| Wan Nasru Ahmad Mon | Jul 14, 08 | 7:53:44 am | |
PULAU PINANG, 14 Julai (Hrkh) - Tun Yang Terutama (TYT) Negeri Pulau Pinang, Tun Dato' Seri Utama Dr Haji Abdul Rahman Abbas bangga kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat berjaya membawa masuk pelabur asing sebanyak RM1.2 bilion dalam tempoh singkat sahaja selepas mengambil alih pemerintahan dari Barisan Nasional (BN). "Saya harap Kerajaan Negeri yang baru akan menggalas mandat dan tanggungjawab yang telah diberikan oleh rakyat Pulau Pinang dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur, amanah dan berhemah tinggi demi pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat, " ujarnya ketika berucap sempena ulangtahun ke 70 dan penganugerahan berbagai pingat di Dewan Sri Pinang kelmarin. Walaupun kecewa dengan kedudukan projek mega seperti sistem Monorel dan Lebuhraya Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR) namun TYT tetap yakin dengan prestasi kerajaan baru dalam usaha memacu ekonomi negeri Pulau Pinang. Beliau juga mengucapkan syabas kepada kerajaan negeri kerana menunjukkan sikap berhemah dalam mengurus pentadbiran negeri dengan berjimat cermat seperti pembatalan pembelian kereta baru untuk Exco dan pembelian Notebook kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun). TYT dalam ucapannya menekankan, agar kerajaan negeri menggunakan semua peluang yang ada di Pulau Pinang seperti industri pelancongan dan perusahaan kerana ianya mampu menjana sektor ekonomi yang lain seperti pengangkutan, peruncitan, perkhidmatan kewangan dan sebagainya. Kata beliau, Kerajaan Negeri wajar peka kepada nasib rakyat Pulau Pinang tanpa mengira perbezaan agama dan bangsa untuk membentuk keseimbangan dalam komuniti masyarakat Pulau Pinang. "Prinsip 'CAT government' iaitu keupayaan,akauntabiliti dan ketelusan yang diperkenalkan oleh kerajaan baru Pulau Pinang ini perlulah mensasarkan sebuah kerajaan yang bersih dan cekap supaya kesannya dapat dirasai oleh rakyat," tambah beliau. |
Pedoman
peNGiKuT
Monday, July 14, 2008
TYT Pulau Pinang yakin terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment