Masa kelik Kelate minggu lepas, masa alah balik dari kb ke melor kawe lalu kot chica kubang kerian, kawe terlihat seorang pakcik (50an rasanya) yang buta duk tepi jalan tengah panas minta sedekah..2 hari kemudian kawe bawak org tino gi klinik panel TNB di Chica dan masa buat u-turn ternampak sekali lagi pakcik ni duk tepi jalan..kali ni kawe berhenti..sayu hati kawe sebab lihat orang susah macam ni..JKM tak ambil perhatian ke? BR1M jauh sekali nak dapat kalau xdok org tolong isi borang ke dia..masa kawe berhenti tu, kawe cuba tahan 2-3 kereta besar sambil tunjuk ke pakcik tu..alhamdulilah ada hok berhenti dan bagi bantuan sepuluh dua..tapi gak hari tu je la..hari lain lagu mana
Kedaifan hidup dibumi yang dilimpahkan rezeki oleh Allah SWT bukanlah perkara pelik kerana itulah fitrah kehidupan yang mana ada yang miskin dan kaya. Sebab itu Allah menggalakkan umatNya yang banyak rezeki beramal jariah dengan memberi sedekah/bantuan kepada orang yang tidak berdaya.
Diharap ada pihak dapat membantu golongan ini. Manakala pakcik yang buta tadi, kawe dah letak maklumat dalam facebook dan alhamdulilah ianya terus mendapat perhatian ahli Palimen Kota Bharu YB Dato Wan Rahim.
0 comments:
Post a Comment