Pedoman

peNGiKuT

Saturday, December 10, 2011

Cybertrooper UMNO

Kesan dari PRU 2008 dimana internet memainkan peranan besar dalam menyalurkan maklumat parti pembangkang kepada rakyat menyebabkan UMNO terpaksa menwujudkan pencacai mereka untuk beraksi di dunia maya. 

Kewujudan blog-blog yang mendedahkan pelbagai kecurangan pentadbiran BN maka tumbuhlah blog-blog pro BN bagi tujuan menangkis serangan/dakwaan blogger pro-PR. Walaubagaimanapun kewujudan mereka bukan memberi kelebihan kepada UMNO malah menambah kebencian rakyat kepada UMNO dan BN. Kaedah yang mereka gunakan dalam menyerang balas menunjukkan betapa mereka tidak mampu menangkis isu-isu yang dibawa oleh blogger Pro PR.

Terkini wujud facebook dan twitter yang dapat menghubungkan terus antara pengguna dengan para pemimpin samada pro BN atau Pakatan Rakyat. Namun tidak ada seorang pun cybertrooper UMNO ini mampu memberi impak kepada pengguna internet seperti yang diharapkan oleh UMNO-BN kerana mereka sering hilang punca apabila berforum dalam ruangan yang ada, gagal membalas balik segala dakwaan atau isu berbangkit dan paling ketara sering lari dari topik yang dibincangkan.

Diharap para pemimpin pembangkang (Pakatan Rakyat) dapat memanafaatkan ruang yang ada ini untuk berhubung dengan para pengguna internet ini terutama dilaman sosial yang ada. Semoga ianya dapat menterjemahkan sebuah kerajaan baru yang bersih dan adil kepada rakyat dalam PRU 13 nanti

0 comments: