Lembu ni binatang ternakan yang dianugerahkan oleh Allah SWT untuk manafaat manusia. Daging dan susunya memberi kenikmatan kepada manusia. Disebaliknya ada juga manusia menganggap lembu ini adalah tuhan mereka malah melabelkan lembu sebagai ikon untuk jenama bodoh.
Tetapi manusia tidak sama dengan lembu kerana sebaik-baik ciptaanNya adalah manusia. Malangnya ada manusia cuba memperbodohkan manusia lain dengan menganggap manusia lain sama dengan lembu.
Ada sebuah kisah dimana seorang menteri yang menjaga hal ehwal orang wanita menafikan yang dia tidak ada kaitan dengan kisah menggembala lembu di sebuah negera yang berantakan. Sememangnya nama dia tidak ada kaitan dengan projek gembala ini tetapi orang yang terlibat itu adalah orang yang menjadi bapa kepada anak-anaknya. Maka secara langsung orang yang tidak berfikiran macam lembu seperti ketua orang-orang muda dalam wadah perjuangan menteri wanita itu akan memikirkan bahawa menteri wanita ini ada kaitan dengan projek yang melibatkan bapa kepada anak-anaknya itu.
Apabila bapa kepada anak-anak menteri wanita ini menafikan harga sebuah penginapan mewah lembu, ianya tidak menafikan pembelian cuma menafikan harga sahaja malah bukan satu unit penginapan lembunya dibeli tetapi dua unit menunjukkan bagaimana mudahnya wang yang diberi percuma oleh kerajaan negara Islam itu tidak diguna atau dirancang dengan sebaiknya malah menunjukkan tahap tuan gembala ini sama seperti tahap pemikiran yang digembalakannya.
Apabila menteri wanita itu yang rasanya masih datang bulan menafikan penglibatannya maka kawe yakin betapa ada kemelutnya dalam kes ini kerana menampakkan akan keserabutan dan kerungsinganya dalam isu ini malah kawe yakin menteri wanita dah tak lama untuk dipencenkan dari kedudukannya malah jawatan sebagai ketua geng tudung merah baju putih ini tak akan kekal lama juga. Dah ramai mula sibuk pasang angan-angan nak ganti tempatnya tu...tunggu je masanya.

1 comments:
Allah maha mengetahui mana2 yg tersembunyi even sebesar zarah.. sokonglah pemimpin yg benar (bersih tanpa rasuah) =)
Post a Comment