Pedoman

peNGiKuT

Friday, December 31, 2010

Bercuti Di Kelantan

Baru je sampai dari Kelantan. Bertolak jam 11.00 pagi. Sampai jam 5.30 petang. Semasa di dalam jajahan Tanah Merah, kawe berhenti di Restoran Tepi Sungai. Lepas jambatan sungai Kelantan, belok kanan ikut lorong Sekolah Teknik Tanah Merah menuju bandar. Lebih kurang 100 meter dari hujung lorong tibalah di restoran tu. Apa yang menarik di restoran tu ialah ada belaka makanan tradisi kelantan. dari kuih muih, bubur pelbagai rasa, sup kawah dan macam-macam lagi. 

Kawe balik pada malam bola Malaysia lawan Indonesia di Kuala Lumpur. Tiba di Kelantan jam 1 pagi. Pagi Isnin gi pasar tani Melor. Hari Selasa gi mandi di air terjun Jeram Pasu. Masih tak banyak berubah Jeram Pasu kecuali ada dibina deretan gerai jualan yang masih dalam pembinaan. 

Gi mandi dengan keluarga abg kawe abg din. Semua main air kecuali che long (kak su kakak ipar). Abg Din selaku pemerhati. Paling best anak sedara kawe, Mizal yang paling kecik tapi berani. Mulut dia tak berhenti. Kawe pulak nyetot kedua belah paha. Kena pimpin ke orang tino utk naik dari air. Selesai mandi, balik dan petang gi makan nasi rumah abg Din di Pasir Tumbuh.

Malam tu, kawe tak tidur. duk main komputer. Main poker. Menang sampai 27juta tapi sekelip mata kalah lepas menanf. Pagi hari Selasa tak dok gi mana cuma dikejutkan dengan panggilan dari adik kawe Simah yang memaklumkan kedai handphone kena masuk pencuri. Berdasarkan rakaman CCTV Edlee Fried Chicken sebelah kedai handphone, 2 ekor pencuri datang dengan motor RXZ jam 5 pagi. Dengan menggunakan spana 10 mereka buka mangga chua soi lek. Barang yang hilang ialah rokok dan aksesori telefon seperti bateri dan charger. Anggaran kerugian dalam RM1000++. Rokok banyak rugi sebab baru ambik stok

Pagi Selasa hujan pun lebat. Petang gi minum air di Mahligai. Ada la mamat, pok bell, jusoh dan abe yu. Lama jugak duk borak kedai kopi.

Hari Rabu lepas tengok bola Indonesia lawan Malaysia, gi makan McDonalds dengan adik kawe dan anak bini. Hari Khamis, kawe duk lepak rumah je. 

Sepatutnya bila dah balik kampung kawe kena bawa anak bini kerumah mertua dan nenek weny di Morak. Tapi Weny tengah kecil hati dengan adik dia yang baru bersalin minggu lepas kerana sampai sekarang masih belum telefon maklumkan hal bersalin ni. Lagi pun Weny dah banyak beralah dalam semua hal. Dan adik sepatutnya maklumkan hal gembira utk sama diraikan.

Kawe malas ulas pasal keluarga mertua kawe. Kawe memang dah lama tak ambik tahu dan buat tak kisah pasal keluarga sebelah Weny. Lagi pun puak sana benci amat-amat ke kawe dan kawe tak terasa pun. Kalu demo buat molek maka molek lah sebelah kawe. 

No comments: