Setelah menwujudkan Forum UMNO TumPAS (UT) di Facebook, kawe dapati prestasi forum UT berjaya mempengaruhi segelintir pemerhati politik Kelantan untuk turut sama berbahas/berhujah dalam UT. Siapa tidak kenal Dato Wan Rahim Ahli Parlimenn PAS Kota Bharu, Ahli Parlimen Ketereh YB Ab Aziz Kadir, Dato Wan Suhaimi Ketua Cabang PKR Pasir Mas, Mohd Soberi Shafii bekas Ketua Pemuda UMNO Ketereh dan ramai lagi terutama golongan anak muda yang hebat dan orang yang berjawatan tinggi dalam dunia korporat.
Tidak berkurangan juga golongan yang tidak cerdik pandai terutama sekali dari puak UMNO yang kebanyakkan datang membuat taik seketika dan kemudian hilang tanpa pedoman dan arah. Hujah mereka yang penuh dangkal, melnyebabkan mereka hanya tahu membuat cerita kosong kemudian sepi tanpa membalas hujah. itu lumrah mereka.
Kemana hilangnya orang-orang yang hebat dalam UMNO Kelantan yang sepatutnya mampu menterjemahkan sesuatu yang baik untuk UMNO Kelantan dan bukannya sekadar mendabik dada didepan Awang Adik dan Mustapa Mamat. Inilah kaki bodek yang tidak ada nilai buat UMNO sebenarnya. Mereka akan dipergunakan seboleh mungkin kerana ini musim piliharaya tetapi apabila pilihanraya berakhir maka kawe percaya mereka ini sudah tidak ada dahan untuk bertaut lagi.
0 comments:
Post a Comment