kawe terima satu panggilan yang mengatakan kawe terpilih untuk menerima insuran Chartis kerana kawe pelanggan TM yang bertuah. Kawe pun layan la. Tak syak apa-apa lagi. Lagi pun pemanggil tu bagi salam dan kebetulan kawe duduk depan komputer maka kawe google nama insuran tu dan ternyata memang wujud.
Setelah diberi penerangan maka kawe tidak kata setuju tapi entah macamana kawe boleh bagi no kad debit maybank kawe. tapi kawe tidak bagi ccv2 dan tarikh luput kad. lagi pun maybank tentu dapat trace apabila ada orang cuba godam kad debit kawe lebih dari 2-3 kali. Jadi kawe ambik sikap baik sangka.
2 hari kemudian, kawe terima duit untuk renew weblog parlimen Ketereh dan sumbangan ikhlas daripada YB Ab Aziz Kadir. Mujur kawe sempat renew weblog tu dan tinggallah baki dalam RM141.20 dalam maybank.
Keesokkannya apabila isteri kawe nak draw duit dia dapati balance hanya RM1.20 sahaja. Apabila kawe check dalam log maybank2u didapati ada pindahan kredit sebanyak RM140 untuk Chartis. Benganglah kawe.
Kawe pun telefon Chartis KL dan bercakap dengan kakitangan bertugas dan dia akan siasat laporan kawe dalam tempoh 7 hari berkerja sebab perbualan kawe dengan orang yang telefon kawe tu dirakam.
7 hari berlalu dan tadi kawe terima panggilan daripada kakitangan Chartis dan maklumkan bahawa memang kawe tidak bersetuju untuk beli insuran itu berdasarkan rakaman. Jadi kawe tanya bila boleh pulangkan kembali wang tersebut. Dia kata dalam masa 14hari kawe akan terima cek daripada pihak Chartis.
Maka jadi satu kerja lah pulak. Bakpo jadi satu kerja. Demo potong duit kawe secara online. Tapi bila demo nak pulangkan balik demo bagi check bukannya masuk balik kedalam akaun kawe secara online. Katalah bank tu takdok di kawasan kawe dan kawe terpaksa ke Georgetown utk tunaikan cek tu. Berapa minyak kereta kawe kena isi? Parking pulak berapa ringgit? Sepatutnya kawe boleh RM140 bersih tapi dah kerana terpaksa gi bank maka sudah tentu tidak untung lek kawe malah merugikan kawe..
Kawe bagitau ke kakitangan bertugas tu pasal masalah ni dan bertanya kenapa tidak boleh transfer secara online seperti mana cara puak mu ambik..dia jawab saya takleh buat apa-apa sebab saya hanya pekerja biasa sahaja...bla..bla..lagu tu la dalam dunia IT la ni..prosedur terlalu banyak hingga menyebabkan orang awam jadi mangsa.
1 comments:
Promosi Sony Eriscon 2012. Dapatkan percuma 50GB untuk telefon anda! Hanya dari http://www.Gombug.net
Post a Comment