Friday, July 10, 2009

PPSMI

Setelah 6 tahun dilaksanakan dengan menghabiskan berbilion ringgit Malaysia, Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan dimansuhkan. Pelajaran Sains dan Matematik akan diajar dalam bahasa Malaysia.

Bagi pelajar yang boleh menguasai Bahasa Inggeris kebiasaannya adalah pelajar yang cerdik atau bijak pandai (dikecualikan kepada pelajar yang dari kecil lagi berbahasa Inggeris). Bagaimana pula nasib pelajar yang lain ? Sahabat kawe masa sekolah dulu, saudara Rosdi Ismail mendapat 7A1 1P7 dalam peperiksaan SRP tahun 1987. Ketika itu SRP mempunyai 8 matapelajaran wajib dan sahabat kawe ini mendapat 1P7 untuk Bahasa Inggeris. Dalam erti kata sebenar tidak kredit. Syarat kredit ialah dari A1-C6. (A1,A2,C3,C4,C5,C6).

Oleh itu sahabat kawe Rosdi ini gagal untuk memasuki MRSM/Sek.Berasrama Penuh ketika itu. Apa kata kalau PPSMI sudah wujud ketika itu ? Adakah sahabat kawe ini akan mendapat A1 dalam matapelajaran Matematik dan Sains Panduan ? Mungkin tidak..

Ini nasib pelajar luar bandar. Kefahaman tentang Bahasa Inggeris jauh ketinggalan berbanding anak-anak di bandar. Benarkah begitu ? Tidak juga kerana ada juga anak-anak bandar yang kurang fasih atau faham Bahasa Inggeris. Maka bagaimana cara untuk kerajaan mahu setiap pelajar tak kira di bandar atau di luar bandar menguasai Bahasa Inggeris ?

Ini ada satu lagi kisah. Bapa saudara kawe adalah guru Bahasa Inggeris. Malangnya salah seorang anaknya gagal dalam bahasa Inggeris ketika mengambil SPM. Walaupun bapa seorang guru BI tetapi penekanan terhadap penggunaan BI di rumah tidak diambil kisah. Oleh itu peranan ibubapa juga penting dalam menjana aliran BI dalam jiwa anak-anak.

Malu dan takut. Ini adalah fobia yang menjadi masalah dikalangan kita untuk berbahasa Inggeris. Ada orang Cina atau India atau Melayu sendiri apabila bercakap BI, perkataan yang keluar kalau diperhalusi memang BROKEN.. Mat Salleh dari US pernah bagitahu kawe selepas satu mesyuarat semasa bekerja di Dell, wakil Dell dari China bercakap BI dengan laju dan lancar tapi 100% hancur. Bagaimanapun Mat Salleh ni kata sekurang-kurangnya dia faham apa yang cuba disampaikan oleh staff Dell dari China tu.

Maknanya kerajaan melalui Kementerian Pelajaran perlu menwujudkan satu asas baru dalam pengajaran dalam BI iaitu keyakinan dan keberanian diri. Bagaimana mahu memberi galakan kepada anak-anak supaya tidak segan dan silu bercakap dalam BI biarpun masih berterabur. Biar mereka tahu apa perkataan dalam BI bagi setiap benda atau perkara. Di peringkat ini kita boleh mengatur tatasebutan mereka secara berperingkat. Hal ini tidak berlaku semasa kawe disekolah dahulu. Guru masuk kelas kemudian disuruh buat ayat itu ini atau membaca karangan BI dan bincangkannya. Tidak ada pun public speaking atau menwujudkan suasana BI dalam kelas.

Menyusun atur semula korikulum untuk para pelajar perlu dibincangkan dengan teliti oleh pakar bersifat Malaysia. Kalau pilih pakar bersifat nafsu maka jahanamlah negara kerana mereka lebih menonjolkan keupayaan mereka berbanding nasib pelajar diserata Malaysia. Fikirlah Muhyiddin...tanggungjawab ditangan anda. Baik kaedahnya maka anda layak PM ke 7.


0 comments: