Daripada sudut pandangan akar umbi
Faham bermaksud pegangan pengetahuan kepada keputusan fikiran. Memahami memberi makna bahawa kita mengerti maksud berdasarkan pengetahuan yang berputar dalam fikiran manakala kesefahaman memberi bentuk tolenrasi atau kerjasama atau pemuafakatan. Dalam memahamkan orang yang tidak faham atau bercelaru bukanlah sesuatu yang mudah kerana ianya bergantung kepada cara pengisian dibuat untuk mengikis salah faham yang sudah tertanam dalam akal dan minda dan mencambah fahaman yang baru.
Hubungan pula bermaksud ikatan yang tidak putus yang saling berkait dan melalui hubungan ini membolehkan wujudnya konflik yang berbeza yang memerlukan kepada kesefahaman bagi meredakan ketegangan.
Diatas komposisi ini PAS menzahirkan hubungannya dengan DAP sebagai satu langkah meredakan ketegangan dan salah faham yang kemudiannya memberi penyelesaian melalui pemuafakatan bersama. Realitinya, tidak semua orang memahami malah ada yang tidak mahu faham akan hubungan PAS dan DAP dalam konteks politik Malaysia. Kebanyakkan golongan ini terhasil dari momokan jahat media utama kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) agar golongan ini dapat dijauhkan dari menghampiri pakatan ‘jahat’ PAS dan DAP.
Dr.Asri pernah mengatakan akan kemungkinan wujudnya kerjasama antara PAS dan DAP suatu ketika dahulu namun tidak pernah berhasil kerana mendapat tentangan yang kuat terutama daripada Pemuda PAS. Bagaimanapun, senario ini berubah apabila Tengku Razaleigh Hamzah yang ketika itu menubuhkan parti Semangat 46 mengadakan kerjasama dengan PAS dan Dap dalam menghadapi pilihanraya umum 1990. Hubungan ini menyebabkan PAS dan DAP terpaksa memahamkan orang ramai bagi menjernihkan keadaan.
PAS secara jelasnya membawa dasar perjuangan Islam dan tegas dengan prinsip-prinsip Islam. PAS membawa Islam yang sangat toleransi, menghormati kebebasan beragama, tidak memaksa orang lain menganut Islam, menyambung persaudaraan, menegakkan keadilan dan menentang kebatilan.
DAP yang memperjuangkan dasar Malaysian Malaysia berjuang menerusi cara-cara berperlembagaan dalam menubuhkan satu masyarakat bercorak sosialisme demokratik di Malaysia. Matlamat utama DAP ialah menghapuskan ketidakseimbangan ekonomi dan peluang dalam sistem serta menyemai semangat perpaduan negara, bermaruah dan berdikari di kalangan rakyat Malaysia dan menggalakkan mereka dengan perasaan untuk berikhtiar dalam mewujudkan satu masyarakat yang makmur, stabil dan saksama.
Malangnya, Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai etnik yang pelbagai. Majoritinya adalah Melayu disusuli Cina dan India serta kaum-kaum yang lain. Perbezaan politik berdasarkan kaum hanya wujud dalam Barisan Nasional dimana UMNO mewakili kaum Melayu, MCA untuk Cina dan MIC untuk India. PAS mensasarkan ahli yang beragama Islam tanpa mengira kaum. DAP yang majoriti ahlinya daripada bangsa Cina juga menerima bangsa lain termasuk Melayu. Begitu juga dengan rakan PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) iaitu PKR yang menerima ahli daripada pelbagai kaum. Maka didalam hal ini, siapa yang meletakkan asas perkauman dalam berpolitik dinegara kita ?
Sejak merdeka hingga ke hari ini, Perikatan yang bertukar nama kepada Barisan Nasional kemudiannya, telah mendominasi tampuk pemerintahan negara lebih dari 60 tahun. BN yang ditunjangi oleh UMNO dilihat terlalu selesa berkuasa sehingga wujud pelbagai kepincangan dalam urus selia tadbir negara. Rasuah menjadi amalan mereka yang menyebabkan lahir bermacam jenis penyakit sosial yang akhirnya rakyat menjadi mangsa dalam kerakusan mereka. Agihan ekonomi yang tidak teratur, penyalahgunaan kuasa, menzalimi rakyat, menyekat kebebasan media dan pelbagai lagi menyebabkan rakyat mula bangkit menentang kerajaan BN.
Tentangan ini dizahirkan dengan jelas oleh rakyat pada pilihanraya umum ke-12 pada 2008 dimana Pakatan Rakyat berjaya menguasai 5 buah negeri dan ini memberi tamparan hebat kepada BN. Kesan kekalahan ini membuatkan UMNO dan rakan komponen mereka terkulai biarpun mereka masih terus memerintah Malaysia. Rakyat mula membuka mata melihat kerakusan BN dalam cara mereka mentadbir negara. Dengan itu mereka merekayasa apa jua untuk memastikan BN dapat merampas kembali kerajaan PR. Antaranya ialah mengaburi rakyat dengan pelbagai fitnah dan tohmahan terhadap PR termasuk hubungan PAS dan DAP.
Ternyata mereka takut akan kerjasama PAS dengan DAP dan rancangan jahat mereka telah berjaya dimana kerajaan Pakatan Rakyat Perak digulingkan dengan cara paling jijik dan hina. Memandangkan PAS secara majoriti mutlaknya terdiri daripada orang Melayu maka UMNO bimbang orang Melayu dinegeri lain akan turut terpengaruh dengan ketelusan pentadbiran PR di negeri Perak. DAP yang sering dituduh cuba mencabul kedaulatan Perlembagaan Malaysa, memberi laluan kepada PAS untuk jawatan Menteri Besar. Ini memberi contoh yang menunjukkan keakraban dan pemuafakatan antara PAS dan rakan dalam Pakatan Rakyat dalam menangani apa jua isu. Ianya menjelaskan bahawa DAP tetap patuh dan tunduk kepada Perlembagaan Malaysia.
Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP dimana YB Lim Guan Eng sebagai ketua menteri telah membuktikan bahawa mereka mampu mentadbir negeri jauh lebih baik berbanding kerajaan Barisan Nasional sebelumnya. UMNO berterusan menabur fitnah dikalangan penduduk Pulau Pinang dengan pelbagai agenda seperti menyebarkan berita kononnya azan Subuh tidak dibenarkan berkumandang melalui corong pembesar suara, membangkitkan isu perkauman dengan mengapi-apikan rakyat terutama orang Melayu agar membenci DAP yang kononnya lebih mementingkan bangsa Cina. Jika direnung tidak ada bezanya BN yang memberi ruang kepada parti Gerakan mentadbir Pulau Pinang sebelumnya. Bezanya ialah DAP jauh lebih bersih dan amanah dalam menjaga ekonomi dan kebajikan rakyat.
Sepertimana rakyat Kelantan yang majoritinya Melayu memberi kepercayaan dan sokongan kepada Menteri Besar Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) secara berterusan selepas 1990 maka UMNO juga bimbang akan sokongan rakyat Pulau Pinang kepada Lim Guan Eng akan berpanjangan pada episod kedua PRU akan datang. Sikap mengambil contoh seorang khalifah Islam sebagai model pentadbirannya, Lim Guan Eng menjadi sasaran UMNO dengan tohmahan kononnya tindakan Lim Guan Eng itu sebagai menghina khalifah Islam
Kerjasama UMNO dengan MCA/MIC selama ini tidak menjadikan Islam lebih baik di Malaysia. Amalan rasuah/korupsi, kronisme, penyalahgunaan kuasa, kelemahan sistem kehakiman, pengagihan dan perlaksanaan ekonomi negara secara boros menyebabkan negara mengalami kerugian serta peningkatan kadar jenayah dan masalah sosial dalam masyarakat semuanya berpunca daripada kelemahan kerajaan BN.
Kenapa terlalu sukar untuk kita memahami betapa ada kebaikan besar antara hubungan PAS dan DAP dalam menwujudkan kerjasama yang lebih baik antara Islam dan liberalisasi. Islam adalah agama kita tetapi sejauh manat umat Islam Malaysia mahukan Islam sepenuhnya maka inilah terjemahan terbaik dalam usaha PAS memahamkan umat Islam yang liberal.
0 comments:
Post a Comment