupun heroin (Megha) dah tak ada, si Raj Maholtra (watak Shah Rukh Khan) tetap membayangkan bahawa Megha selalu ada bersama dengannya.

Apabila Sameer kecewa dengan Sanjana yang dah ada kekasih, 2 rakannya Vikram dan Karan bersimpati dengan Sameer yang telah putus asa.

Ketika ini Raj muncul dan memberi nasihat agar Sameer jangan berputus asa. Karan dengan mata kuyu memberitahu Raj bahawa tidak semua orang bernasib baik dalam percintaan macam tuan (Raj - guru muzik mereka).

Raj pun berkata bahawa setiap hari dia mendoakan agar orang terutama pelajarnya tidak mendapat nasib sepertinya. Vikram pun bertanya kenapa tuan ? Raj menjawab bahawa orang yang dia sayang dan puja sudah tidak ada didunia ini.

Sameer pun meminta maaf (i'm sorry sir) . Raj menjawab jangan minta maaf. Kerana dia tidak menyesal dengan ketiadaan kekasihnya. Kata Raj, kami tidak pernah berjanji bahawa antara kami perlu hidup lama. Lagipun Raj sentiasa membayangkan Megha sentiasa ada disisinya. Malah cinta Raj kepada Megha bercambah setiap hari..............

Agaknya bolehkah Razak Baginda merasakan sedemikian rupa. Rugi nasib Altantuya. Jangan marah pada Razak Baginda kalau dia main kayu tiga. kawe tengok dah bini dia, sian Razak Baginda..Bini dia ..ya Allah..

Najib jadi terlibat hanya kerana nak tolong ejas kawan yang kena tangkap. Hantar SMS ke Razak Baginda.

Alahai, kita pun rajin buat. Kalau ada benda tak molek kena dengan kita maka kita pun minta tolong ejas dengan kawan2 hok ada. Contoh anak kena tahan kes mengedar dadah. Oleh kerana bapa ni banyak duit dia pun mintak tolong kawan dia di IPK atau mana-mana pegawai besar tolong ejas kes. Takkan tak pernah dengar cerita macam ni.


Pusat Khidmat Rakyat (PKR) Kulim


Betul ke YB Zul ? Pusat Khidmat Rakyat Kulim dah tutup ..atau pindah ketempat lain.

Mat Sabu vs UMNO


Ini sebenarnya UMNO

Tuesday, May 5, 2009

UMNO Lelong Camry tapi tak laku

dari 16 unit yang hendak dilelong, baru 7 pembida yang cuba beli kereta lelong ni. Guano tak laku tu...

Kekadang kita rasa hairan, asalkan ada kerajaan baru mesti tukar kereta. Kereta kalau murah tak apa ini mahal-mahal dan jenis mewah semuanya.

kenapa kereta perlu ditukar kerana MB, Exco dan pegawai yang terlibat perlukan kereta baru dengan alasan selesa nak buat kerja.

Kawe cadangkan pakai kancil/viva/wira/iswara je..ramai rakyat dok pakai kereta ni. Ada tu lebih 10 tahun dah pakai. Takde masalah pun kalau jaga molek.

Mana boleh kelas orang lagu ni pakai kereta ciput. Sekurang-kurangnya Perdana V6.

Apa pun kena ingat bahawa haram kalau bawa keluarga bersiar-siar dengan kereta kerajaan kerana ianya diperuntukkan oleh rakyat untuk buat kerja.

Ketua badan antirasuah Indonesia ditangkap


JAKARTA - Ketua Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah Indonesia (KPK), Antasari Azhar ditangkap semalam kerana menjadi perancang pembunuh seorang ahli perniagaan, Nasrudin Zulkarnaen.

Ketua Polis Jakarta, Wahyono berkata, Antasari diisytiharkan sebagai seorang suspek selepas dia disoal siasat selama beberapa jam berhubung kes pembunuhan Nasrudin.

Nasrudin ialah seorang bekas saksi KPK dan ketua sebuah syarikat milik kerajaan.

Dia ditembak di bahagian kepala di luar padang golf di pinggir Jakarta pada Mac lalu.

Media membuat spekulasi bahawa pembunuhan itu mempunyai kaitan dengan cinta tiga segi melibatkan Antasari dan Nasrudin dengan seorang gadis berumur 22 tahun yang menjadi kedi golf.

"Antasari ditangkap dan ditahan pada waktu pagi," kata Ketua Jenayah Awam Polis, Muhammad Iriawan.

"Kes itu disiasat di bawah Artikel 340 yang boleh membawa hukuman mati," tambahnya.

Polis memberitahu, sembilan orang dinamakan sebagai suspek berhubung kes pembunuhan Nasrudin.

Nasrudin merupakan ketua firma Putra Rajawali Banjaran yang ditembak mati dalam satu serangan oleh beberapa lelaki bersenjata.

Agensi KPK ditubuhkan pada 2003 dan menjadi terkenal kerana reputasinya sebagai sebuah pertubuhan yang memerangi gejala rasuah. - AFP


############################################################
kerana berebut seorang kedi yang berusia 22 tahun, Antasari sanggup membunuh Nasrudin.

kawe teringat kisah mak sedara kawe. dia bercerai dengan suaminya kerana bapa sedara kawe ni jatuh cinta dengan kedi indon kat padang golf subang.

langsung tak berpaling dah kerana ikut kata minah indon ni...dunia hari ni

Monday, May 4, 2009

Pelajar Melayu Masakini


tadi kawe gi kompleks bukit jambul. semasa kawe lalu satu lorong di dalam kompleks tu kawe ternampak budak sekolah duk bercium. dua-dua pakai baju sekolah.




kawe dulu gelenyai jugak tapi reti sembunyi. port baik punya. la ni budak-budak selamba rock je. malah ada yang merakamnya dengan handphone.






untuk makluman semua, kawe ada 2000 lebih koleksi video seks melayu yang kawe himpun dari kad memori customer kawe masa kawe buka kedai telefon dulu. hok terbaru kawe dapat dari internet.

apa yang lebih mengejutkan, dalam banyak-banyak tu terselit satu video hok gu kawe...guano ni.. tak pandai simpan langsung..

punah-punah

Thursday, April 30, 2009

PKR vs PAS vs Bebas vs ????

Sebenarnya kawe rasa Fairus ni diarah berhenti kerana budak lagi dan tak reti berkawan dengan orang. Kawe rasa orang hok main peranan penting nak suruh Fairus turun ialah Datuk Zahrain kerana perangai dia ni ada ala-ala UMNO sikit. Bini dia rambut merah tak pakai tudung. Kawe kurang respek sikit kalau kita ni pemimpin tapi bini tak pakai tudung, Nampak sangat lemahnya kita. Hok benda Allah suruh takleh buat,bukannya payah...




Pahtu Pemuda PAS Penang nak calon PAS bertanding jugak. Ni pesen nak ghepak UMNO je..Bila UMNO tengok puak ni macam pecah belah UMNO pun isytihar nak bertanding. Lepas UMNO isytihar nak bertanding maka puak Pemuda PAS kata kena terima nasihat atasan. Takleh lawan sama sendiri.




Bila SPRM kata Fairus tidak bersalah maka apa hal nak berhenti. Bukankah kamu dipilih orang rakyat ? Kata nak elak pembaziran duit rakyat ? Gila pilihanraya kecil gamaknya puak PKR ni...
Gi mari gi mari kena tipu saja-saja belaka. UMNO ke PKR ke PAS ke semua ni gila kuasa. Kuasa dah ada tapi nak bertanding juga. Maknanya Fairus ni menipu rakyat. Hooo...takleh imagine lagu mana api neraka bakar mu Fairus..... kurang respek kawe kalu ada pemimpin jenis tak reti mikir lagu ni.




Orang lain semua salah, kita je betul...hok tu kawe tak leh terima. Ada je tak kena, macam tak dok kerja lain selain dok cari salah orang walhal salah diri sendiri tak nak mengaku.

Manohara

kalau dah takdok gapa-gapa bakpo tak wi mak jumpa anaknya.

macam sinetron je.. kan banyak cerita org kena dera tapi bila dikhalayak nampak molek.

biar betul...

Antara Hukum Allah dan Undang-Undang Perlembagaan Malaysia

kawe sebenar tidak berani nak ulas pasal isu ini kerana kawe bukan ahli ugama. tapi dah kerana dunia akhir zaman maka kawe pun terlintas nak menyibuk sama.

ini persoalan dan bukan meremeh temehkan sesuatu perkara atau menghina. Cuma kawe nak mempersoalkan dan berharap ada jawapan dari mana-mana pihak kepada persoalan yang bermain diminda kawe.

terlebih dahulu kawe nak royat kawe ni Islam baka dan kawe yakin dan percaya kepada Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.Kalau kita di Malaysia terutama di Kelantan, kalaulah ini zaman Rasulullah masih hidup maka Pekan Golok dah lama kena tawan oleh pejuang Islam. Mesti dilancarkan jihad menyerang Pekan Golok. Ertinya disini peranan kita sebagai orang Islam dizaman sekarang seakan dihadkan mengikut sempadan.

Kita duk kutuk negara Arab sebab tidak bantu masalah Palestin. Sebenarnya kita hok duk kutuk tu tak sedar dengan perbuatan kita. Kawe bagi contoh. Kita tengah duk kutuk Amerika kerana bersekongkol dengan Israel. Habis pakat dok laung boikot barang Amerika.

dalam tak sedar masa tengah dok laung tu, pakai seluar jeans (jenama Amerika biarlah barang lek Golok pun ), hisap rokok Dunhill pah tu guna handphone Motorola. Lepas dok melaung perut rasa lapar maka gi makan di KFC,McDonald dan PizzaHut. Kelik rumah tengok TV cerita CSI.

Itu satu hal. Kemudian bercakap soal Islam. Marah ke UMNO kerana rasuah, zalim dan macam-macam lagi. Kerjanya pula seorang Guru. Gaji sikit tuntut gaji naik. Kutuk kerajaan dan sokong pembangkang. Amanah duk mana ? Kalau berani berjuang kenapa terikat dengan kerajaan yang zalim. Maknanya bersekongkol jugak kita.

Beli kereta ansuran. Melabur Amanah Saham ada kata haram kerana terpengaruh dengan kononnya melabur dalam industri haram. Main insuran haram, kerja bank takleh ..riba. Kawe pernah bahas dengan gu kawe kerja bank. dia ni sokong PAS gila-gila punya. Bukan masalah parti tapi masalah hok dia cakap tidak kena dengan cara hidup dia.

Soal bila salah seorang ibubapa masuk Islam dan status agama anak-anak. Sekarang tengah bising. Dalam pinkturtle ada cerita mengatakan hukum Allah tunduk kepada undang-undang Malaysia. Baru demo ni tahu keadaan kita.

Sebab tu kawe duk ulang banyak kali bakpo PAS Kelantan tak laksanakan hukum hudud di Kelantan. Jawabnya kerana Parlimen tak lulus. Dan sebab tu kawe faham walau hebat sekalipun duk cerita pasal Islam tapi masuk bab raja Kerajaan PAS takleh nak kata gapa. Kawe tak sir ambik contoh hak payah2. Kalau iklan Maya Karin kena pakai tudung. Tapi bila gambar Tengku Anis nampak rambut, bereh. Islam ni lagu mana sebenarnya ?

Ada orang bagi nasihat pada kawe, adik Ru bab raja jangan sentuh. kita kena cakap masalah rakyat dan hal raja biar mampuh gi.hok tu juga kawe nak tanya, datang rasmi masjid kena duduk atas pentas tapi bakpo time sembahyang berjemaah duduk belakang tok iman ?

susah kita hurai masalah ni . kita kata Islam bukan agama paksaan. tapi bila ayah masuk islam dan ibu tak nak masuk islam maka apakah syarat untuk anak-anak mereka. Islam kata mereka kena berada dalam Islam dan lepas tu timbul hak kebebasan beragama. ikut dia nak agama gapa pun. buat macam Indonesia, ayah Islam, mak kristian dan anak pertama buddha, anak kedua hindu dan anak ketiga tak ada agama,bebas. nak ke lagu tu di Malaysia. bakpo taksirnya nilah keluarga bahagia kerana diberi kebebasan mengikut perlembagaan. Bukankah kita kena patuh pada perlembagaan ?

Cuba fikir dulu, kawe tidak nak demo kena ikut cara pemikiran kawe. demo pikir sendiri sampai bila kita nak duduk lagu ni.kita nak bagi samarata...tak kira apa bangsa. kawe dari dulu lagi tidak suka soal bangsa. kawe lebih suka kepada perkongsian bersama. tak nak ada papantanda 3-4 bahasa, sekolah satu aliran, bukak tv dengar berita dalam bahasa rasmi. Sebenarnya kita ada acuan perpisahan dalam sosial masyarakat kita. Kita tengok iklan dalam TV. Iklan bahasa cina tu untuk sapa ? Padahal nak oyat benda sama je, belilah sabun ni..kalau guna muka berseri. tapi diiklankan dalam dua bahasa.

Tak payah nak cakap soal apa-apa pun. Bakpa jadi begini ? ada orang jawab, nilah kesalahan UMNO selama 50 tahun lebih memerintah negara. Pahtu puak mu buat gapa nama ? Bercakap sahaja tak dok guna.

Alih-alih, biarlah..nok wat guano ? doh jadi doh...biarlah..habis!!!