Selamat tahun baru Cina kepada kawan-kawan mata sepet. Tahun ni tahun naga. Kira power punya tahun la..Apabila tiba raya Cina maka sekolah pun turut bercuti. Biasanya 2 hari tapi sekolah anak kawe di Penang cuti seminggu.
Apa yang menjadi persoalan kawe ialah kenapa sampai seminggu cuti. PASTI anak bongsu kawe hanya cuti 2 hari sahaja dimana hari Rabu ni dah mula berPASTI. Logik la PASTI cuti 2 hari sahaja sebab kat PASTI anak bongsu kawe semuanya islam dan melayu.
Sekolah Kebangsaan Sg.Ara ni terletak dalam daerah Bayan Lepas Penang. Sepertimana yang ramai orang tahu sebelah pulau ni majoriti penduduknya adalah cina. Melayu ramai kat Seberang Prai.
Kawe dah berulang kali tulis pasal ni Sekolah Kebangsaan Sg.Ara ni dimana tidak ada seorang pun murid-muridnya daripada bangsa Cina. Kakitangan dan cikgu sekolah pun tidak ada seorang pun daripada kaum Cina. Habis tu kenapa cuti sampai seminggu?
Ini kerana dah tabiat orang melayu apabila ada cuti umum yang besar maka cuti pun kenalah diperbesarkan. Sapa yang untung,sudah tentulah cikgu sekolah kerana dapat balik kampung atau berehat selama seminggu dengan gaji jalan...
Member kawe tauke farmasi kat Relau, pada hari Ahad yakni semalam buka farmasi dia sampai pukul 10 malam walhal dia cina. Kalau kita orang Melayu mana buka kedai malam raya kerana biasanya malam raya ramai dah sanak saudara berkumpul.
Hari ni member kawe tak bukak farmasi dia sebab nak raya, tapi esok dah start niaga balik. Dah dia cari makan dengan berniaga maka terpaksalah buka. Sebab itulah orang cina dapat menguasai ekonomi negara kita. Kalau disektor swasta, majoriti kaum cina yang pegang portfolio tinggi.
Melayu hanya pegang jawatan tinggi dalam kerajaan sahaja. Maka terimalah hakikat bahawa melayu akan layu dan sayu.

0 comments:
Post a Comment