apa la nak jadi dengan PAS ? kenapa begitu angkuh dan sombong sekali ketika ini ? setelah sekian lama dikatakan kelihatan bodoh dalam Pakatan Rakyat akhirnya PAS membuktikan bahawa PAS memang bodoh.
semasa pilihanraya umum (PRU) 1990 PAS berjaya menawan Kelantan dengan memberi TKO kepada UMNO Kelantan. dari mana kekuatan untuk kemenangan bergaya ketika itu ? kemenangan itu datang dari Allah dimana salurannya ialah Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dan Semangat 46. kecundang dari menawan Malaysia angkara tengkolok fitnah yang tersiar di malam terakhir berkempen sebelum mengundi.
1995 PAS tidak membawa kejayaan besar dalam PRU setelah Ku Li dan beberapa pemimpin utama 46 kembali menyertai UMNO dan membubarkan parti Semangat 46. Manakala PRU 1999 disorong bantal oleh reformasi Anwar Ibrahim yang dipelantingkan dari UMNO oleh regim Mahathir. Walaupun Anwar dipenjara tetapi kesannya mengejutkan apabila buat pertama kali setelah sekian lama kerusi pembangkang bertambah banyak di Parlimen. PAS mengekalkan kuasa di Kelantan dan berjaya merampas Terengganu.
Aura Tok Guru Nik Aziz (TGNA) di Kelantan kekal hebat selepas pru ke 10 pada 1999 namun aura itu tidak kelihatan kepada Tok Guru Haji Hadi (TGHH) di Terengganu. Terlalu banyak kontroversi dalam pentadbiran TGHH semasa menjadi Menteri Besar.
beberapa bulan selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi (PakLah) dilantik sebagai Perdana Menteri (PM) ke 5 , Pak Lah telah membubarkan parlimen pada April 2004 untuk pilihanraya umum ke 11. imej bersih dan warak Pak Lah berjaya menawan pengundi apabila PAS hampir kehilangan kerajaan Kelantan dengan majoriti 1 kerusi sahaja manakala Terengganu dengan senang dapat dirampas oleh Barisan Nasional (BN).
setelah menang selesa pada pru 11, Pak Lah membebaskan Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan menaikkan menantunya Khairy Jamaluddin dalam UMNO telah memberi implikasi besar kepada BN. Pak Lah juga kelihatan lemah sebagai PM dalam mengurus selia negara. Akibatnya satu pakatan antara Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Demokratik Rakyat (DAP) dan Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah terbentuk dan berjaya menidakkan majoriti 2/3 BN dalam Parlimen pada PRU ke 12. sebahagian besar kejayaan pakatan ini adalah datang dari kelemahan UMNO dan kehadiran DSAI dipentas kempen seluruh negara.Walaupun gagal merampas kembali Terengganu dari BN, PR telah mengejutkan apabila menawan Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selanggor dan mengekalkan Kelantan.
PRU 13 sepatutnya menyaksikan tumbangnya BN kepada Pakatan Rakyat (PR). Pertindihan calon dalam PR serta pendedahan oleh TGHH bahawa calon PKR di Terengganu adalah pengedar pil kuda adalah sebahagian punca kekalahan ini. PRU-13 menyaksikan PR kehilangan Kedah dan hanya berjaya mengekalkan Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor.
Jika diperhatikan dan dianalisis pilihanraya umum dari 1990-2013, sememangnya PAS hanya menumpang kehebatan sekutunya dalam PR. Kehebatan TGHH tidak sehebat DSAI dan TGNA. PAS sepatutnya boleh merampas Terengganu dari BN jika tiada pendedahan bodoh daripada TGHH semasa kempen PRU-13.
2 comments:
Memang aku sokong 200%..
Memang aku sokong 200%..
Post a Comment