| Wan Nasru Ahmad Mon | Jul 14, 08 | 12:00:02 pm | |
PULAU PINANG, 14 Julai (Hrkh) - Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga ahli Parlimen Bagan berkata, DAP akan memberi sokongan penuh terhadap usul Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di parlimen sekiranya usul tidak percaya yang dibuat olehnya pada Khamis 10 Julai lalu diluluskan oleh Speaker Dewan Rakyat. "Kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) selepas tsunami politik baru-baru ini seperti tidak mengawal kenaikkan harga minyak dan barangan adalah satu faktor utama kenapa DAP tidak percaya kepada kemampuan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, " tegasnya ketika menjawab soalan media selepas tamatnya majlis pengurniaan pingat kebesaran oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Dato' Seri Utama Rahman Abbas di Dewan Sri Pinang, Georgetown baru-baru ini. Tambahnya, kerajaan BN juga tidak adil dalam menguruskan kewangan negara dengan menganak tirikan kerajaan negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat. "Status projek mega yang sepatutnya dilaksanakan seperti projek Monorel dan Lebuhraya Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR) masih kelihatan samar-samar di mana projek ini dapat membantu pertumbuhan ekonomi negeri di samping dapat menangani masalah penggangkutan,"ulasnya lebih lanjut |
Pedoman
peNGiKuT
Monday, July 14, 2008
DAP sokong penuh usul Ketua Pembangkang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment