Orang Kompleks Sukan Negara meminta FAM bayar ganti rugi sebanyak RM 214000 bagi membaikpulih kerosakan yang dialami akibat tindakan ganas penyokong bolasepak Kelantan.
Sebanyak 16 kerusi terbakar, 205 kerusi rosak dan 3 lagi tumbang menjadikan sebanyak 224 kerusi diklasifikasikan sebagai perlu diganti rugi dengan kos RM500 seunit kerusi.
RM15000 diperlukan untuk membaiki pagar stadium yang rosak iaitu RM5000 setiap satu bagi 3 pagar yang rosak.
RM60000 untuk membaiki trek yang rosak akibat mercun dan RM27000 untuk tukar kepala paip yang rosak, sinki dan mangkuk tandas dan juga mangkuk hayun.
Ianya berjumlah RM214,000 keseluruhannya termasuk kos tambang pergi balik pegawai KSN mencari kerusi diluar negara.
FAM akan membayarnya dan akan mendenda KAFA sebagai tuntutan ganti rugi.
Memang kawe tidak puas hati dengan tuntutan KSN yang melampau tetapi inilah padah kalau tidak guna otak bila tengok bola. Orang putih tengok bola sedepa je dari padang bola tapi tidaklah lempar botol, bakar mercun atau masuk padang.
Kalu berlaku lagi maka kawe berkenan benar FAM gantung skuad Kelantan dari menyertai Liga Malaysia. Bukan apa, wat malu nama Serambi Mekah.


0 comments:
Post a Comment