Pedoman

peNGiKuT

Tuesday, November 10, 2009

Kecewa Sudah Sebati Dalam Diri

Ada orang bertanya adakah anda tidak merasa kecewa dengan kekalahan Kelantan kepada Negeri Sembilan sabtu lalu. Maka kawe menjawabnya bahawa kecewa itu sudah lama menjadi darah daging kawe dan setakat kekalahan Kelantan ianya tidak langsung menjejaskan perasaan kawe.
Mengimbas kenangan zaman sekolah dahulu, kawe teringat kepada sahabat kawe bernama Ahmad Fais yang menggelarkan dirinya Hashim Mustapha dan kawe menggelarkan diri kawe Salim Mahmud. Hashim tidak pernah memenangi pingat emas Sukan Sea tapi Salim Mahmud pernah memenanginya pada 1989. Namun kawe pernah teringat dalam perbulana kawe dengan Fais umur berapakah kita baru dapat melihat Kelantan menjuarai Piala Malaysia. kerana ketika itu Kelantan paling tinggi pun layak ke Suku Akhir.
Pada 1994 Kelantan layak ke separuh akhir menentang Kedah tapi tewas dan mendukacitakan ratusan ribu rakyat Kelantan ketika itu yang mana Kota Bharu ketika menjelang separuh akhir kedua bagaikan dilanda deman bola yang mengalahkan deman piala dunia.
Kecewa bagi diri kawe ialah dalam puluhan kali kawe melihat Kelantan bermain, hanya sekali sahaja kawe berjaya melihat Kelantan menang 4-1 keatas Kuala Lumpur pada 2001 dan pada malam itu selepas menyaksikannya di Kota Bharu kawe kemalangan kereta di Kelab Golf Raub Pahang ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Selebihnya kalau tak kalah, Kelantan hanya seri sahaja.
Permainan terbaik yang pernah kawe saksikan ialah ketika era Hashim Mustapha mucul penjaring terbanyak. Walaupun seri 2-2 sama ketika menentang Selangor pada 1994di Stadium Merdeka namun sentuhan Hashim malam itu memukau penonton. Walaupun malam itu dicemari eksiden Halim Napi menendang Zoran Nikolic tetapi kawe dan penonton lain cukup berpuas hati walaupun kecewa kerana Kelantan gagal mempertahankan kedudukan 2-1 sebelum Selangor menyuamakan kedudukan.
Perlawanan akhir Piala Malaysia menunjukkan betapa Indra Putra Mahyudin perlu dijaga kebajikan dan pendapatannya oleh KAFA kerana beliau bermain dengan professional sekali. Begitu juga Norfarhan yang juga pantas dan berpontensi termasuk Khalid Jamlus yang jarang bermain tetapi mempunyai koleksi gol yang banyak juga.
Sampai bila kita hendak menanggung gelaran penyokong paling bodoh di Malaysia. Gelaran penyokong paling fanatik itu membanggakan tapi gelaran bodoh rasanya perlu dihindari. Trak polis pun dibakar walaupun memberi 1000 alasan kononnya itu ini kerana perkara itu tidak seharusnya terjadi.
Jangan jadikan Gomo Kelate gomo menjadi Bodoh Kelate Bodoh....
Akhirnya kawe mengulangi sampai bila kawe terpaksa tunggu untuk Kelantan menjadi juara piala Malaysia ????

No comments: