Pedoman

peNGiKuT

Monday, July 14, 2008

Sistem Pengurusan Data

Ramai menghadapi masalah ketidakjujuran atau tidak beramanah apabila membuat sesuatu kerja besar. Rahsia kerajaan mudah bocor atau boleh diubahsuai kerana sistem pertahanan komputer negara tidaklah secanggih mana. Rangkaian ini wujud sudah lama malah tanpa kita sedari pun bagaimana orang boleh merubah data sesuka hati mereka.

Apabila terbaca komen pasal E-POWER FORCE SOLUTION (sistem pengurusan data polis) oleh Web Power Sdn Bhd, saya mula merasakan bahawa akan wujud pentadbir luar apabila sistem ini dimajukan. 'Administrator' ini akan mengaut sejumlah wang yang besar hanya kerana dia mampu mengubah pengkalan data.

Kerajaan akan terus menjadi lemah dan tidak bermaya kerana berlakunya kebebasan tanpa had keatas struktur kawalan keselamatan negara. Generasi baru negara kita bukan seperti generasi terdahulu malah kecanggihan sistem mereka ada yang sudah teruji dengan hidup mewah tanpa perlu bangun dari mengadap komputer

No comments: