Pada petang Isnin 26hb September kawe dicharge dari Hospital Pulau Pinang selepas berada disana selama 3 minggu bermula pagi 3 Syawal lagi..(2 September). Selepas itu kawe ambil teksi sebab banyak barang termasuk kerusi roda (wheel chair) dan tambang perjalanan yang kawe kena ialah RM35 dari Hospital ke rumah kawe di Sg.Ara Bayan Lepas.
Oleh kerana kawe perlukan kenderaan (kereta) bagi tujuan 'dressing' (cuci luka) setiap hari maka malam tu juga kawe dan keluarga balik Kelantan untuk ambil kereta kawe yang sudah pun siap dibaiki. (Kereta rosak masa kawe kelik raya).
Dah lama kawe tak naik bas. kawe suruh bini kawe beli tiket bas dua tingkat dan ambik bahagian bawah kerana kawe tak larat naik tangga tinggi. Punyalah sejuk aircond bas tu sampai kawe terpaksa berselimut sakan kerana nak elak rasa kekejangan akibat sejuk yang melampau..Perjalanan yang bermula jam 9malam berakhir di stesen bas Kota Bharu jam 5pagi. Sampai di KB, terpaksa ambil kereta sapu dan dikenakan caj RM20 untuk ke kampung Morak Tumpat. Apa boleh buat sebab malas nak ganggu orang datang ambik.
Selepas rehat waktu pagi, kawe walaupun masih berjahit 18 di paha kanan, cuba menguji kereta kawe yang baru siap dibaiki. Ada la 3-4 perkara yang tidak puas hati tapi terpaksa ditelan bulat2 kerana dah kita tinggalkan kereta kat orang maka apa yang dibuatnya samada elok atau tidak elok, kita tidak tahu. Itu pun nasib baik bapa sedara yang tolong perhatikan dan test drive sebelum ni..
Oleh kerana tiap-tiap hari kena dressing maka kawe gi klinik kesihatan Mahligai Melor dan apa yang menyedihkan kawe ialah bekalan peralatan masih ketinggalan. Ada satu pembalut luka yang dipanggil 'gamjee' tidak ada di klinik tersebut dan kawe terpaksa cari di farmasi untuk mendapatkannya. Malangnya dari farmasi di Melor, Ketereh, Wakaf Che Yeh, Lundang dan kubang Kerian semuanya tidak tahu apa itu 'gamjee'. Selepas penat mencari kawe dan isteri makan di restoran lauk bakar Kubang Kerian dan ternampak kedai Prism (pembekal peralatan kepada hospital) dan disitu ada dijual gamjee. tanpa gamjee, air bisa akan kelihatan di bandage kerana 'gamjee' cukup tebal melindungi kesan air bisa tu.
Hari pertama kawe balik tidur di rumah arwah ma setelah hampir setahun tak balik ke sana. Hari kedua kawe gi jumpa ayah kawe di Pasir Pekan, gi rumah mertua kawe di Morak dan rumah abang kawe di Pasir Tumbuh. Hari ketiga, selepas selesai dressing, kawe bertolak balik ke Penang dan kawe bawa hampir 80% jarak perjalanan dengan memakai kain pelikat. Selesa..
0 comments:
Post a Comment