Pedoman

peNGiKuT

Monday, July 14, 2008

Kenapa Usul Di Tolak ?

Menurut sumber , usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri dan kabinetnya ditolak kerana jika berlaku ianya memberi satu keputusan yang mengejutkan dimana kerajaan BN tumbang hanya melalui undian ini. Hampir 40% pihak Barisan Nasional dikatakan akan menyokong usul ini tanpa perlu apa-apa habuan kerana mereka memikirkan nasib rakyat yang jelas tertekan dengan situasi ekonomi yang meruncing ketika ini.

Tekanan diberikan kepada Tuan Speaker untuk menolak usul ini dan saya yakin kehidupan Tuan Speaker sehinggalah tujuh keturunannya tidak perlu bekerja bersusah payah kerana habuan menolak usul ini.

Sebagai rakyat saya kecewa dengan keputusan menolak usul ini kerana ianya jelas menggambarkan betapa takutnya PakLah untuk menerima usul ini. Nasib rakyat bukanlah agenda mereka. Mereka hanya berpura-pura melainkan untuk kepentingan periuk nasi mereka dan keluarga mereka.

Wan Nasru Ahmad

No comments: