setelah bertahun-tahun lamanya melayari internet, dari zaman modem dial-up ke jaring, telekom kemudian era streamyx muncul sekitar 2001 (kalau tak silap), tak pernah wujud kepuasan dalam diri kawe bab speed internet ni. semasa krisis kena potong line tahun lepas, kawe sempat langgan DiGi broadband dan P1 broadband. yang ni lagi la hampeh. ada limit broadband setiap bulan.
minggu lepas kawe upgrade 4mb streamyx kawe ke 8mbps. ada orang tanya kenapa tak unifi terus. itu yang bengang pasal TM ni..kawe duduk di pangsapuri TNB Sg.Ara Bayan Lepas. ada 3 blok kediaman. Blok 7 dan 9 khas utk non-exec dan blok 5 utk exec. blok 9 hanya 4mbps je boleh support, manakala blok 5 hanya 1mbps sahaja..blok kawe blok 7 sahaja yang support 8mbps ke bawah...
keluar je kawasan pangsapuri TNB, kira seberang jalan (dalam taman yang sama) boleh support UNIFI. tak tahu apa masalah TM kat sini tapi staff TM pernah jawab, tak untung kalau bubuh UNIFI kat pangsapuri TNB..
bila upgrade 8mbps kawe ambil HyppTV dengan harapan boleh tutup terus ASTRO. apa yang menghampakan kawe ialah channel yang diberikan oleh HyppTV macam hampas..tak ada yang menarik minat kawe..tapi dah terambil maka biarlah..nak terminate tak boleh sebab ada kontrak setahun.
Nasihat kawe, kepada rakan2 yang nak subscribe HyppTV fikirlah dulu akan kemahuan kita untuk kepuasan kita dalam berhibur atau mencari maklumat..cuma yang best Al-Jazeera sahaja..live katanya dan x ada tapisan macam ASTRO

7 comments:
tak try ambik platinum pack atau mega pack? sukan pun ada sports pack.. - Neo
Kalau 8M memang dapat HyppTV free channel jer. Samalah astro...kalau setakat free channel (RM37sebulan) memangla boring. Saya ambil Hypptv platinum package dan saya terminate astro. Memang berbaloi. Dengan addition of new channel in September- Channel V, CBS entertainment...memang lagilah berbaloi. Pada saya TM sentiasa mencari jalan utk memberi daya tarik pada HyppTV dan saya rasa mereka semakin berjaya. Goodbye astro.
cuba korang semua guna XBMC,combination astroo dgn hyptv=percuma XD.mula-mula aku sendiri pun nyaris nak langgan hyptv,pas tu bila aku terjumpa pasal XBMC ni,aku terus dah tak kisah pasal HYPV atau astroo dah.http://www.youtube.com/watch?v=w-7aAF_tJWU ni salah satu link yang bagus untuk korang setting,simple jer nak buat
GOOD LUCK
hypptv punya cerita luar Negara ada subtitle malay tak ?
hypptv ni ada decorder lbh kurang mcm astro ke ?... jadi bleh direct pasang kat tv tanpa libatkan computer kan ? selain hypptv ada ke produk lain yg sah... ( boleh tengok terus kat tv)
kalau saya punya tv lama, kemudian nak tembak ke projector, boleh dapat kualiti HD ke ?
kalau ambik platinum dgn sport hypptv, wrestling live ada tak ? bola live semua ada mcm yg kt astro ke ?
guna XBMC,combination astroo dgn hyptv=percuma XD
Hypptx streamx 4mbps pasal pe xde video youtube?
xbmc pun perlu beli set top box mcm hypptv.harga rm299-399. channel mmg byk.tpi tk pasti channel Malaysia ada tak.dulu saya guna xbmc pd pc je.skrg dh upgrade xbmc kpd xfinity.lagi gempak tpi still kt pc la
Post a Comment