Seperti mana yang dirancangkan, akhirnya ketentuan Allah menemukan kawe buat kali pertama dengan ahli parlimen Kota Bharu Dato Wan Rahim Wan Abdullah (DWR) di Hotel Red Rock Georgetown Penang. Turut menyusul dalam pertemuan ini ialah Vincent Wu Him Ven Penolong Setiausaha DAP Pusat.
DWR pernah bertanding atas tiket PAS menentang Tengku Razaleigh Hamzah pada pilihanraya 1986 bagi kerusi parlimen Gua Musang. Pernah menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan. Pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu DWR memenangi kerusi parlimen Kota Bharu dengan mengalahkan Fatmi Che Salleh BN dgn majoriti besar 11,288 undi.
Pada pertemuan ini kami banyak bercakap soal politik semasa termasuk soal peribadi. Sikap DWR yang mesra membuatkan kawe rasa tidak kekok untuk berbual dengannya dan inilah antara faktor kenapa ramai orang muda menyanjung akan ketokohan DWR.
Sejam kami berbual barulah Vincent tiba ke lobi hotel dan topik perbualan kami kemudiannya lebih kepada membicarakan soal PAS dan DAP serta isu semasa. Kemudian DWR terpaksa bertolak ke Sg.Petani bagi menghadiri majlis Santapan Muhabbah anjuran Perakan.
Sudah ramai ahli politik terutama mereka yang bergelar Yang Berhormat kawe kenali namun jarang yang bersikap seperti DWR dan kawe berharap kepada YB yang lain agar dapat mencontohi DWR terutama dalam hubungan mesra dengan rakyat.

0 comments:
Post a Comment