Pedoman

peNGiKuT

Saturday, December 15, 2012

DAP=GERAKAN=MCA

Dalam perhimpunan mesyurat agung DAP, Lim Guan Eng membuat kenyataan mahukan kerajaan PAS Kelantan menarik balik larangan ke atas salun/kedai gunting yang melarang pelanggan lelaki bukan islam menggunting rambut di salun wanita bukan islam dimana pekerjanya semua bukan islam dan begitulah sebaliknya.

Sebelum itu satu kumpulan lelaki berbangsa cina dari parti GERAKAN Negeri Sembilan telah mencabar undang-undang yang dikuatkuasakan oleh MPKB-BRI dengan sengaja datang menggunting rambut di sebuah salun yang terletak di Kota Bharu. Kumpulan yang diketuai oleh penolong setiausaha GERAKAN Negeri Sembilan datang bersama 3 orang lelaki bukan islam dan 2 wanita. Tindakan ini jelas mencabar kewibawaan kerajaan PAS Kelantan dan ianya jelas dianggap biadap/melampau terutama kepada rakyat Kelantan.

Kawe cuba keutarakan isu ini didalam facebook terutama selepas mendengar dan menonton rakaman ucapan Lim Guan Eng. Antara pemaklum balas dalam posting kawe ialah saudara Mohd Soberi Shafii yang menulis "Tak ada isu kerana LGE berpidato atas pentas perhmpunan DAP." . Lalu kawe mempersoalkan ulasan beliau dengan mengatakan bahawa apa yang berlaku dalam perhimpunan DAP itu sebagai tidak berguna (kecek belawok) dan tidak boleh diguna pakai untuk apa jua isu. Apakah ini jawapan yang mampu diberikan oleh salah seorang politikus berpengalaman seperti beliau.

Jelas disini bahawa kedudukan Islam sebenarnya tidak mampu dijamin akan berada dalam keadaan selamat samada dibawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat (PR). Ianya semakin jelas bahawa Islam pada orang politik hanyalah satu sandiwara bagi meraih kemenangan. Mungkin ada pihak menganggap soal ini adalah kecil tetapi sekecil mana isunya sekalipun kita jangan sama sekali menggadai Islam demi menjaga kepentingan orang bukan Islam. Islam itu sudah lengkap dan kita guna pakai Islam itu semampu yang boleh dan jika kita gagal bermakna kita gagal menjadi pemerintah yang adil dan tegas.

Soal peraturan ini yang ditetapkanb oleh MPKB-BRI telah pun dijelaskan dengan terperinci oleh EXCO Negeri dalam sidang medianya dan kenapa terlalu sukar untuk difahami tentang perkara ini. Peraturan ini menjangkau 20 tahun lamanya ditetapkan oleh MPKB-BRI dan kenapa sekarang mahu menimbulkan isunya. Kawe tidak pelik jika ianya datang dari musuh PAS tetapi malangnya ianya datang dari sekutu PAS sendiri.

Jika PAS akur dengan kehendak DAP ini maka tidak ada perkataan lain yang lebih sesuai melainkan PAS bacul dan tidak ada pendirian yang tetap. Maka kawe cadangkan agar kerajaan PAS Kelantan memberi lesen untuk membuka pusat no.ekor kerana orang bukan islam di Kelantan suka berjudi. 

Oleh itu kepada pendokong perjuangan Islam jangan haraplah Genting Highland akan ditutup sekiranya PR memerintah negara selepas ini. Kerana orang Islam di Malaysia masih kuat kemelayuannya berbanding keislaman mereka...

No comments: