Pilihanraya umum (PRU) 13 boleh berlaku bila-bila masa sahaja jika Allah mengizinkannya. Justeru itu ramai wakil rakyat berusaha mempertahankan kedudukannya biarpun ada kedengaran desas-desus wakil rakyat yang sedang berkhidmat bakal digugurkan dan diganti dengan muka baru. Maka ada yang pasang angan-angan untuk menjadi wakil rakyat.
Itu kisah yang sering berlaku. Manakala dikawasan kawe terdengar cerita atau khabar angin bahawa YB Aziz Kadir selaku Ahli Parlimen Ketereh akan bertukar kawasan ke peringkat DUN. Ada cerita kononnya PAS mahu mengambil alih kerusi parlimen dan meletakkan YB Aziz di DUN Melor bagi menggantikan Wan Ismail. Adakah Wan Ismail akan dibawa ke peringkat Parlimen ?
Mengenai Wan Ismail pula, rasanya dia tidak akan bertanding lagi memandangkan keadaan kesihatannya yang sering tidak menentu ketika ini. Apatah lagi dia dah jadi liabiliti kepada PAS bahagian Ketereh. YB Aziz kurang popular dikalangan MP dari PKR tetapi dari segi gerak kerja pula YB Aziz amat aktif membantu rakyat dan mendamping rakyat. Beliau yang juga Ketua PKR negeri Kelantan sentiasa sibuk dengan aktiviti dengan masyarakat terutama rakyat di kawasannya.
Oleh itu, terpulang kepada PAS Kelantan samada mahu memberi laluan kepada YB Aziz untuk mempertahankan kerusi Parlimen Ketereh atau mahu meletakkannya sebagai calon DUN terutama di DUN Melor kerana yang penting YB Aziz bukan jenis wakil rakyat yang duduk diam makan gaji buta malah beliau bersih dari anasir-anasir yang boleh menjatuhkan kredibilitinya sebagai wakil rakyat..
0 comments:
Post a Comment